"kehilangan" saya dari kariah kuala gali mula membuat
orang bertanya. saya memang tidak menghebahkan pemergian saya ke Ampang,
awal bulan 10 yg lalu. saya cuma beritahu keluarga, guru saya, rakan2
masjid yg rapat dan mereka yang terlibat dengan pindaan jadual pengajian
kuliah saya.
tadi, usai kuliah fiqh di pejabat belia dan sukan, seperti biasa kami minum-minum dahulu. selesai bersalaman dengan seorang pak cik yang saya kenali, beliau bertanya:
- aku dengar awak dah dapat kerja mengajar di kuala lumpur
saya mengiyakan.
- alhamdulillah. di mana?
- mengajar di sekolah swasta, di Ampang.
- bila mulanya?
- dah mula dah bulan 10 ni. cuma saya kerja selasa hingga jumaat sahaja.
- bagus lah. tapi dah dapat kerja ni jangan berhenti pengajian awak tu. teruskan pengajian.
- insya Allah.
"suasana" seperti ketika menghabiskan pengajian sarjana di UIAM dahulu memang saya rasakan sekarang. seminggu terbahagi dua untuk melaksanakan tugas "generasi Rabbani", iaitu terus berlajar dan menyampaikan.
ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋbezanya sekarang saya melakukannya setelah mengetahui dan memahami kerja -mengajar dan menyampaikan ini digelar kerja golongan rabbani. bezanya dahulu saya menghadiri majoriti pengajian-pengajian bersama yang telah ditetapkan kemestian saya menghadirinya, berakhir dengan siri-siri ujian peperiksaan. kini saya menghadirinya secara sukarela, tanpa ketetapan dan kemestian sesiapa, melainkan diri saya jua.
Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala - dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.(30:79)
walaupun saya dapat menghidu maksud pak cik tadi seolah-olah menyuruh saya menyambung ke peringkat doktor falsafah. seperti terkejutnya sebahagian sahabat yg menyoal kembali- kenapa?- apabila saya mengatakan mungkin tidak lagi menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya.
sebahagian sahabat yang memahami tidak bertanya. mereka memberikan kenyataan yg menyokong. pengajian mencari ilmu tidak terbatas dengan wasilah persijilan semata, kata mereka!! terima kasih kerana faham :)
jalan terbentang di hadapan sana. saya berdoa ke hadrat Allah Azza Wajalla agar mengurniakan kepada saya ketetapan untuk terus istiqamah atas jalan pilihan ini..
12.22pm
22oktober2012
0 komen:
Catat Ulasan