Sempena Hari Raya Aidiladha dan Hari-hari Tasyrik yang akan menjelang tidak lama lagi, saya ingin berkongsi sebuah entri berkenaan ibadah korban. artikel ini merupakan sebahagian daripada nota kuliah fiqh yang saya gunakan bila mengulangkaji bab korban bersama-sama para jemaah.
Hukum qurban
-
asal: sunnah muakkad, juga syiar
yg menzahirkan Islam yg wajib dipelihara
-
sunnah kifayah dlm sesebuah
keluarga, salah seorg buat, yg lain turut dapat pahala
-
ianya tidak wajib, al-baihaqi
meriwayatkan dgn sanad yg hasan: abu bakr dan umar pernah pernah tidak
berkurban, bimbang hukum qurban dianggap wajib
عن
حذيفة بن أسيد قال : لقد رأيت أبا بكر وعمر رضي الله عنهما وما يضحيان عن أهلهما
خشية أن يستن بهما
-
hanya jd wajib bila dinazarkan
-
qurban ni sunnah yg ada tiap2
tahun, kalau dah buat pun sunat buat lagi. Beza dgn aqiqah, sempena kelahiran
anak
Masalah berkongsi qurban
-
jumhur ulama: harus berkongsi
seekor binatang qurban selain kambing, untuk 7 orang.
عَنْ
جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ كُنَّا نَتَمَتَّعُ
مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْعُمْرَةِ فَنَذْبَحُ
الْبَقَرَةَ عَنْ سَبْعَةٍ نَشْتَرِكُ فِيهَا-مسلم
drp jabir, katanya: kami melakukan haji tamattu' bersama2 dgn rasulullah s.a.w. Kami menyembelih seekor lembu yang kami kongsi bersama seramai tujuh orang-riwayat muslim
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ
نَحَرْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ عَامَ الْحُدَيْبِيَةِ الْبَدَنَةَ عَنْ سَبْعَةٍ وَالْبَقَرَةَ عَنْ
سَبْعَةٍ-مسلم
drp jabir bin abdullah,katanya: kami bersama-sama Rasulullah s.a.w. menyembelih unta yang dikongsi bersama tujuh orang, dan lembu yang dikongsi bersama tujuh orang pada tahun Hudaibiyah- riwayat muslim
-
jumhur: harus sebahgian daripada
peserta berniat selain qurban/ ibadah
الشَّافِعِيَّةُ
وَالْحَنَابِلَةُ فَأَجَازُوا أَنْ يَشْتَرِكَ مُرِيدُ التَّضْحِيَةِ أَوْ
غَيْرِهَا مِنَ الْقُرُبَاتِ مَعَ مُرِيدِ اللَّحْمِ ، حَتَّى لَوْ كَانَ
لِمُرِيدِ التَّضْحِيَةِ سُبْعُ الْبَدَنَةِ ، وَلِمُرِيدِ الْهَدْيِ سُبْعُهَا ،
وَلِمُرِيدِ الْعَقِيقَةِ سُبْعُهَا ، وَلِمُرِيدِ اللَّحْمِ بَاقِيهَا ،
فَذُبِحَتْ بِهَذِهِ النِّيَّاتِ جَازَ ، لأَِنَّ الْفِعْل إِنَّمَا يَصِيرُ
قُرْبَةً مِنْ كُل وَاحِدٍ بِنِيَّتِهِ لاَ بِنِيَّةِ شَرِيكِهِ ، فَعَدَمُ
النِّيَّةِ مِنْ أَحَدِهِمْ لاَ يَقْدَحُ فِي قُرْبَةِ الْبَاقِينَ
menurut ulamak mazhab syafii dan hanbali, seorang yg berniat ibadah sprt korban harus berkongsi haiwan korban dengan seorang yang berniat hendakkan daging semata-sama. contoh 1/7 niat korban haji, 1/7 niat akikah, selebihnya niat nak daging semata-mata. ini kerana ibadah dikira berdasarkan niat masing2, bukan niat orang yang berkongsi. niat rakan kongsi yang tidak berniatkan ibadah tidak menjejaskan niat org yg niat ibadah
masalah umur haiwan
qurban
عَنْ
جَابِرٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا
تَذْبَحُوا إِلَّا مُسِنَّةً
إِلَّا أَنْ يَعْسُرَ عَلَيْكُمْ فَتَذْبَحُوا جَذَعَةً مِنْ الضَّأْنِ-مسلم
jabir r.a. berkata-nabi s.a.w. bersabda: jangan kamu sembelih melainkan haiwan yang cukup umur (sudah bersalin gigi), kecuali dalam keadaan susah menemuinya. ketika itu bolehlah kamu menyembelih biri-biri yang berusia 6 bulan
-
lembu:
dua tahun, masuk tahun ke-3, unta: 5 thn, masuk tahun ke-6, biri biri: 1 tahun,
masuk tahun ke-2, kalau x ada yg setahun, harus yg 6 bulan, iaitu yg bersalin
gigi. Kambing, 2 tahun masuk tahun ke 3.
