novel ini baru dilancarkan siang tadi di PWTC,. karya Tuan Sabariah dengan touch up anak perempuan kepada s/u suaminya, annual bakri ini menceritakan tentang seorang wanita di sebalik ketokohan seorang ulama merangkap pemimpin sebuah gerakan islam, jua sebuah negeri- Tuan guru nik abd aziz nik mat.
ceritanya bermula dari detik2 penjodohan mereka berdua, kemudian diselangi peristiwa peristiwa penting yg berlaku, seperti keadaan ktk mula2 tok guru melangkah ke arena politik, ketika beliau jd MB, keadaan mereka ketika anak ditahan ISA dan dibebaskan. terdapt juga petua petua rumahtangga yg diperturunkan oleh tuan sabariah dlm novel kecil ini.
novel ini tidak seperti novel2 lain., ia bukan sekadar cerita sebuah kisah benar, tetapi diselit -dengan kerap sekali- dengan ayat suci, hadis,kata2 ulama dan ilmuan berkaitan sesuatu peristiwa. bagi yang kurang biasa membaca atau berat membaca buku2 ilmiah, mungkin novel ini dlm beberapa ketika mampu menimbulkan kebosanan mungkin!!
garapan cerita tidaklah seperti novel2 cinta islami yg terkadang menimbulkan rasa ingin bercinta pula di hati pembaca, bagi saya ia tidak membawa kita berkhayal. isteri2 para pendakwah,pejuang gerakan sesuai membaca novel ini untuk memahami dan mengerti perjuangan suami, agar tidak lagi merungut jika suami jarang di rumah!! :)
habis satu buku...menunggu masa sesuai untuk membaca buku2 seterusnya yg baru saya beli di KL IBF09 jumaat lalu...
19-04-09, 11.48pm
0 komen:
Catat Ulasan