ketika cinta "ditalbis" - episod 9


episod 8 boleh dibaca di pautan ini 
http://kembara-journey.blogspot.com/2012/03/ketika-cinta-ditalbis-episod-8.html

Pulang dari sekolah selalunya sesuatu yang dinantikan setiap kanak kanak. Peluang untuk istirehat seketika setelah seharian berada di sekolah menuntut ilmu. Namun bagi Zubair, Udin, talhah dan nu'man, hari itu kepulangan mereka dari sekolah, lain daripada yang lain. dalam perlahan mengayuh basikal, mereka berbincang sesame mereka, tentang hal semalam, juga hal yang bakal mereka hadapi sebentar lagi.
" Bir, apa yang berlaku semalam sebenarnya? Kau tak cerita pun lagi dekat kitorang.." soal Udin.
" mula mula aku buat kerja macam biasa. Aku menyorok dekat tempat biasa, tunggu abang aman macam biasa. Tapi dia tak muncul muncul. Aku terpikir, mungkin dia dah perasan kot, ada orang mengintip dia, mungkin dia dah berubah tempat.."


            Zubair terus bercerita. Ingatannya kembali kepada hari semalam. Setelah kehilangan Rahman yang tak muncul muncul, dia cuba mencari Rahman di bahagian bahagian lain di tingkat atas bangunan Dar aytam itu. dua tiga kali dia berpusing, kelibat Rahman langsung tidak kelihatan. Melihatkan waktu yang sudah lewat, dia mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke bilik.

Ketika dia menuruni anak tangga untuk ke tingkat bawah, tiba tiba dia terlihat lampu makmal komputer masih belum terpadam. Kepenatan akibat dua tiga kali "tawaf" mencari Rahman bagai terubat melihat makmal komputer masih bercahaya. Dia menyangkakan Rahman yang berada di sana. Perlahan lahan dia menuju ke makmal, sampai saja di sana dia memasang telinga, dan memang dia mendengar ada perbualan seperti perbualan telefon. Baru sahaja dia mahu mendekatkan lagi jarak dengan suara yang berbual, tiba tiba dia disergah.dia terperanjat lalu menjerit.
" Zubair, buat apa kat sini? Mengintip?"
Dia menoleh ke belakang. Ismail memendang wajahnya dengan serius. Dia hanya mampu tersenyum, menampakkan barisan giginya.
Kerana bunyi bising di luar, orang yang berada di dalam makmal komputer segera keluar.

" siapa yang keluar?? Mesti abang Aman kan?'" Udin mencelah di saat Zubair mahu meneruskan cerita.
" isk kau ni, biarlah dia sambung dulu…" tegur Nu'man.
" bukanlah. Tapi abang Min…"
" oh rupanya bukan abang aman sahaja yang kena penyakit sms, chat dengan telefon ni. Ada yang lain lagi…" udin mencelah lagi.
" Udin, kau ni suka serkap jarang, main teka teka je..bukanlah. abang min memang tengah berbual telefon guna internet, tapi bukan dengan orang perempuan. Dengan abang abang kita yang belajar dekat Arab sana tu…"
" oh, macam tu rupanya ya, apa yang terjadi dekat kau lepas tu?"

            Zubair kembali menyambung cerita. Mungkin kerana curiga dengan kelakuannya, Dia dibawa oleh Hazmin dan Ismail ke bilik mereka, berjumpa Yusuf. Yusuf ketika itu sedang mentelaah kitab, berhenti dari pembacaannya.
" Bir, kamu buat apa di makmal tadi? Kenapa macam mengintip, kalau nak masuk, kenapa tak masuk aje..?" dia menyoal zubair.
" ssaya…saya tak nak masuk pun bang…"
" hmm..sudah. mana kawan kawan yang lain?"
" ada dekat bilik.."
" pergi balik bilik, tidur. Esok sekolah kan. Dah lewat ni."

            " bila abang usop "lepaskan" aku, aku lega. Aku terus balik bilik. Aku masuk bilik lampu terang lagi tapi korang pula tak ada, Aku mula mula nak cari korang, tapi aku dah letih, aku terus salin baju, ambik wuduk dan bersedia nak tidur. Baru aku nak lelapkan mata, aku dengar tapak kaki kat luar. Mesti abang abang turun check sapa tak tidur lagi. Bila dia orang tengok aku sorang je dalam bilik, aku dengar suara abang Bilal kejut aku.
" Bir, kamu dah tidur ke. Mana kawan kawan yang lain ni??"
Tak sempat aku jawab, aku dengar suara abang min dari luar. "Lal, mari sini. ada orang ke dekat tingkat atas. Aku nampak macam cahaya lampu suluh dekat sana..".

            "diorang bergegas naik tingkat atas. Atas rasa ingin tahu, aku pun ikut sama kejar dia orang naik. Tapi sampai tingkat atas aku mula risau, aku tengok kau orang bertiga tengah terhendap hendap di sebalik water cooler tu…"

            Mereka berempat tergelak mengingatkan peristiwa mereka dicekup dekat water cooler. Setelah menyimpan basikal di bawah garaj, mereka segera  berkejar ke bilik untuk menyalin pakaian. Alangkah terkejutnya mereka melihat yusof sudah menunggu di luar bilik mereka.
"assalamualaikum bang…er..maaflah kalau kami terlewat. Sampai abang datang sini pula…" Zubair bersuara.
" waalaikumussalam. Eh, tak lambatlah. Cuma abang rasa lebih baik jumpa kau orang di sini, bukan di surau.."
"err..kenapa bang…senang abang nak hukum kami ke bang.." kata Udin.
"kamu ni udin, cuba bawa bertenang. Pernah abang jatuhkan hukuman ke atas kamu sebelum ni?"
Udin menggelengkan kepala. Memang benar yusuf tidak pernah sekali pun menghukum. Paling tinggi, dia meninggikan suara sedikit tanda ketegasan.
" dia memang macam tu abang. Berfikiran negative je.." Numan menyampuk.

            Yusuf duduk di atas katil. Di sebelahnya Udin. Sementara tiga lagi duduk di atas katil juga, berhadapan dengan yusuf dan Udin. Yusuf tidak menyoal, dia tidak mahu jadi seperti soal siasat. Dia membiarkan adik adiknya itu bercerita.
" sebenarnya bang, semuanya bermula dengan abang Aman.." Udin mula bercerita.
"Aman..nampaknya semua merasai perubahan Aman ya…" ujar yusof.
" betul bang. Memang jelas lah dia berubah. Rutin harian berubah. Asyik dengan telefon, dengan sms. Tapi itu takpe bang, sehinggalah satu hari bang, abang aman telah melakukan sesuatu…" udin meneruskan cerita.
" sesuatu?? Apa pula tu? Macam serius je.." soal yusof.
" satu petang kan bang, saya balik dari padang awal, sebab sakit perut. Lepas keluar dari tandas, saya terdengar suara orang bercakap di tingkat atas. Saya pun naik dan nampak abang aman sedang bertelefon. Saya duduk sebalik water cooler dan saya pun mendengar perbualan dia.." Zubair bercerita. Yusuf setia mendengar.

" rupa rupanya dia bercakap dengan perempuan bang. Malam itu saya cerita dekat kawan kawan. Kami setuju untuk bergilir gilir mengintip. Setiap malam kami buat kerja ni bang. Sampailah malam tadi, abang aman pula tak ada, akhirnya mereka bertiga ni yang kena cekup!!"
" memang patut pun kena cekup!! Macam dah tak ada kerja lain, selain mengintip orang!!" ujar yusof. Mereka berempat hanya tersengih.
" salah ke abang usop. Kami bukan mengintip dengan niat tak baik…lagipun intipan kami selama sebulan ni, ada hasilnya. Kami dapat tahu apa yang berlaku dekat abang aman sampai abang aman berubah. Rupa rupanya ada orang istimewa.." kata Nu'man.
" pandailah kamu. Mana kamu tahu beza istimewa atau tidak.."
" benda macam ni budak budak macam kami boleh tahu bang. Mana ada orang telefon sekejap gelak gelak, sekejap ketawa.." talhah yang dari tadi diam bersuara.

