kahwin, sebahagian daripada Kitaran kehidupan..the circle of life..
kalau dulu cerita tentang "kahwin" adalah cerita yang diceritakan secara sembunyi-sembunyi
kalau orang tanya bila nak kahwin, jawab dengan senyuman atau gelak...tanpa berfikir lebih lanjut tentang soalan tersebut...
sekarang, bila usia beranjak sesuai kitaran hidup...keadaan itu berubah..
yang bertanya bukan lagi bertanya sebagai satu gurauan semata
ia bertukar serius-terkadang dengan tawaran dan bantuan untuk membantu membina perkahwinan itu
yang ditanya pula, tidak lagi hanya jawab dgn senyuman atau gelak semata, tapi mendapat semangat yg berkobar untuk berusaha dan berikhtiar ke arah membina sebuah rumahtangga
bila perkahwinan itu difahami sebagai ibadah,
difahamai dengan penuh rasa tanggungjawab, insya Allah, Allah akan kurniakan sebuah rumahtangga yang bahagia.
Lakukan ia kerana Allah, selalulah berdoa meminta panduan, petunjuk dan bantuan darinya, daripada waktu bersedia sehingga waktu ia berlangsung, dan selepas berlangsung hingga ke akhirnya.
kepada yang sudah berkahwin, tahniah, anda telah menyempurnakan sebahagian drp agama
kepada yg baru melangsungkan dan bakal melangsungkan, baarakallahu lakuma wa baaroka alaikuma wa jama'a bainakuma fi al-khair
kepada yang belum, kena ada azam utk laksanakan sunnah Rasulullah ini, dan terus berusaha, berikhtiar, berdoa dan bertawakkal..
11.43pm-16sept2012
kg sg jahit
0 komen:
Catat Ulasan