-
Hadis
bukhari/muslim/baihaqi: uqbah bin amir sembelih kambing yg bersalin gigi-
khususiyah buat beliau
Kecacatan haiwan qurban
أَرْبَعَةٌ
لَا يَجْزِينَ فِي الْأَضَاحِيِّ الْعَوْرَاءُ الْبَيِّنُ عَوَرُهَا
وَالْمَرِيضَةُ الْبَيِّنُ مَرَضُهَا وَالْعَرْجَاءُ الْبَيِّنُ ظَلْعُهَا
وَالْكَسِيرَةُ الَّتِي لَا تُنْقِي- النسائي
(
15 ) الْمَرِيضَةُ الْبَيِّنُ مَرَضُهَا ، أَيِ الَّتِي يَظْهَرُ مَرَضُهَا لِمَنْ
يَرَاهَا .
(
16 ) الْعَجْفَاءُ الَّتِي لاَ تُنْقِي ، وَهِيَ الْمَهْزُولَةُ الَّتِي ذَهَبَ
نَقْيُهَا ، وَهُوَ الْمُخُّ الَّذِي فِي
دَاخِل
الْعِظَامِ ، فَإِنَّهَا لاَ تُجْزِئُ ، لأَِنَّ تَمَامَ الْخِلْقَةِ أَمْرٌ
ظَاهِرٌ ، فَإِذَا تَبَيَّنَ خِلاَفُهُ كَانَ تَقْصِيرًا
- antara kecacatan yg haram: penyakit yg zahir, dapat dilihat secara zahir/ buta/buta
sebelah/tempang/patah/kurus sgt
- sewel: mundar mandir di
pdg ragut, x makan kcuali sikit, x ada semua @ kebvanyakan gigi, telinga x ada@
terpotong, lidah putus/terpotong, penyakit yg zahir kurangkan daging,
kurap/kusta
-
kecacatan
yg makruh: kecacatan yg x mengurangkan daging : putus ekor/ hidung, telur, x
ada tanduk
-
kalau
bernaza utk korbankan haiwan yg ada kecacatan di atas, wajib tunaikan juga.
Tapi x dpt pahala qurban kerana x cukup syarat.
Haiwan qurban yang sempurna
dan gemuk
أَبَا أُمَامَةَ بْنَ سَهْلٍ قَالَ كُنَّا نُسَمِّنُ الْأُضْحِيَّةَ
بِالْمَدِينَةِ وَكَانَ الْمُسْلِمُونَ يُسَمِّنُونَ- البخاري
abu umamah bin shl berkata: kami menggemukkan binatang korban di madinah. orang-orang islam turut menggemukkannya- riwayat al-bukhari
-
ulama sebut: seekor kambing
yg gemuk lebih baik dr dua ekor yg kurus, haiwan yang lebih byk dagingnya lebih
baik drp yg hanya banyak lemak
jantan atau betina?
يقول
على الغلام شاتان وعلى الجارية شاة لا
يضركم ذكرانا كن أم إناثا- النسائي .
nabi s.a.w. bersabda: untuk anak lelaki dua ekor kambing, untuk anak perempuan seekor kambing. jantan atau betina tidak mendatangkan apa apa kesan
(أفضل الرقاب) أي للعتق (أغلاها ثمنا)
sebaik-baik hamba yang hendak dibebaskan adalah yg paling mahal harganya
- mafhum hadis: afdhal mengorbanan haiwan yg
tinggi harganya, ulama simpulkan afdhal qurbankan jantan drp betina drp riwayat
ini.
Sunat tidak memotong kuku dan
rambut bagi yg berqurban mulai awal zulhijjah
عَنْ
أُمِّ سَلَمَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا
دَخَلَتْ الْعَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلَا
يَمَسَّ مِنْ شَعَرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًا-مسلم
ummu salamah menceritakan, nabi s.a.w. bersabda: apabila masuk sepuluh awal zulhijjah, dan seorang daripada kamu pula ingin berkorban, janganlah dia menyentuh sesuatu daripada rambut dan kulitnya- riwayat muslim
-siapa potong makruh. Kerana nak mengekalkan semua anggota
supaya semua anggota diberi kelepasan dr neraka
Sunat bg yg wakilkan pd org
lain sembelih tengok org itu sembelih
وعن
أبي سعيد رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم يا فاطمة قومي
إلى أضحيتك فاشهديها فإن لك بأول قطرة تقطر من دمها أن يغفر لك ما سلف من ذنوبك
drp abi said al-khudri r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: wahai fatimah, pergilah menyaksikan haiwan korbanmu disembelih. titisan pertama darahnya akan mengampunkan dosa-dosamu yang lepas
Pembahagian sembelihan
أَنَّ عَلِيًّا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَخْبَرَهُ أَنَّ النَّبِيَّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَهُ أَنْ يَقُومَ عَلَى بُدْنِهِ وَأَنْ
يَقْسِمَ بُدْنَهُ كُلَّهَا لُحُومَهَا وَجُلُودَهَا وَجِلَالَهَا
وَلَا يُعْطِيَ فِي جِزَارَتِهَا شَيْئًا- البخاري
sesungguhnya Ali r.a. menceritakan bahawa nabi memerintahkan nya untuk menyembelih haiwan korban dan membahagi bahagikan daging, kulit dan talinya., dan jangan berikan sesuatu daripada haiwan sebagai upah kepada penyembelih- riwayat bukhari
- cara menguruskan daging
- pilihan antara makan atau tidak
- sunat memakannya berdasarkan ayat
dan hadis. Makan sekadar nak beramal dgn nas, nak berkat daging qurban. Bukan
utk kita bolot daging2nya.
لِقَوْلِهِ تَعَالَى : فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ } . (2)
maka makanlah kamu darinya dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir.
وَقَوْلُهُ عَزَّ وَجَل : { وَالْبُدْنَ جَعَلْنَاهَا لَكُمْ مِنْ
شَعَائِرِ اللَّهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ فَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهَا
صَوَافَّ فَإِذَا وَجَبَتْ جُنُوبُهَا فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ
وَالْمُعْتَرَّ } . (3)
Dan Kami jadikan unta sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada
menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu
sebutlah nama Allah ketika menyembelihnya ketika terikat; maka apabila
ia tumbang, makanlah sebahagian daripadanya, dan beri makanlah kepada
orang yang tidak meminta dan yang meminta. .
وَلِقَوْلِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِذَا ضَحَّى
أَحَدُكُمْ فَلْيَأْكُل مِنْ أُضْحِيَّتِهِ . (4)
hadis nabi s.a.w: apabila salah seorang daripada kamu menyembelih, makanlah sebahgaian daripada sembelihan itu .
