Rombakan Jadual Kuliah

mulai bulan sepuluh, iaitu minggu depan, sekali lagi saya terpaksa membahagikan satu minggu dalam hidup saya kepada dua bahagian. bukan kerana ada dua isteri...mcm mana saya nak ada dua isteri, satu isteri pun belum ada lagi kan...

bila jadi macam ni saya teringat keadaan ketika menyambung pelajaran peringkat sarjana. setengah minggu saya berada di kampus, setengah minggu lagi saya berada di kampung. setiap semester, jika jadual kelas berubah, berbeza hari dengan jadual semester sebelumnya, saya akan mohon ihsan pihak jemaah masjid/surau untuk menukar jadual pengajaran kuliah saya...Alhamdulillah semua berjalan lancar..

minggu ini minggu terakhir saya berkuliah mengikut jadual sebelum ini, yang anda boleh tengok di tepi blog saya ini. mulai minggu hadapan, beberapa perubahan akan berlaku, walaupun tidak banyak.

ini jadual lama saya
ISNIN- FIQH SHAFI'I- MSJD AL-NASIR AJAI
RABU- RAHEEQ MAKHTUUM- MASJID SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ- DONG JAYA
KHAMIS- (PAGI) FIQH SHAFI'I- PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH RAUB
JUMAAT- FIQH SHAFI'I - SURAU KAMPUNG SUNGAI JAHIT
SABTU- FIQH SHAFI'I- MASJID JAMEK KARIAH DONG
AHAD- (PETANG) PENGAJIAN MUSLIMAT- DEWAN TERBUKA MASJID SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ DONG JAYA

terkini, saya perlu berada di Ampang selasa hingga jumaat (waktu operasi sekolah). jadi terdapat beberapa kelas yang bertembung iaitu 1) Raheeq makhtuum 2) fiqh pejabat belia

untuk raheeq makhtuum, alhamdulillah saya dah dapat waktu sesuai iaitu ahad malam, bertukar dengan kelas Al-Quran imam sagimin. cuma untuk pejabat belia, belum ada keputusan dibuat. saya ada cadangkan hari isnin, namun x berapa sesuai. orang2 yg bekerja tahu la kan hari isnin tu mcm mana hehehe

JADUAL BARU-MULA OKTOBER
ISNIN- FIQH SHAFI'I (MASJID AL-NASIR KG AJAI- LPS MAGHRIB HINGGA ISYAK)
SELASA- (PERLU BERADA DI AMPANG- PLG LEWAT 9PG)- JUMAAT
JUMAAT- FIQH SHAFI'I (SURAU SUNGAI JAHIT-SLPS MAGHRIB)
SABTU- FIQH SHAFI'I (MSJD JAMEK KARIAH DONG- SLPS MAGHRIB)
AHAD- PENGAJIAN MUSLIMAT (PTG) RAHEEQ MAKHTUUM (SLPS MAGHRIB)-DONG JAYA

KULIAH TIDAK ADA WAKTU LAGI- PJBT BELIA DAN SUKAN

hari ahad pun sebenarnya masih ada sedikit masalah. pada hari ahad saya bercadang mengikuti pengajian hadis ust baharuddin ayudin di ampang, bermula jam 8 pagi. sedangkan pada sebelah malamnya saya berkuliah di masjid jamek kariah dong. ini ditambah dengan dua minggu sekali pula ada pengajian maulana mohd asri yusof, sebelah pagi dan petang. sedangkan sebelah petangnya saya ada pengajian muslimat, dan sebelah malamnya pengajian raheeq makhtuum, dua dua di Dong jaya.

malam isnin saya masih ada kuliah di ajai..awal pagi selasa kena bertolak untuk berada di Ampang jam 9 plg lewat kot..

saya merasakan rombakan jadual kali ini agak lain dari ketika saya belajar sarjana dahulu...
saya berdoa kepada Tuhan agar mudahkan urusan saya..amin,,,
shbt2 semua pun tolong doa-doakan kemudahan urusan saya ini ya..

abu zubair
22.37pm-27 sept 2012

0 komen: