
“ sesungguhnya kami telah jadikan manusia itu sebaik baik kejadian”- at-tiin:4
Malaikat merupakan makhluk Allah yg dijadikan drp cahaya. Malaikat merupakan mahkluk yg memang Allah ciptakan untuk mentaati perintahNYA dan tidak melanggar arahanNYA. Seperti manusia, malaikat juga dikurniakan akal. Tetapi malaikat tidak dikurniakan syahwat seperti manusia dan haiwan. Mereka tidak berkembang biak, penciptaan mereka terus sebagai malaikat yg sedia bertugas.
Haiwan pula merupakan makhluk yg diciptakan daripada air,sebagaimana disebut dlm Quran. Haiwan juga dikurniakan shahwat seperti manusia,mereka melalui proses pembiakan,berkembang biak, seperti manusia. Namun tak mcm manusia dan malaikat, haiwan tak dikurniakan akal!!
Dari satu persepsi,manusia punyai kelebihan berbanding malaikat dan haiwan. Mereka memiliki kedua dua akal dan nafsu. Sebab itu manusia digelar ahsani taqwiim.
Apabila manusia menggunakan akalnya dgn sebaiknya, dan dapat membendung ujian nafsu syahwat, dia kan jadi manusia yg baik. Bahkan Sebahagian ulama berpendapat, manusia yg dpt soleh, baik,yg melepasi dgn sempurna ujian shahwatnya adalah lebih baik dr malaikat. Kenapa pula mereka berpendapat demikian?? Kerana malaikat mmg diciptakan untuk taat, mereka tidak bershahwat dan tidak diuji dgn nafsu sprti manusia.
Tapi bila manusia itu menurut nafsunya, tidak menggunkan akalnya, maka manusia itu lebih hina dari binatang!!! Binatang mmg selayaknya bertindak hanya dgn naluri dan shahwatnya,sbb mmg mereka x ada akal!! Sebab itu dlm al-Quran Allah mengumpamakan manusia2 yg degil, menentang perintah Allah dgn haiwan seperti anjing, keldai dan sebagainya.bahkan dalam satu ayat, disebut bila manusia ada mata, telinga, hati dan akal, tapi x guna dan manfaat dgn baik,sebaliknya terus dgn kedegilan, maka mereka lebih teruk dr binatang ternakan!!
Manusia jahat vs jin jahat
Betul ke jin sbnrnya lebih lemah dr manusia???
Kalau kita lihat jin yg jahat memasuki tubuh manusia, mengawalnya, maka jin itu masih boleh ditewaskan dgn bacaan2 ayat Quran dan zikir,lalu dia keluar dr tunih manusia.
Tp kalau manusia yg jahat, dibaca satu mashaf pun di depannya, belum tentu dia tewas, bahkan kejahilannya mungkin mendorongnya utk berbuat lebih jahat lagi sprti memukul kita atau membunuh kita!
Renung renungkanlah….
(sebahagian isi tulisan ini adalah petikan dr kuliah maghrib as-syeikh prof Abd Razzaq as-Sa’adi di masjid UIAM Gombak)
12.38a.m-29/6/08-kg sg jahit
0 komen:
Catat Ulasan