satu hari, usai majlis ilmu (bukan di kariah saya tinggal), kebetulan tiada jamuan seperti sediakala. jadi saya diajak menjamu selera di kedai makan. entah macam mana pak cik yang bersama saya bercerita satu cerita menarik.
seorang ustazah di sebuah kawasan perumahan telah menjemput wanita-wanita dalam kawasan tersebut ke majlis bacaan yasin di rumah salah seorang penduduk yang kematian suaminya kira-kira sebulan lalu.
tiba hari yang disebutkan, makcik-makcik pun bersiap sedia untuk ke rumah tersebut. begitu juga pak cik tadi. dia suruh isterinya bersiap cepat untuk pergi ke majlis tersebut.
apabila para pembaca yasin tiba di rumah berkenaan, mereka rasa pelik lihat ada dua tiga kereta mewah di perkarangan rumah. setelah semua orang masuk, seorang ketua pemuda sebuah parti politik memberikan ucapan.
antara ucapannya, "puan puan kalau anak-anak balik, pesanlah jangan menentang kerajaan..." rupa-rupanya majlis bacaan yassin tadi memang sekadar nama. sebenarnya ia lebih kepada majlis kempen pilihanraya. memang tidak ada bacaan yassin hingga akhir majlis. para hadirin yg hadir dapat beg yang berisi antaranya barang-barang keperluan dapur.
ramai yang balik dalam keadaan hampa, rasa tertipu. sebab majlis baca yassin yang disebutkan tidak membaca langsung yaasin.
pak cik tadi beritahu kepada isterinya, kalau orang yang sama ajak lagi ke sesuatu majlis seperti ini, jangan pergi dan saya tak izinkan awak pergi.
saya teringat antara kata-kata pakcik itu, "arwah tertunggu-tunggu bacaan yassin sampai kepadanya. akhirnya tak sampai sebab orang tak baca yassin.."
0 komen:
Catat Ulasan