17 Ramadhan vs 16 september

walaupun hari ni dah masuk 18 ramadhan..sy nak bercerita ttg 17 ramadhan yg bru berlalu...

bln ini ditakdirkan bulan ramadhan sama tarikh dengan bulam september...jadi tarikh 16 sept bersamaan 16 ramadhan...sblm menjelang 17 ramadhan...terpulang pada kita utk muhasabah..adakah kita terlau ingat 16 sept hingga lupa 17 ramadhan..atau kita ingat dua2..atau kita x ingat dua2...

17 Ramadhan- dijadikan cuti umum di bebrp negeri sempena nuzul quran, peristiwa di mana wahyu pertama diturunkan kpd nabi Muhammad s.a.w..jumhur memilih ramadhan sbg tarikh turunnya quran berdasarkan firman allah dlm Quran yg menyebut "bulan Ramadhan yg diturunkan di dlmnya al-Quran..."

saya tidak memilih utk menulis panjang lebar ttg peristiwa wahyu pertama , krn ia boleh didapati di dlm kitab2 sirah mahupun hadis, serta kuliah2 tntgnya...

yg pentingnya, penghayatan kita berkaitan penurunan al-quran...kita,keluarga dan masyarakat perlu terus gigih berusaha melahirkan masyarakat yg celik Al-quran....step pertama dlm memahami al-quran-membacanya..jd sama2 kita bantu membantu dlm belajar,memperbaiki dan memperkemaskan bacaan al-quran diri dan keluarga serta masyarakat terutama sempena ramadhan yg mulia ini..

bg yg sudah pandai dan lancar, ingatlah tugas anda dng Quran blm selesai...kita perlu terus membacanya...dan juga tidak lupa mendalami isi kandungan ajaran al-quran itu..paling penting beramal dgn segala ajaran yg dibawa oleh kitab suci ini...

17 ramadan juga tarikh berlakunya perang badar. mlm 17 ramadan selalunya msjd2 dan surau2 meriah dgn terawih yg disertai jamuan berbuka/moreh sempena nuzul Quran. rasul dan shbt pula pd mlm 17 ramadhan mrk berada di penempatan tentera Badar.Saidina Ali meriwayatkan bhw nabi s.a.w pada mlm 17 Ramadhan, sblm siangnya blaku perang Badar byk bersendirian berdoa kpd allah..saidina Umar juga meriwayatkan nabi s.a.w byk sekali berdoa pd Allah ketika peristiwa Badar...

17 Ramadhan sudah berlalu....namun peristiwa2 di dalamnya tidak pernah hilang ....pelbagai pengajaran dan i'tibar wajib kita kutip, dlm meneruskan kembara kehidupan ini..menyusuri jalan perjuangan...

2.44pm-18/9/08

1 komen:

Tanpa Nama berkata...

Shamil, tarikh penubuhan Persekutuan Malaysia, berapa hari bulan? 15 ke 16?