Hari ini, Jumaat, 13 Januari, Alhamdulillah genap sepuluh hari sekolah kami beroperasi. secara ringkasnya, saya nak ceritakan apa yang berlaku dalam sepuluh hari ini.
- pertambahan jumlah pelajar kepada hampir empat puluh orang.
- kebanyakan pelajar terpaksa melalui kelas tahsin al-quran kerana tahap pembacaan belum memuaskan
dan melayakkan untuk masuk ke tahap hafazan. menurut ketua saketeriat tahfiz kami, ust luqman, hanya pelajar yang sudah lancar membaca Al-quran yang layak memasuki kelas tahfiz.
- jumlah kehadiran pelajar mula menurun disebabkan sebahagian mereka perlu menghadiri aktiviti sebelah petang di sekolah harian kerajaan
- dalam pada itu, kami terpaksa membuka kelas tambahan di bangunan taski sungai lar untuk menjamin keselesaan pelajar. dua kelas diadakan di taski manakala satu kelas kekal di surau sungai lar. semua pelajar akan berkumpul di surau utk sessi solat berjemaah dan sessi pengajian fardhu ain selepas itu.
- alhamdulillah kami sempat mengadakan pengajaran fiqh solat setiap kali selepas solat asar, sebagai pengajian tambahan fardhu ain. insya Allah selepas ini akan diikuti dengan pengajian fardhu ain yang lain.
- kertas kerja untuk lampiran surat pungutan dana sedang dalam proses.
- kami juga dalam proses membuka akaun bank atas nama taski kampung sungai lar. dalam proses ini saya telah ke taski induk di raub untuk mencari beberapa maklumat penting yang diperlukan oleh pihak bank.
- alhamdulillah pihak masjid jamek kariah dong meluluskan dana rm150 sebulan untuk sekolah, atas nama surau sungai lar.
setakat itu sahaja untuk kali ini. insya Allah bertemu di lain lembaran.
jangan lupa doakan kami!
0 komen:
Catat Ulasan