" macam ni lah. Abang hargai usaha yang kamu buat ni. Abang faham niat baik kamu.."
"abang tak marah?" Talhah menyoal.
" buat apa nak marah. Abang dulu dengan kawan kawan lagi hebat dari kamu. Abang dan kawan kawan dah lalui apa yang kamu lalui. Kami dua belas orang, lagi besar skuad kami berbanding skuad kamu yang berempat ni.."
"wah..kan aku dah cakap…saya dah cakap bang, niat kita baik mesti allah tolong kan!!"ujar numan.
" memang allah tolong orang berniat baik. Tapi buat baik ni ada landasan dia, kena selaras dengan hukum hakam. Ketika kita dalam usia kanak kanak, merbahaya kalau bertindak sendiri begini.."
" bahaya macam mana pulak bang?" Tanya Talhah.
" orang yang kita berdepan dengan dia, kalau dia tertekan, macam macam boleh berlaku di luar kawalan. Kami dulu bukan setakat cedera, malah, ada salah seorang dari kawan abang meninggal…" sebak seketika yusof mengingati peristiwa pemergian sahabatnya, Muhammad.
" inna lillah wa inna ilaihi roji'un." Mereka berempat melafaz takziah.
Suasana hening seketika, dek yusof yang masih sebak teringatkan sahabatnya yang telah kembali ke rahmatullah. Kemudian yusof menyambung bicara.

"Allah melarang kita mengintip ngintip untuk tujuan mendedahkan aib orang. Bukankah rasulullah menyebut, kalau kita menyembunyikan aib saudara kita di dunia, Allah tutup keaiban kita di akhirat nanti. Intipan hanyalah boleh dibuat dalam keadaan yang betul betul perlu sahaja, dalam keadaan jika intipan tidak dibuat, akan timbul bahaya yang lebih besar, seperti mengancam keselamatan awam Pencegahan kemungkaran yang disuruh ialah kemungkaran yang zahir, bukan yang kita cari cari dan intip. Ataupun daripada laporan berasaskan khabar yang diyakini.[1]"

"oh baru kami faham sekarang… mulai sekarang, kita bubarkan skuad intipan kita…" kata Zubair.
" baguslah kalau macam tu. Lepas ni, kalau abang dapat cekup kamu lagi, abang terus hantar ke pejabat ustaz rozali, tau!!"

"janganlah macam tu bang..tapi kan bang, abang aman tu..kita dah tahu macam ni, takkan nak biarkan…" Udin bersuara, mungkin masih tidak berpuas hati.

" yang itu, kau orang tak payah nak risau risau lagi. Biar abang dengan abang abang yang lain uruskan, okey?"
" okay!!" jawab mereka serentak."terima kasih abang usop!!"

            Selepas memberi salam, Yusof beredar dari bilik itu. mereka berempat betul betul lega. Selesai sudah segalanya. Walaupun mereka tidak dapat menyiasat sehingga selesai kes, jaminan yusof untuk menguruskan hal yang selebihnya sudah cukup untuk melegakan hati mereka.
" pukul berapa ya??" tiba tiba Udin bertanyakan waktu.
" tiga setengah. Kenapa?" jawab Zubair.
" sempat lagi aku nak tidur ni.. Semalam aku tidur tak nyenyak, banyak kali terjaga memikirkan hal kita ni…sekarang semua dah selesai, boleh kita tidur dulu!!" jawab Udin.
"Udin..udin…risau sampai tak tidur rupanya!!" bicara Zubair disambut deraian ketawa teman temannya.

********************************************************************


[1]  Rujuk. : " tajassus dalam operasi pencegahan mungkar", Dr mohd asri zainul abidin, jabatan mufti kerajaan negeri perils.ms23-30

...bersambung lagi...

2 komen:

Tanpa Nama berkata...

salam..harap diteruskan episod yang seterusnya..

Abu_Zubair berkata...

insya Allah...