وَقَدْ صَحَّ عَنْ
ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا فِي صِفَةِ أُضْحِيَّةِ النَّبِيِّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَال : " وَيُطْعِمُ أَهْل بَيْتِهِ
الثُّلُثَ ، وَيُطْعِمُ فُقَرَاءَ جِيرَانِهِ الثُّلُثَ ، وَيَتَصَدَّقُ عَلَى
السُّؤَال بِالثُّلُثِ " . (5)
ketika menerangkan ttg sifat korban nabi s.a.w, ibn abbas r.a. berkata: 1/3 diberi makan kepada ahli keluarga, 1/3 diberikan kepada jiran-jiran yang fakir, dan sedekahkan 1/3 kepada orang yang meminta-minta
Kalau
dimakan kesemuanya, wajib menggantikannya dgn nilai yg menyamai sedeqah ke atas
org faqir.
__________
(1) ينخع : بفتح الخاء أي : يتجاوز محل الذبح إلى النخاع وهو الخيط
الأبيض الذي في داخل العظم .
(2) سورة الحج / 27 ، 28 .
(3) سورة الحج / 36 .
(4) حديث : " إذا ضحى أحدكم فليأكل من أضحيته " . أخرجه
أحمد ( 2 / 391 ط الميمنية ) وذكره الهيثمي في المجمع ( 4 / 25 - ط القدسي ) وقال
: رجاله رجال الصحيح .
(5) حديث : " ويطعم أهل بيته الثلث . . . " رواه أبو موسى
الأصفهاني في الوظائف وحسنه كما في المغني
( 11 / 109 ط المنار ) .
Menjual bahagian haiwan qurban
-
haram
jual sama ada –daging, lemak, kulit, bulu, dln.
-
Haram
juga menjadikannya upah penyembelih.
-
sedekahkan
sahaja benda2 ini.
عن علي قال : أمرني رسول الله صلى الله عليه و سلم أن أقوم على بدنه
وأن أقسم جلودها وجلالها وأمرني ألا أعطي الجازر منها شيئا
وقال : نحن نعطيه من عندنا
قال حسين سليم أسد : رجاله ثقات – مسند ابي
يعلى
Ali r.a. menceritakan bahawa nabi memerintahkan nya untuk menyembelih
haiwan korban dan membahagi bahagikan daging, kulit dan talinya, baginda juga memerintahkan aku agar tidak memberikan sesuatu daripada haiwan sebagai upah kepada penyembelih. kata beliau lagi: kami memberikan upah daripada harta kami (perawi2 nya dinilai tsiqah oleh Husain Salim Asad ketika mentahqiq musnad abi ya'la)-
- وعن
أبي هريرة رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
من باع جلد أضحيته فلا
أضحية له –حسنه الألباني- رواه الحاكم وقال صحيح الإسناد
abu hurairah menceritakan, Rasulullah s.a.w. bersabda: sesiapa yang menjual kulit haiwan korban, tidak ada korban baginya-riwayat al-hakim. beliau mensahihkannya.
Daging korban selayaknya
dibahagikan di mana?
-
asalnya
hendaklah dibahagikan kpd fakir di tempat itu sendiri. Jika ada maslahah yg
memerlukan barulah diberi ke tempat lain.
korban untuk si mati
إِذَا أَوْصَى الْمَيِّتُ بِالتَّضْحِيَةِ عَنْهُ ، أَوْ وَقَفَ وَقْفًا لِذَلِكَ
جَازَ بِالاِتِّفَاقِ . فَإِنْ كَانَتْ وَاجِبَةً بِالنَّذْرِ وَغَيْرِهِ وَجَبَ
عَلَى الْوَارِثِ إِنْفَاذُ ذَلِكَ .
sekiranya si mati ada mewasiatkan ibadah korban, atau mewakafkan sesuatu untuk tujuan korban, ulamak bersepakat mengharuskannya. sekiranya korban menjadi wajib dengan sebab nazar contohnya, waris si mati wajib menunaikannya.
أَمَّا إِذَا لَمْ يُوصِ بِهَا فَأَرَادَ
الْوَارِثُ أَوْ غَيْرُهُ أَنْ يُضَحِّيَ عَنْهُ مِنْ مَال نَفْسِهِ ، فَذَهَبَ
الْحَنَفِيَّةُ وَالْمَالِكِيَّةُ وَالْحَنَابِلَةُ إِلَى جَوَازِ التَّضْحِيَةِ
عَنْهُ ، إِلاَّ أَنَّ الْمَالِكِيَّةَ أَجَازُوا ذَلِكَ مَعَ الْكَرَاهَةِ. وَذَهَبَ الشَّافِعِيَّةُ إِلَى أَنَّ
الذَّبْحَ عَنِ الْمَيِّتِ لاَ يَجُوزُ بِغَيْرِ وَصِيَّةٍ أَوْ وَقْفٍ .
sekiranya tidak diwasiatkan, kemudian waris atau orang lain mahu melakukan korban untuk si mati, ia diharuskan oleh ulamak mazhab hanafi dan hanbali. mazhab maliki memakruhkannya.
.,
وَقَدْ
صَحَّ أَنَّ رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ضَحَّى
بِكَبْشَيْنِ أَحَدُهُمَا عَنْ نَفْسِهِ ، وَالآْخَرُ عَمَّنْ لَمْ يُضَحِّ مِنْ
أُمَّتِهِ . (1)
telah sabit bahawa Rasulullah s.a.w. menyembelih dua ekor kibas. seekor untuk diri baginda sendiri, seekor lagi untuk sesiapa dari kalangan umatnya yang tidak melakukan korban
.
. menurut mazhab syafii pula, qurban untuk si mati tidak dibolehkan tanpa wasiat atau waqaf
لا
تقبل العبادة عن الغير إلا بدليل.
ibadah yg dilakukan bagi pihak orang lain tidak diterima, melainkan ada dalil yg membenarkannya .
bolehkah daging korban diberikan kepada org kafir
boleh sekiranya diberikan kepada kafir yg bukan kafir harbi dan ia bukan korban nazar.
{ لَا يَنْهَاكُمُ
اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ
مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ }
Allah tidak melarang kamu semua melakukan kebaikan dan berlaku adil kepada orang2 yang tidak memerangi kamu kerana agama dan tidak menghalau kamu daripada negara kamu
أن النبي صلى الله عليه وسلم أمر أسماء بنت أبي بكر أن
تصل أمها، وكانت مشركة، رواه البخاري.
nabi s.a.w. pernah memerintahkan asma bt abi bakr menyambung silaturrahim dgn ibunya yg musyrik- riwayat bukhari
اللجنة
الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء- ini adalah fatwa lajnah daimah
an-nawawi menukilkan drp ibn munzir:
ulamak berselisih pendapat dalam masalah memberikan daging korban kepada fakir miskin drp kalangan kafir zimmi. al-hasan al-basri, abu hanifah dan abu thaur memberikan kelonggaran. imam malik lebih menyukai ia diberikan kepada selain drp mereka. beliau juga memakruhkan pemberian kulit dan bahagian lain haiwan korban kepada org kristian.menurut al-laith pula, ia makruh. jika daging itu dimasak tidak mengapa ia dimakan oleh org kafir zimmi bersama-sama org islam.
pendapat mazhab syafi'i- harus diberikan kepada mereka jika korban itu korban sunat (lihat al-majmu syarh muhazzab 8/425).
menurut ibn quddamah pula, ia harus dimakan oleh org kafir. ia merupakan pendapat al-hasan, abu thaur, dan ahli ra'yu. ini kerana ia adalah makanan. ia harus dimakan oleh org2 zimmi seperti makanan2 lain. ia juga termasuk dlm sedekah sunat. jadi harus diberikan kepada zimmi dan tawanan perang seperti sedekah sunat yg lain (lihat al-mughni 9/450 )
- abu zubair
1.09a,m- 22oktober2012
0 komen:
Catat Ulasan