Penutupan taski abim
sebelum memasuki bulan Ramadhan, guru kami al-fadhil ust fathul Ariffin akhirnya telah membuat keputusan untuk menutup sepenuhnya operasi taski abim sungai lar, setelah berbincang dengan guru yg berkhidmad. dalam usia yang semakin lanjut, beliau tidak mampu lagi menguruskannya dalam keadaan sendirian. kami pula kebuntuan, beberapa kali cuba membantu tapi tetap buntu. maka itulah keputusannya.
Sekolah Baru??
menjelang Ramadhan, timbul idea menubuhkan sekolah baru berorientasikan tahfiz. targetnya dua tiga tahun lagi imam terawih yg berkhidmad tidak perlu diambil dari luar lagi. model terdekat yg mahu dicontohi ialah sistem madrasah jamaah tabligh- sungai salan, sungai badak, darul ulum seri petaling.
selepas raya, alamat darul ulum diperolehi daripada cikgu Ehsan, ayah kpd ust Muhammad yg masih menuntut di sana. kiranya untuk berhubung dengan pihak di sana tentang penubuhan sekolah dan sistemnya.
sebenarnya mmg agak berat sebab nak membuka sekolah baru....kewangan, guru, silibes...keseorangan pula bekerja, mana mungkin?
Semat Quran
lembaran baru bermula ketika saya turun berhari raya ke KL bersama shbt umdatul ahkam saya, Abu Aisyah syafiq hasan. rupa2nya beliau sudi menceritakan harapan, hasrat dan cita-cita saya kpd pengasas Semat Quran, ust Baharuddin Ayuddin. ketika menghadiri jamuan raya semat Quran, saya sempat berbincang dengan beliau sedikit sebanyak tentang sekolah.
perbincangan kami berlanjutan sehingga keesokannya apabila beliau menjemput saya ke pejabat untuk berbincang. ia membawa kepada "lawatan" geng semat Quran ke taski abim sg lar di Raub.
Semat Quran @ Kampung Sg Lar
dari kejauhan saya minta kerjasama geng masjid berkumpul di taski untuk mesyuarat tentang cawangan Semat Quran di Dong. semua bersemangat belaka, daripada al-fadhil ust baharuddin sehinggalah geng2 masjid sendiri.
hasil mesyuarat pertama ini, ust baharuddin bersetuju untuk membuka cawangan smart Quran dan membantu pengurusannya. paling menggembirakan geng masjid, ustaz menyebut bulan November 2012 sebagai sessi pendaftaran!!
sehari selepas mesyuarat, ketika pulang dari mengajar sirah di dong Jaya, pak memberitahu bahwa tuan guruku telah mewar-warkan hasil perbincangan mesyuarat tempoh hari dalam kuliahnya...!!! tersentak jugak, rasa macam terlalu awal...
bersambung...
0 komen:
Catat Ulasan