Editor dan Penulisan buku

Assalamualaikum

Alhamdulillah..baru selesai tugasan mengedit manuskrip buku yg bakal diterbitkan oleh Pustaka Azhar yg berpusat di Larkin, johor..jadi ambil kesempatan untuk update blog sebentar...

habis sambung belajar..hendak menyambung lagi?? saya rasa lebih kepada tidak..setidak-tidaknya jawapan ini untuk waktu sekarang..

sekarang saya mendapat peluang bekerja secara online sebagai editor teks dengan syarikat penerbitan Pustaka Azhar. Alhamdulillah sambil bekerja sambil menambahkan ilmu juga insya Allah.

saya juga sudah mula untuk cuba menceburkan diri dalam penulisan buku. satu manuskrip ringkas berjudul: "40 perkara yang anda ingin tahu tentang Anjing" telah saya hantar ke sebuah syarikut baru- best seller, yg diuruskan oleh ust fikri al-amghiri.

saya bercadang juga bercadang untuk menulis dalam apa yg saya namakan sbg fiqh hayawan- hukum hakam berkaitan haiwan. sebenarnya sebahagian besar daripada projek ini mungkin saya sadur daripada thesis master saya, dengan sedikit penambahan. saya juga akan bekerjasama dengan seorang sahabat yang berminat membuat kajian dalam bidang yang sama.

namun projek ini saya tangguhkan dulu, sebab ketua editor pustaka azhar meminta supaya saya menulis buku tentang pengurusan jenazah pula. saya diminta menulis dalam dua versi, step by step bergambar  dan versi buku biasa.

Alhamdulillah saya bersyukur dengan kehidupan yang saya lalui sekarang.

0 komen: