rupa-rupanya saya terhenti berkongsi cerita ini sampai episod 7.. sampai sekarang saya masih belum berjaya menyudahkan cerita ini...namun masih ada bahagian cerita tidak siap ini yg belum dikongsi...jadi saya kongsikan terlebih dahulu walau pun penyudah cerita ini saya sendiri masih belum tahu!! :)
episod sebelum ini boleh dicapai di pautan:
http://kembara-journey.blogspot.com/2010/01/ketika-cinta-ditalbis-episod-7.html
Jam menunjukkan tepat sebelas malam.
Hampir semua bilik kanak kanak dar aytam sudah pun gelap dipadamkan lampunya
kecuali satu bilik yang masih suram. Di dalamnya Udin, Talhah dan Nu'man
menunggu seorang lagi teman mereka yang tak sampai sampai. Kalau diikutkan
sekarang memang waktu padam lampu bagi kanak kanak di Dar aytam. Kalau didapati
tidak mengikut peraturan oleh salah seorang abang abang yang memeriksa pada
malam itu, sesi soal jawab akan berlaku.
" mana Zubair ni…dah lebih masa dah
ni…" Talhah menyuarakan kebimbangan.
Selalunya di dalam pukul sepuluh setengah,
"penyiasat" yang bertugas sudah melapor diri di bilik, begitulah
rutin setiap hari. Tetapi malam itu sudah setengah jam waktu lapor diri
berlalu, Zubair yang mengambil giliran malam itu belum juga muncul muncul.
" selalunya tak macam ni kan lambatnya…aku rasa,
mungkin dia dah kena cekup kot.." kata Udin.
" isk kau ni, cuba jangan berfikir negatif, fikir
positif…" nu'man menegur.
" positif positif juga, kalau betul
betul macam mana?? Dengan kita kita terseret sama tau…" udin masih
bimbang.
" tapi kan dah dekat sebulan kita buat kerja ni,
tiap tiap malam pulak tu. Tak pernah tergendala…" Talhah cuba menenagkan.
" memanglah..tapi sepandai pandai
tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga!!" Udin menjawab.
"eh Udin, yang kau melalut sampai
bertupai tupai ni kenapa. Itu peribahasa untuk orang jahat. Kita ni nak buat
perkara baik..kita merancang perkara baik.." kata Nu'man.
" kita merancang, Allah merancang,
dan Allah sebaik baik perancang!! Pada kita mungkin rancangan ini baik, tapi
pada orang lain…." kata Udin.
" wahai Salehuddin, kenapa baru
sekarang pulak kau cakap macam tu. Masa mula mula nak tubuhkan skuad penyiasat
ni…bukan main beriya riya…" Nu'man sudah tidak tahan dengan kebimbangan
Udin, yang mula membimbangkan dirinya pula.
" sudah, sudah!! Mari kita pergi cari
Zubair…" Talhah mencelah. Dia mencapai lampu suluh, perlahan lahan menguka
pintu bilik, dan keluar. Kemudian dua temannya pula mengekori dari belakang.
Sejak
pertama kali Zubair terdengar perbualan telefon Rahman dan temannya, sebenarnya
pada sebelah malamnya mereka berempat telah membuat keputusan untuk menubuhkan
skuad rahsia menyiasat hal itu. Bagi mereka seperti ada sesuatu yang
tersembunyi, hingga mengubah perangai Rahman. Mereka kenal Rahman sejak kecil,
dan perubahan Rahman, dari menjadi kaki sms hingga kaki telefon, membuatkan
hati mereka membuak buak untuk menyiasat. Sejak malam itu hingga malam ini,
mereka bergilir gilir mengintip Rahman setiap malam. Selalunya berjalan lancar.
Cuma malam ini tiba tiba Zubair pulang
lewat dari siasatan!
Perlahan
lahan mereka mandaki anak anak tangga ke tingkat atas. Mereka menuju ke arah penyejuk air di hujung
koridor, tempat selalunya mereka bersembunyi di sebaliknya sambil melihat Aman
bersembang telefon tidak jauh dari situ.
