bila "perjuangan" disempitkan
Saya alhamdulillah merasa seronok bila melihat majlis majlis ilmu semakin bersemarak mengimarahkan masjid, baik di kampung saya sendiri mahupun di kampung kampung bersebelahan. Di masjid kampung saya, ada ilmuan yang baru start kuliyah baru, bertambah lagi kuliah utk jemaah masjid kg saya Namun dalam seronok itu, tiba tiba muncul juga cakap cakap yang seronok didengar.
Satu kefahaman cuba menyelit, yang ilmuan yang tidak mahu aktif dalam satu wasilah lain, hati hatilah dengan penyampaiannya. Cakap orang kampung saya" jangan pakai sangat!!". Pulak…detik hati saya. Lagi, pendapat ini juga mengingatkan ilmuan ilmuan yang hanya tahu berkuliyah, tetapi tidak mahu aktif dalam perjuangan melaui satu wasilah lain. Mereka ini hanya tahu mengkritik (sebenarnya muhasabah) wasilah yg satu lagi.
Saya termangu dan termenug sekejap.Ilmu memang pada satu tahapnya bisa jadi ujian, tetapi selagi mana ilmuan itu mengajar dengan baik, tidak menghentam, penyampaiannya berlandas al-Quran dan as-sunnah, salahkah dia? Bukankah saidina Ali r.a pernah berpesan: kebenaran tidak dikenali melalui seseorang, tetapi kita boleh kenal seseorang melalui kebenaran. Tengok apa yg dikata, bukan siapa yg berkata. Ulama ulama juga berpesan, ilmu itu firman Allah dan sabda rasul, dan yang bertepatan dengan keduanya.
Perjuangan menegakkan Islam merupakan satu kewajipan ke atas setiap yang bergelar muslim dan mukmin. Ianya sebuah perjuangan yang umum, sesuai dengan keumuman syariat Islam itu sendiri, tidak mengkhususkan kepada sesuatu kaum,bangsa, puak atau kelompok.
Kepelbagaian wasilah dalam perjuangan bukanlah sesuatu yang baru. Allah swt berfirman ketika menurunkan salah satu perintah bardakwah kepada Nabi s.a.w: "serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan peringatan yang baik, dan berdebatlah dengan cara yang terbaik…"(an-Nahl 125). Imam ibnu Kathir ketika mentafsirkan ayat ini menyebut Bahawa maksud al-hikmah ialah apa yang diturunkan ke atas nabi iaitu quran dan sunnah, peringatan yang baik ialah pengajaran di sebalik kejadian dan peristiwa yang berlaku kepada manusia, dan berdebat pula bagi mereka yang perlu kepada perbincangan dan perdebatan,dalam keadaan yang baik,lembut dan percakapan yang baik.
Nabi s.a.w sendiri menyebutkan beberapa wasilah dalam memperjuangkan agama, seperti di dalam hadis: "barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, ubahlah ia dengan tangannya (kuasa), jika tidak mampu dengan lidahnya, jika tidak mampu dengan hatinya, dan demikian itu selemah lemah iman."(Soheh Muslim, hadis no 70, bab bayan kaun nahyi al-munkar min al-iman).
Jadi seseorang boleh menggunakan apa apa wasilah- diusahakan sebaik yang boleh- dalam memperjuangkan agamanya, selagimana ia tidak bertentangan dengan Islam sendiri.
Nabi s.a.w juga bersabda, di dalam sebuah hadis riwayat al-imam al-bukhari, daripada jabir r.a, bahawa baginda diutuskan buat seluruh ummah, tidak kepada Sesutu kaum atau bangsa sahaja.
" aku diberi lima perkara yang tidak diberikan kepada seorangpun nabi sebelumku…dan adalah nabi sebelumku dibangkitkan khusus kepada kaumnya, dan aku diutuskan kepada manusia secara umum…" Soheh Bukhari, hadis no.419.
Jadi siapalah kita untuk mengkhususkan perjuangan Islam ini kepada bangsa, golongan atau kumpulan tertentu, dari keumuman yang telah dibuat oleh syariat?
12.40 p.m- 26/2/09

2 komen:
Komen juga. Shamil pejuang cinta 'ni. He 3x
hahaha tadi dah tengok masa aku posting blog
Catat Ulasan