para jemaah baru usai solat isya. sambil menjamah juadah tersedia masing-masing bersembang dan berbincang.
ketiadaan semua imam yang dilantik oleh jabatan agama malam itu menghangatkan perbualan para jemaah...mungkin bukan sekali dua perkara ini berlaku, itu yang mereka serius nampaknya dlm membincangkan perkara ini
jemaah nampaknya sangat sensitif dengan ketidakhadiran Imam tanpa sebab, dan tanpa pengganti...yang belajar sirah berhujah: Nabi keluar dari Madinah tak pernah tak lantik pemangku baginda, yang antara tugasnya mengimamkan solat!!
keadaan imam zaman sekarang yang menerima elaun bulanan, menghangatkan lagi perbincangan...yang menariknya, ada jemaah yang sangat peka,selepas kira tolak campur dan bahagi, dikiranya elaun setiap imam setiap kali solat berapa Rm!!maka timbullah Isu halal-haram wang yang diterima kerana tidak bertugas turut dibangkitkan.
mujur juga mereka tidak dapat hujah, yang jumhur ulamak dari kalangan ulamak mazhab syafi'i, hanbali dan sebahagian ulamak mazhab hanafi melarang imam mengambil upah atas pekerjannya!!
itu tak termasuk lagi bacaan fatehah, surah, zikir dan doa yang kurang memuaskan! juga masalah sesetengah imam yang cuma menghadirkan diri seminggu sekali ketika solat jumaat!!
Aduhai para Imam!! sampai masanya untuk bermuhasabah!! jangan sampai anda mengimamkan para jemaah yang tidak menyukai diri anda!!
- kg sg jahit
00:18-15/03/2012
2 komen:
Jadi Imam Memang berat dan tugasnya perlu dipikul dengan penuh amanah..boleh lah enta ganti Imam tu..hehe...ajar sunnah terus deh :)
en ad-dien,
masjid tu bukan masjid kariah saya...
:)
insya Allah walau x menjadi imam, saya cuba seboleh mungkin utk menyampaikan sunnah Rasul s.a.w. kpd dr sendiri dan org lain
Catat Ulasan