Walau Hanya seekor Kambing....

Embeeeeeeeeeeeek!! Embeeekkkkkkkkkk!! Itulah bunyi kambing.
Semua org kenal kambing, terutama tanduk dan janggutnya.
Teringat pulak aku, lawak ust Mustafa:
Yg ada janggut saja tu biasanya kambing..
Kalau misai saja kucing…
Mcm kwn ni dua dua ada…

Sebusuk busuk kambing yg org ckp x mandi tu, tentu ada hikmah yg boleh kita ambik drpnya..kerana Maha suci Allah dari menciptakan sesuatu dgn sia sia…



Kambing dan Nafsu

Disebutkan oleh seorg ustz, bhw Al-Imam al-ghazali pernah ckp, yg mengawal nafsu lebih kurang dgn mengawal kambing. Mcm mana??

Kambing bila dia nak masuk ke pagar sebuah kebun, masa dia belum masuk lagi,senang nak halau. Lemparlah kayu ke apa ke dia akan lari..sbb dia x masuk lagi, x start makan lagi.

Tapi bila dia dah dpt masuk dlm kebun tu, dan dpt makan tumbuhan hijau yg lazat, sambil bersantai2…maka susahlah utk menghalaunya. Kadang2 dibaling dengan benda x dihiaru. Maka terpaksa tarik pulak, kalau disebat dgn kayu pun blm tentu dia lari pasal tgh syok makan tumbuhan hijau kan..pendek kata beratlah kerja menghalaunya,x mcm yg baru dok kat pagar tadi.

Begitulah nafsu..maksudnya nafsu yg jahat,yg nak ajak buat dosa..sblm nafsu tu masuk dlm diri, sblm terbuat maksiat, eloklah dikawal dan dihalang, kerana pada masa ini insya Allah masih mudah dihalau. Tapi bila nafsu dah melompat pagar diri, diri pun dah bergelumang dan sebati, syok dgn maksiat…maka jadi sukarlah utk menhalau nafsu tu tadi...

Kambing dan Syubhah

Dalam sebuah hadis soheh, salah satu hadis 40, hadis halal dan haram, nabi menyebutkan bhw menceburi syubhah itu samalah dgn melepaskan kambing dekat sgt dgn kawasan larangan milik raja. Kambing kambing yg fitrahnya degil itu akan mendekati kwsn larangan dan bila termakan, marahlah Raja…maka setiap raja tu ada kawasan larangnan, dan kwsn larangan bg Raja segala Raja ialah setiap benda yg haram… jadi ingatlah wahai insan, jgn jadi kambing kambing yg x reti bahasa…baru shubhah,blm haram lagi katanya..alasan le tu..

Kambing dan para anbiya
Diriwayatkan bahawa nabi s.a.w pernah bersabda: “ tidak adalah salah seorg dr nabi melainkan pernah bekerja membela kambing..”, riwayat lain menyebut: “tidaklah Allah mengutuskan nabi melainkan dia pengembala kambing”. (rujuk as-sirah an-nabawiyyah Durus wa I’bar, Dr mustofa siba’I, Beirut, dar al-waraq,cetakan ke 4 2002m/1422h, ms37).

Tlh thabit dlm sahih bukhari dan sahih Muslim, bhw nabi s.a.w sendiri pernah mengembala kambing penduduk Makkah dengan upah bbrp Qirat!!

Antara hikmah di sebalik kerja pengembalaan kambing ini:
- melatih para nabi utk berdpan dgn pengembalaan yg lebih rumit lagi di masa depan, iaitu pengembalaan manusia-maksudnya nak kawal,ajar dan tarbiyah manusia yg bermcm ragam, sbb kambing yg x ada akal tu pun dah mcm ragamnya, jd sebahagian dr yg berakal ni lebih2 lagi la ragamnya.
- Keprihatinan terhadap suasana dan keadaan sekeliling-yakni tolong pak sedara yg sangat sederhana hidupnya, tp ramai tanggungannya
- Galakan terhadap ihsan thdp binatang2..

(rujuk sirah nabawiyah sohehah, akram dia umari,maktabah al-abiikan-riyadh,cetakan keenam, 2005/1426, jilid 1,ms106)

0 komen: