di penghujung kembara ep 2


ini surau kampung sungai jahit, yang tersergam indah. dulu semua kayu. sekarang Alhamdulillah telah di"upgrade".

surau ni ibarat rumah kedua bagi saya. terkadang ia adalah rumah pertama saya (sebab masa lebih banyak dihabiskan di sini daripada di rumah), terutama ketika wujudnya "geng" untuk menjadi "penunggu" di surau ini .sejak kembali ke desa selepas menamatkan pengajian, surau ini jadi tempat saya mencari ketenangan. tempat mencari idea, ilham. juga tempat yang sesuai untuk mentelaah karya-karya ilmiah ilmuan silam dan kotemporari.
gambar bawah ini adalah ruang tempat saya "meniarap" membaca, manaip. sebahagian besar daripada kajian thesis sarjana saya lahir di ruang ini dengan izin Allah. dua orang sahabat sering menjadi teman saya di surau ini. sekarang kedua duanya sudah tiada di sini. dua beradik- syafieq dan shahrul faiz (Apik dan angah). mereka berdua banyak membantu saya terutama menghantar dan menjemput ke bandar raubb. dengan syafiq pula saya pernah berkelanan bersama ke KL dengan motosikal :)

di sebalik naskhah kajian ini, tersirat bermacam warna warni kehidupan.....



zahirnya ia tulisan-tulisannya membicarakan tentang hukum hakam, permasalahan fekah, mengenai percampuran bahan najis dalam pemakanan haiwan dan perkara2 berkaitan.

namun di sebalik semua ini tersirat pelbagai pengajaran berharga yang Allah kurniakan buat saya.

dalam perjalanan menyiapkannya saya belajar erti persahabatan yg hakiki...sahabat yang sanggup bersama-sama ketika susah dan senang..sudi memberikan semangat, nasihat terhadap diri yg ini
saya juga banyak belajar mengenali watak manusia yang pelbagai dalam drama kehidupan ini
yang rapat tidak semestinya membantu...terkadang dia mungkin bisa menyukarkan lagi perjalanan..
yang tidak rapat, bahkan baru dikenali, dan terkadang tak pernah bersua pula, mereka yg banyak menyumbang dan membantu ketika dalam kepayahan..
benarlah mengharap pada insan itu penuh kecacatan..hanyalah Harapan pada Yang Esa tidak disia-siakan..

yang penting, Alhamdulillah, perjalanan yang ini memperbaiki hubungan saya dengan Pencipta. Betapa Maha Pemurah, Maha Penyayang, Maha Penolong dan Maha Pembantu Allah s.w.t. Segala pujian dan kebaikan hanya pada-Nya.

beberapa kali dalam kembara ini saya merasa tersepit, sempit, terkepung, seolah-olah tidak ada lagi jalan keluar.. terkadang hampir putus asa, seolah olah tidak mahu meneruskan perjalanan ini...

Allah s.w.t. sengaja menguji dengan kesempitan, kerana Dia tahu, jika tidak kesempitan, entah ada atau tidak  sebesar biji sawi, ingatan, harapan, pergantungan dan doa kepada-Nya...

Alhamdulillah...sedar-sedar hari ini Allah telah mengeluarkan diri yg hina ini dari segala kesempatan...Andai kesempitan itu memang cara menyedarkan diriku Ya Allah, Aku Redha..

Tidak ada apa yg mampu kuungkapkan lagi melainkan sebanyak-banyak pujian dan kesyukuran kepada-Mu Ya Allah...Wahai Tuhan Yang membolak balikkan hati, balikkan hatiku ke arah mentaatiMu, agaama-Mu dan mengikuti sunnah Rasul-Mu...Tetapkanlah tapak kakiku atas landasan yg Engkau Redhai..Kuatkanlah hatiku untuk menempuhi dan menghadapi liku2 perjuangan ini..

Allahumma Aamiin..

0 komen: