Tempat: Kedai Roti dan kek yang menjual ice blended
masa: selepas zuhur, sebelum asar
saya dan sahabat saya, ustaz safwan sedang menikmati ice blanded bersama seorang lagi sahabat kami, hafiz yang bekerja di kedai tersebut.
tiba-tiba masuk seorang wanita berumur bersama bibiknya, dan seorang pakcik berkopiah yang juga agak berumur, namun lebih muda daripada wanita tadi. terdengar mereka berbual tentang cerita lama dan baru tenteng diri mereka.
ketika menceritakan tentang dirinya, wanita tadi yang merupakan ustazah saya ketika saya bersekolah di tahun satu, sekolah kebangsaan muhammad jabar berkata, "sudah lama dah pencen. ini antara anak muridnya.." sambil menunjukkan ke arah saya.
"iya, saya sempat belajar dengan ustazah masa darjah satu" saya menjawab, mengiyakan.
kemudian mereka berdua membuat pembayaran roti yang telah dipilih. sebelum keluar dari kedai, ustazah itu bertanya tentang sahabat saya, ustaz safwan, yang beliau ingat-ingat lupa. saya menjawab, menerangkan. kemudian dia bertanya:
"awak sudah ada master sekarang kan?"
"ha'ah"
"dah kerja sekarang? tak minta kerja kerajaan?"
" saya sudah bekerja sekarang, mengajar di Ampang. sekolah swasta"
"Tak nak minta kerja kerajaan ke?"
"buat masa ini tidak lagi lah"
"hokme (maksudnya kamu semua) tak payah tunjukkan sangat PAS tu. saya tau pendirian hokme. tapi kita kena pandailah. dunia ini nak kena cari juga. kerja kerajaan nanti dapat pencen. tengok macam saya ni kerja kerajaan, mula mula dulu gaji rm70 sahaja. sekarang dapat la pencen dalam seseribu"
saya hanya tersenyum dan tergelak kecil. tidak menjawab. tidak pernah terlintas pun dalam hati saya, tidak bekerja dengan kerajaan kerana saya orang kuat PAS. kalau iya pun saya tidak minta kerja kerajaan, ia bukan sebab saya orang PAS yang benci kerajaan. tapi atas sebab lain yang lebih penting, yang hanya teman-teman rapat saya tahu.
dalam diam saya itu tiba tiba pak cik berkopiah tadi menjawab:
"kalau saya kak lain pulak. saya tidak sempunyikan. saya tunjukkan"
"kenapa pulak begitu?"
"saya kerja dengan kerajaan lama. enam kali saya kena tukar"
"sebab apa? awak aktif dalam pembangkang?"
"tidak. sebab setiap kali pilihanraya, kereta saya gantung dan kibar bendera PAS. tapi saya kena tukar pun seronok juga, sebab setiap kali kena tukar saya boleh claim elaun sampai enam ribu.."
saya nak tergelak. tapi saya tahan. dua orang yang masuk sekali ke kedai ini tadi lain bendera lupanya. hehehe
setelah ustazah saya tadi berlalu, pak cik itu menyambung:
"buat apa pulak nak sembunyi-sembunyi. pak ngah memang berterus teras. di kedai pak ngah, sapa nak datang datang la. tapi nak baca akhbar yang ada hanya harakah dan suara keadilan..nak takut apa, rezeki itu di tangan Tuhan"
kali ini saya menyokong: " betul tu. rezeki bukan di tangan orang kan.."
pak ngah menjawab: "betul..bukan di tangan orang satu, satu lagi bukan di tangan UMNO..!!"
saya dan ustaz safwan hanya tergelak!!
13 November 2012
Kg Sungai Jahit
0 komen:
Catat Ulasan