Mencari mutiara hikmah di sebalik tumpahan minyak

Masih lagi kenaikan harga minyak. Tv1 mlm td siarkan siaran perbincangan pun pasal harga minyak jugak. Salehuddin ayub vs menteri sharir samad..aku tak dapat nak komen sbb aku tengok pun hujung2 tadi..sbb mlm ni mengajar di kampung sebelah,jd lmbt balik rumah la....sbb lepas ngajar mcm biasa dijamu dengan kueh muih,mlm ini kuih talam..aku teringat satu ungkapan yg aku lupa sapa yg ckp..tp bunyinya: “ustz2 byk badan besar2 sbb selalu kena jamu dgn anak2 murid slps tiap2 kali belajar..”. perkara ini diakui juga oleh tuan guru hj Hadi, kata beliau susah nak kawal makan, sbb sblm ceramah org hiding makanan..lepas ceramah pun hiding makanan…wa..best nye tuan guru, saya x penah mcm tu lg hehehehe..

Aku tengok shbt aku yg jual air tebu hr ni mcm x on je air tebu dia…dia jual air lain…kalau ikut kalernya sarsi atau cincau…mungkin sbb minyak petrol naik kot..sbb mesin tebu tu pun jalan pakai minyak petrol gak..yela kan kita dok sebok ngan kenderaan di lebuh raya…mgkn kita lupa alat2 lain yg pakai petrol mcm mesin tebu la contohnya… buatnya org tu memang rezekinya jual air tebu..tentulah effectnya bukan sikit2 kan..

Bila baca dlm internet pasal minyak naik ni..mcm2 pendapat positif dan negative dpt kita lihat…yang SANGAT SETIA menyokong k’jaan sibuk la memback-up kerajaan dgn bermacam alasa…yg mmg kerjenya “TEGUR” kerajaan pula mengkaji dan mengorek kesilapan2 yg dibuat oleh kerajaan..x kurang juga reaksi pengguna yg meluahkan rasa mereka terhadap kesan kenaikan harga ini kpd kehidupan…. Ada juga yg redha menerimanya sbg ujian Tuhan, benda dah jadi..so yg penting skrg cara kita berhadapan dgn perkara ini..dan tok mufti pun alhamdulillah tak ketinggalan menjalankan tugasnya dlm isu ini..bersumberkan kisah al-imam an-nawawi rhm..beliau menegaskan langkah2 bijak dlm mendepani isu ini merupakan tanggungjawab semua..bukan sekadar rakyat di bawah ni..bahkan sampai ke peringkat atasan termasuklah juga payung kuning di atas sana..

Begitulah adanya..dan sebenarnya Kenaikan harga minyak perlu kita lihat dari segenap sudut…agar kita mendapat nilai2 penting untuk muhasabah semua pihak,tidak terkecuali diri kita sendiri. Bukankah di sebalik secebis keperitan dan kepahitan yang Allah berikan, mungkin sebagai ujian buat kifarah dosa, atau penambah pahala..terdapat seribu hikmah tersembunyi….dlm menghadapi keadaan ini,jgn kita lupa bhw setiap yg Allah beri pada kita, baik atau buruk di mata kita, sebenarnya adalah yg terbaik untuk kita..kerana yg Maha pencipta itu lebih mengetahui apa yg terbaik untuk ciptaannya…dan tidak pula bermakna kita hanya pasrah berdiam diri,kerana tindakan dan susulan dr kita sendiri adalah sgt penting dlm memperbaiki kelemahan agar x lagi berulang di masa depan…

Hitam putih susah senang kehidupan
Perlu ditempuhi dengan tenang
Semuanya penuh dengan hikmah yg tersirat
Tuhan jadikan utk mendidik kita
Carilah keredhaaNnya..

12.12a.m-11/06/08

0 komen: