2 Januari 2013- ketika orang lain mungkin tengah bersemangat dengan tahun baru, azam baru, dan lain-lain yang baru, saya dan sahabat saya safwan "membuka" sekolah kami di Surau Kampung Sungai Lar. sekolah yang diberi nama "Kelas Tahfiz Al-Quran Taski Kampung Sungai Lar".
Sekolah yang pembukaannya didahului pelbagai simpang siur, onak duri, cabaran dan ujian. didahului pelbagai perasan- daripada harapan hinggalah kerisauan, ketidakyakinan dan hampir tertunduk, putus asa.
jauh di sudut hati saya, sekolah ini sekolah yang bukan sekolah biasa. ia bersama-sama kuliah di surau dan masjid merupakan produk dalam pakej anugerah Sang Maha Pemberi Petunjuk. keputusan meneruskan pembukaannya terbit dari simpuh istikharah.
ketika tahun 2013 semakin hampir menjelma, ramai mula tertanya tanya jadikah nak buka sekolah?? Saya sendiri ketika itu sebenarnya tertanya tanya, mampukah saya dan teman teman membuka sekolah sessi penuh. mampukah kami memberikan yang terbaik untuk ibu bapa yang akan melakukan satu keputusan drastik dengan tidak mendaftarkan anak-anak mereka di sekolah harian kerajaan, tetapi menghantar mereka ke sekolah kami?
istisyarah dengan 3 imam masjid akhirnya membawa kepada satu keputusan. kita buka sekolah sessi petang. walaupun masih berdepan dengan isu kelas tambahan, kafa dan seumpamanya.
pertengahan disember 2012 iklan-iklan mula dicetak dan diedarkan. begitu juga borang pendaftaran. kami tidak begitu mengharap. pakat-pakat di kalangan kami, tiga ke empat buah keluarga memang telah bersetuju untuk menghantar anak anak menjadi murid sulung sekolah kami. enam ke sepuluh pelajar.
29 disember 2012-sabtu- kami menjemput ibu bapa menghadiri sessi taklimat. sinar harapan semakin cerah melihat kehadiran para ibu bapa "bakal" murid-murid kami. di akhir majlis ini, borang yang ada di tangan saya berjumlah lebih kurang beberapa belas borang.
2 januari 2013- saya dan safwan datang awal untuk menyediakan surau sebaiknya, menyambut para pelajar. belum pun pukul 3 petang, para pelajar mula hadir. yang sudah berdaftar dan yang baru hendak mendaftar. ada juga ibu bapa yg hadir untuk mendaftarkan anak-anak.
Alhamdulillah...pada hari pertama kami mempunyai lebih kurang tiga puluh pelajar...
0 komen:
Catat Ulasan