Usai solat zohor, sprti biasa aku berehat sebentar di bahagian blkg msjd. Hri ni yg lain pulang awal, hanya imam satu dan aku yg tinggal di situ. Seperti biasa aku gunakan kesempatan sprti ini utk bertanyakan beberapa perkara serta mendengar dr nasihat imam 1.

Nasihat hati ke hati ni memang berbeza. Nasihat2 begini selalu menjadi pengubat hati yg kdg2 diuji rasa resah, patah,risau,dlm melalui liku2 perjuangan. kalau dlm tarbiyah perlu murabbi, dialah murabbi aku di kg ini. Hari ini nasihatnya berkaitan ulama. Aku tekun mendengarnya. Antara point paling pentingnya hari ini, mcm mana imam 1 mengaitkan sebuah hadis dengan topiknya hari ini.

“ Tidak beriman seorg kamu sehingga aku jadi org yg paling dikasihi melebihi
kedua org tuanya, anak anaknya, dan manusia seluruhnya..”.


Seorg ulama perlu benar benar mengamalkan hadis ini dlm menyampaikan satu kebenaran yg telah nyata,dan sahih sumbernya. Tidak ada halangan yg boleh menghalangnya jika benar2 dia mendahulukan cinta Rasul ke atas lain lain cinta. Biar getir mana dan pahit mana, dia akan menyampaikannya.Jika dia berjaya, dialah ulama Allah, ulama pewaris nabi.

Jika ulama menyembunyikan kebenaran, atau tak beramal dgn kebenaran, kerana kecintaannya kpd pemimpin,atau habuan yg diterimanya dr pemimpin, maka dia ulama sultan.ulama pemerintah.

Dan jika dia menyembunyikan kebenaran yg nyata itu, atau tidak mengamalkannya, kerana khuatir dia ditolak masyarakat, atau khuatir kurang pengaruhnya dlm m’srkat, maknanya dia lebih mendahulukan masyarakat dr ajaran rasulullah, maka digelar syaitan bisu, ulama yg membisu dr menyatakan kebenaran krn kepentingan tertentu.

Maka kita yg mengajar ni, ustz2,ulama2, fikir2kanlah. Nak jadi yg mendahulukan rasulullah dr segalanya, atau nak jd yg mendahulukan pemimpin,masyarakat dln2 drp rasulullah..

Demikianlah isi utama nasihatnya hari ini…

Alhamdulillah bersyukur aku dikurniakan kesempatan mengambil ilmu,nasihat dan pengalaman drpnya…semoga Allah memanjangkan umurnya dan mengurniakannya kesihatan utk sama2 menggunakan pengalaman,ilmu dan nasihatnya memimpin kami org2 muda di jalan perjuangan ini…

0 komen: