Penyakit Bloggers




Kiranya diri ini rajin jugak la melawat blog blog, baik yg dikenali tuannya atau pun tidak. Rasa tidak sedap pula tengok ada blog blog yg kerjanya dok mencari kesalahan pihak2 yg tidak sehaluan dengannya. Bukan kesalahan org2 serupanya sahaja dicari, bahkan sampai ulama ulama , baik yg silam mahupun yg terkini, turut menjadi mangsa.

Mula mula dulu, jumpa blog2 sebegini tuan nya budak2 jugak, mcm aku yg juga masih belajar, sebagai org muda, aku faham la darah muda, dan keadaan semangat org muda mcm diri aku sendiri. Bak Kata orang orang tua, budak budak yg tengah belajar, kalau buat silap x mengapa. Dia tgh belajar.

Lama lama tu, baru la aku jumpa plak yg satu ni. Patutlah budak budak berani sgt buat kerje mcm ni, sampai menyesat, mempertikai ulama ulama yg telah lama pergi, rupanya ada org yg bukan budak memulakannya…org muda ni mudah mengikut..dah dpt benda yg blh jadi contoh, maka lagi senang dia mengikut…

Kadang kadang aku termenung berfikir. Dlm kuliahku di kg aku selalu juga menerapkan sikap berlapang dada, tidak mudah menuduh yg lain dr kita salah. Alhamdulillah, walaupun mereka x perpendidikan tinggi, mereka mampu menerimanya. Jika dahulu mereka nampak apa yg berbeza dgn tradisi mereka sebg sesat,salah, khurafat, selepas mrk faham mereka mampu mengubah persepsi- dia lain sbb ada ulama yg berpendapat mcm dia buat, ada nas/dalil yg soheh menunjukkan benda yg dia buat tu ada asas.

Pelik jugak, adakah org kg aku lebih cerdik dr mrk2 yg berpendidikan tinggi, dan memegang jawatan pula dlm jbtn2…mgkin org kg walaupun mereka x sekolah tinggi, tp ilmu yg sedikit yg mrk belajar itu disertai tafaqquh, yg menyebabkan mrk faham. Mgkin juga org yg belajr tinggi2 itu pula hanya belajar semata mata belajar… dlm fiqh Aulawiyat, sheikh yusuf al-qaradhawi ada menyebut, keutamaan utk memahami drp sekadar belajar dan menghafaz…kampungians understand “Aulawiyat” better than graduants??Allahu’a’lam

Semoga Allah memberi petunjuk pada kita semua-terutama kita para bloggers dan blogs readers, untuk berjalan di atas jalan yg lurus…semoga Allah menjauhkan drp penyakit bloggers sprt ini, dan menyembuhkan mereka yg sudah sedia terjangkit..

abu zubair-12.40a.m-kg sg jahit

2 komen:

shahbandarmalakat berkata...

assalamualaikum..singgah sekejap, sambil ambil angin dan iktibar...wasallam

Abu_Zubair berkata...

wslm...
tq tok cik sudi singgah rumah cucu