Sikap setengah budak2, dr sekolah bawaklah ke universiti, sehari sblm pepereksaan, atau lebih hebat lg, malam nak pereksa barulah sebok sebok nak cr nota, nak cr tukang ajar… “bang2,abg kena ajar saya semua ni, sy x paham apa dlm kelas..”. Ya Allah, engkau buat apa dlm kelas epanjang satu semester ni….
Sikap setengah org dewasa, masa dah kena penyakit 3 in one, barulah sebok2 nk berpantang. Lagi hebat, sblm serius penyakit tu takdenye dia nak makan ubat.dah tahap bhya sgt dah bru la sebok cr ubat..nak berpantang itu ini…
Lg sikap setengah org, masa duit tengah byk, ekonomi tengah stabil, wa…tarak ingat jimat punya…bila dah sengkek, bila ekonomi meleset, brg dah naik,barulah cari buluh utk dibuat tabung…cr megi buat alas perut…baru nak berjimat la maknanya
Ini baru tiga contoh, sikap sebahagian insan yg digelar manusia. Dlm Islam kita disuruh bersedia utk menghadapi sesuatu perkara, bukan hanya tunggu perkara tu menimpa baru nak terhegeh2…
Cuba kita hayati Satu riwayat (aku lupa statusnya) yg didendangkan sbg nasyid..
Ingat lima perkara sblm lima perkara
Sihat sblm sakit
Muda sblm
tua
Kaya sblm miskin
Lapang sblm sempit
Hidup sebelum mati
Nabi pun menitikberatkan persediaan sblm tiba saat sbnarnya. Sbb itu dlm bab solat cthnya, disuruh ajar anak sembahyang masa dia kecik lg, kemudian sampai masa tertentu boleh dihukum, walaupun belum usia taklif.agar takut dia utk tinggal perintah Allah, agar bila dah sampai umur taklif dia dah x susah lg nak lakukan dgn ikhlas..kalau dibiarkan jd la mcm sebahagian insan hr ini, yg dah baligh dan terlebih baligh, selambe selambe je tinggal solat.
Peribahasa melayu juga ada cerita psl ni..cth
Sediakan payung sblm hujan
Sudah terhantuk baru terngadah..
Melentur buluh biar dr rebungnya
Yg paling best nya peribahasa yg org2 tua dlm keluarga aku selalu gak ckp..
Jadi kucing, nak berak baru menggali lubang…
Kalau manusianya, ibarat dah nak terberak baru cari papan,paku, atau simen dan pasir, baru nak buat jamban…x ke haru tu…
AWAS, jgn kita lupa Sbnranya sikap menunda2 dan melambat2kan ni sikap org yg Allah x suka. Dlm Quran disebut perkara ini, org2 kafir di hari Qiamat nanti barulah dia menyesal. Alangkah baiknya jika aku jadi tanah je. Alangakah baiknya kalau aku dpt hidup semula dan beramal.Firaun yg mengaku Tuhan itu dah lemas dlm laut barulah dia nak ngaku dia hamba kpd Tuhan Nabi Musa a.s. dlm hadis pun ada sebut, di kala matahari terbit dr barat nanti, semua org tmasuk org kapir pakat2 mengakui, pakat2 nak mengimani. Tapi sayang, semuanya sudah terlambat..nasi sudah hangit rentung hangus terbakar…bg kat ayam pun ayam x mau dah..kalau jadi bubur bleh lg makan kan..
Jadi itulah pentingnya persediaan awal utk hari mendatang. Bersama2 kita jd insan yg sentiasa beringat,bersedia utk menempuh hari mendatang..
18/06/08-12.08a.m
0 komen:
Catat Ulasan