" tak ada pun Zubair dekat
sini…" perlahan Talhah bersuara.
"tu lah aku dah kata…zubair dah kena
cekup…abang aman pun tak ada dekat sini…"udin kembali menyuarakan
kebimbangannya.
" isk dia ni…" Nu'man yang geram
menarik telinga udin.
"adeii…janganlah Man"
"isk korang diam boleh tak..kalau
orang dengar karang kan
susah…"
"Susah??Susah apa ni!!" tak sempat talhah menyudahkan
katanya, mereka disergah.
Ketiga tiganya terperanjat. Mereka kenal
suara itu. Yusof!! Satu persatu, sinaran lampu picit yusof menyuluh wajah
mereka bertiga. Dalam suram cahaya lampu, mereka dapat lihat Hazmin, Ismail dan
bilal turut hadir sama. Dan paling mengejutkan wajah zubair- yang agak sesak,
tapi masih menguntumkan senyuman yang menampakkan barisan gigi putihnya. Sah!!
Apa yang dikatakan Udin nyata berlaku. Kena cekup!! Cuma bukan dengan Rahman,
dengan kawan kawan Rahman.
"macam mana boleh kena cekup
ni…"Nu'man berbisik perlahan kepada dua temannya.
"mana la aku tau…"balas Talhah.
"aku dah cakap tadi…korang tak
percaya.." Udin pula bersuara,juga berbisik. Dia berpuas hati dalam
keadaan cemas itu. Terbukti sangkaannya benar. Cuma meleset sedikit.
" apa yang kau orang semua buat malam
malam buta ni?? Minum air?? Di bawah kan
ada banyak water cooler. Setahu abang tak ada satu pun yang rosak kan.." Yusof mula
menyoal.
Mereka berempat diam. Nak Menipu? Mereka
telah terdidik untuk menjauhi sifat nifaq itu. Apa yang boleh dibuat hanya
mendiamkan diri, membuat muka tidak bersalah, tersenyum menampakkan barisan
gigi.
Tiba tiba pintu salah satu bilik di
tingkat Dua seperti ditolak. Bunyi tapak kaki mendaki anak tangga ke tingkat
atas. Muncul Rahman, mungkin terganggu dek bunyi suara mereka yang jelas
kedengaran di malam yang hening itu.
" ada apa ni? Kenapa macam kecoh aje ni,
sop?"
" tak de man, ni budak budak ni entah
apa dibuatnya malam malam ni masih merayau dekat koridor. Tingkat atas pulak
tu.." jawab Yusof.
Eh dalam bilik rupanya. Patutlah tak ada
di tempat biasa!! Detik hati Zubair. Apalah abang aman ni, tiba tiba pula tak
telefon malam ni. Kami pula jadi mangsanya!!
" sudah, pergi masuh tidur. Esok kan sekolah. Nanti tak
cukup tidur, mengantuk dalam kelas pula" Yusof memberi arahan. Arahan yang
melegakan mereka berempat. Kalau tidak, entah pukul berapa pula mereka tidur,
kerana disoal jawab oleh abang abang. Dengan segera mereka berempat berlari
menuruni anak tangga, bergegas menuju ke bilik.
Nu'man segera memadamkan lampu. Udin
menutup pintu. Mereka berempat berbaring di atas katil masing masing. Suasana
hening, masing masing senyap walaupun hakikatnya macam macam hendak diluahkan,
diceritakan.
Trooott…trooot…tiba tiba bunyi getaran
telefon bimbit memecah hening.
" aik, dah ada orang berjangkit
penyakit abang aman ke??" Udin bersuara dari dalam selimutnya.
" bukanlah…mesej dari abang usop
ni…" Zubair membalas.
"Apa??" serentak Numan, udin dan
talhah bersuara.
" dia nak jumpa kita esok, lepas
sekolah, dekat surau…"
Mata
mereka berempat terlalu mengantuk dek kepenatan penyiasatan malam itu. Namun
mesej terbaru itu bagai mengekang mata mereka untuk tertutup. Apa yang nak
dijawab kepada Yusof esok, apa akan terjadi jika hal tadi dibawa kepada ustaz
rozali?? Apa mahu dijawab?? Jawapan perlu kepada kebenaran, tapi bagaimana jika
kebenaran itu memecahkan rahsia abang Aman mereka? Aduhai hajat di hati nak
jadi pahlawan berani persis Zubair bin awwam, Talhah bin Ubaidillah, Nu'man bin
Basyir dan salehuddin al-Ayubi, namun Allah telah merancangkan Zubair,Talhah,
Nu'man dan Udin memberanikan diri bertemu dengan abang yusof mereka di surau
pada esok hari!!
*********************************************************************
Sahutan
kokokan ayam , berlatarkan nyanyian unggas memecah keheningan pagi. Mentari
merangkak naik, memulakan hari baru yang ceria lagi cerah. Bermulalah kehidupan
sehari lagi ke hadapan. Warga kota
cahaya memulakan tugas masing masing setelah menunaikan perintah Allah ketika
fajar Sadiq terbit awal awal pagi tadi. Semuanya bekerja demi menunaikan
taklifan dan amanah.Yang menanggung
keluarga mencari nafkah, yang tinggal di rumah mengurus kerja harian, anak anak
pula memulakan kegigihan melalui jalan Allah dalam menuntut ilmu.
" Aman, aku tengok kau hari ini macam
ada masalah sahaja" Safwan menegur Rahman, ketika mereka berjalan
beriringan keluar dari sesi kuliah pertama mereka pagi itu.
" kenapa cakap macam tu Wan?"
" iyalah. Aku tengok kau dalam kelas
tadi, mata pandang kepada ustaz, tapi macam kau sedang berfikir sesuatu.."
" hebat kau wan, boleh baca fikiran
aku ya…"
" Aman, kita kenal bukan baru
semalam. Sejak zaman sekolah rendah lagi kan.."
" sebenarnya memang ada benda yang
aku fikirkan.."
"tak nak cerita dekat aku??"
" emm..boleh cerita, tapi sebelum tu
kau kena janji dulu dengan aku…"
" insya Allah, aku tak cerita pada
sesiapa pun.."
" termasuk usop, Min,mail dan
Bilal…aku nak rahsia ini hanya antara kita berdua, sebagaimana huzaifah
al-Yamani menyimpan rahsia Rasulullah.."
Safwan mengangguk dan tersenyum. Selama
ini pun memang dia tempat Rahman bercerita jika ada apa apa masalah.
"
aku bukan tak nak diorang tahu wan, tapi aku bimbang diorang tak faham situasi
aku.."
" tak faham?? tapi macam mana pula
aku lebih faham? diorang kau kenal dulu daripada aku kan man…"
" memang betul wan. Tapi itu dulu.
Sekarang keadaan dan suasana kami dah berbeza, aku dengan nasyid, diorang
dengan kuliah.."
Safwan tersenyum. Macam macam dia punya
alasan, detik hatinya." Okaylah man,aku faham maksud kau tu. cepatlah
cerita…"
" kau ingat tak teman chatting aku yang
aku selalu sms tu.."
" ya, aku ingat, kenapa dengan dia?
Dia minta kau hantar rombongan meminang?"
"wan, kau ni…aku serius ni.."
" hehehe..okay man. Aku dengar dengan
serius juga"
" sebanarnya wan, kami dah mula
berhubungan dengan talifon. Dah dekat sebulan. Mulanya sebab dia kata nak Tanya
masalah agama, katanya lebih jelas dalam telefon. Aku pun turutkan. Walaupun sebenarnya
jarang sangat dia tanya tentang masalah agama. Selalunya bercerita tentang
masalah peribadi dan cerita cerita biasa. Dah macam kaunselor pulak aku. Tapi
aku masih menganggap ianya satu cara dakwah aku kepada dia.."
