selepas mesyuarat di taski, saya turun sekali lagi berjumpa ustaz bahar...
dalam pertemuan tersebut, ust menjemput saya berkhidmad dengan semat quran..
selain urusan cawangan di dong, saya juga akan melakukan kerja kerja penulisan
saya menerima dengan penuh kesyukuran...
Cabaran Bermula
kusangkakan panas berpanjangan....rupanya hujan di tengah hari..~~erk!!
kehadiran rombongan semat Quran dan persetujuan membuka cawangan bukan penanda berakhirnya cabaran. cabaran rupa2nya baru bermula....
geng masjid bertanya adakah sekolah ini akan jadi sekolah tahfiz mcm madrasah juga? sebab ust bahar menyebut kepentingan menghafaz ialah menghafaz dalil...
kemudian persoalan mengenai silibes sekolah- adakah quran dan sunnah semata mata atau ada subjek akademik yg lain?
kemudian timbul pula isu bangunan..bangunan taski abim yg lama sbnrnya sudah terlalu usang utk digunakan bagi sekolah baru nanti...sebelum ubahsuai dan pembinaan bangunan baru dijalankan...perlukan bangunan lain untuk operasi sekolah buat sementara waktu..
alhamdulillah sebahagian cabaran ini mampu diselesaikan apabila dibincangkan dgn ust baharuddin..seperti isu hafazan Quran yg mendapat persetujuan kedua dua pihak...namun ada cabaran yang benar-benar menguji, khususnya diri saya...
Isu Bangunan dan Seminar Tadabbur Quran
pada mulanya kami bercadang menyewa sebuah bangunan kedai...zahirnya kedai tersebut seolah olah tiada penyewa..tiada tanda2 urusan perniagaan...namun bila ditanyakan kepada tuan punya kedai, kedai sudah penuh dan disewa orang...
saya teringatkan bangunan homestay sebelah masjid...namun akhirnya bila difikirkan bulan ramadhan nanti hendak digunakan utk penempatan imam terawih...takkan sekolah nak ditutup sepanjang Ramadhan...
akhirnya dicadangkan surau sungai lar, bangunan batu yg tidak digunakan. persetujuan pengerusi surau saya perolehi. namun saya masih sangsi, ustaz boleh terima tak surau sbg tmpt operasi?
sebelum sekolah dibuka, ust mengamanahkan saya menganjurkan seminar tadabbur al-quran..saya terus terfikir utk meminta kerjasama encik zuhri, pegawai belia...boleh gunakan kemudahan di kompleks sukan majlis belia dan sukan...saya cuba menerangkan serba sedikit semampu saya ttg kaedah pengajaran tentang tadabbur quran...mungkin kelemahan lisan saya...menyebabkan encik zuhri silap faham..dan saya merasakan beliau tidak terlalu yakin untuk bekerjasama dengan saya..
saya juga dikehendaki "berkursus" di semat quran pada hari hari operasi sekolah/hari kerja...saya terfikir kelas-kelas pengajian dan kuliah saya..adakah akhirnya saya terpaksa mengorbankan akhirnya perkara yg sebelum ini saya korbankan benda lain untuknya??
tiga isu ini hampir menewaskan saya. emosi seorang insan menguasai diri. tambahan pula dalam kebanyakan hal memang saya sendirian. ia memberikan tekanan juga..insan tetap insan..
dlm emosi saya berbincang dgn syafiq melalui ruang sembang fb...syafiq cuba yakinkan dan motivasikan saya..namun saya tetap layan emosi...
akhirnya syafiq kata kena jumpa baru boleh jelaskan...malam sebelum bertemu ust bahar utk sessi seterusnya..saya berbincang dengan syafiq....syafiq banyak mengingatkan kembali apa yg saya lupa kerana dek melayan emosi...semoga Allah memberi ganjaran setimpal padanya..dia ingatkan saya tentang peluang yang telah Allah beri sekarang..dia kaitkan dengan harapan dan cita cita saya...dia juga ingatkan saya jangan pendam sesuatu...semua perlu diluah dan diceritakan...malam itu setelah tergamam lama saya ceritakan kepada syafiq apa yg terbuku di hati...syafiq turut beri tips2 komunikasi yg sesuai bila bertemu ustaz bahar nanti...
kalau terlalu banyak sangat alasan, apa pun tak jadi kan??
Lembaran Baru!!
malam mesyuarat di semat Quran. kali ini mesyuarat memang mesyuarat. ust bahar, saya, syafiq dan kak syikin. mesyuarat di mana Allah sudi kurniakan nikmatnya utk membukan lembaran baru yg sebenar buat kami semua...
operasi sekolah akan diadakan di surau sg lar, pendaftaran bulan 11 dan sekolah akan mula beroperasi sessi 2012. buat permulaan pengajian al-quran, hafalan, dan pengajian hadis. tinggal lagi tenaga pengajar perlu dicari utk memastikan pengajian berjalan lancar.
saya pula diputuskan utkbelajar dan menimba pengalaman di semat Quran selama setahun. ia sebenarnya bukan masalah. setahun setengah pengajian master di uiam saya pernah lakukannya. belajar dan mengajar. 1 minggu dibahagi dua. ust juga bersetuju kurangkan 5 hari kepada 4 hari.
seminar pula akan terus dijalankan dengan kemampuan yg ada. tidak perlu ambil kisah tentang silap paham org tertentu. kita kerjasama dengan orang yang mahu bekerjasama.
ustaz Bahar pula bersetuju untuk kuliah bulanan di masjid kariah kami.
Alhamdulillah semuanya Allah permudahkan....
Ya Allah, permudahkanlah urusan kami utk menegakkan agama Mu berpaksikan Qauran dan Sunnah!
Ya Allah, tetapkan hati kami dan kaki kami atas jalan perjuangan ini!!
Allahumma amin...
kg sg jahit
6.49pm-24/9/2012
0 komen:
Catat Ulasan