Safwan mendengar satu persatu kata kata
Rahman. Membuatkan dia teringat semula satu nostalgia yang dia mula
melupakannya. Hampir sama dengan apa yang pernah dilaluinya.
" jadi, apa yang berlaku sampai kau
jadi tak keruan dalam kelas tadi?"
" semalam, dia tak telefon aku macam
biasa. Mesej pun tidak wan. Aku mesej pun dia tak balas. Seharian semalam aku
tunggu, sampai pagi ni, masih tak berbalas.."
" jadi kau risaulah ni.."
"lebih kurang lah.."
" tak payah risau man. Mungkin dia
sibuk dengan pelajaran dia ke…banyak kerja kursus ke..atau kredit dia dah
habis…"
"kredit dah habis…tapi masih boleh
hubungi aku dengan internet kan..chatting..telefon
online.. tapi kan
wan…bukan risau sahaja..ada rasa lain pulak…"
"lain? Lain apa pula ni aman.."
" satu benda yang kita biasa buat kan wan…kalau tiba tiba
kita tak buat..kita rasa lain macam kan…"
"maksud kau?" safwan sengaja
bertanya. Dia sebenarnya dapat mengagak masalah sebenar Rahman. Cuma sengaja
dia ingin membiarkan ia keluar sendiri dari mulut Rahman.
" mungkin sebab hari hari dia mesej,
telefon aku…bila semalam dia tak mesej dan talifon langsung..aku rasa lain
macam…"
"Rindu??" akhirnya Safwan
melafazkan juga kalimah itu.
Rahman menguntum senyuman,
mengangguk." Kemungkinan besar…"
" aman..aman..baru sehari dah
rindu??"
" kau tak akan faham wan…kecuali kau
mengalaminya sendiri…"
"iyelah tu…" dalam hatinya,
hendak sahaja Safwan menjawab, aku jauh lebih faham dari kau!! Sebab aku mengalaminya
terlebih dahulu dari kau..Cuma dia merasakan belum sampai masanya untuk
mendedahkan sejarah itu kepada Aman. Semuanya Sama seperti memori yang ingin
aku luputkan, detik hati kecil safwan. Dia menggeleng gelengkan kepala.
" Wan, kau rasa kan…patut tak aku telefon dia wan??"
soalan cepu emas dilontarkan
Safwan
tergamam. Apa yang perlu dijawabnya. kalau dia menjawab soalan itu dengan
kalimah "ya", maka Rahman akan turut serta mengukir sejarah seperti
memori yang dilupainya itu. Mahu katakan "tidak"…mungkin kalau yusof
mudah sahaja menidakkan soalan itu. dirinya tidak.
"Wan, kau dengar tak soalan aku?
Kenapa diam Wan?"
Akhirnya Safwan terpaksa juga menjawab."
aman, macam inilah. Kita masing masing belajar, sekarang terpulang kepada kita
untuk mengamalkan segala yang kita belajar. Aku anggap kau lebih banyak tahu
dari aku tentang ilmu agama. Buatlah keputusan sebaiknya, ya man!!" Safwan
menepuk nepuk bahu Rahman.
" Insya Allah wan…" pendek
jawapan Rahman, tergamam, sedikit terkejut dengan jawapan yang diberikan.
" dah la man, jom kita pergi. Kelas
kita nak mula sekejap lagi. Baik kita pergi sekarang.".Safwan memutuskan
perbualan di situ. Kemudian mereka berdua beredar, menuju ke dewan kuliah
tempat kelas seterusnya akan diadakan.
bersambung lagi.... :-D
2 komen:
salam..ble pulok episod sembilan..semoga usaha dakwah anda ini dapat diteruskan dan diberkati Allah..Allahummaftah 'alaik..
terima kasih sudi membaca...
episod sembilan ada dah..cuma belum dipost ke blog ni jer...
Tunggu....... :)
Catat Ulasan