Hari Ahad, 19 april 2009, seperti sudah diberitahu awal awal oleh pak ialah hari muktamar sebuah gerakan Islam di tempat saya. Tahun ini muktamarnya agak penting, kerana tahun ini tahun pemilihan, ketika inilah ahli ahli akan mengundi, dan menukar jika mereka mahu perubahan dalam kepimpinan. Sebelum dan semasa muktamar, memang Tiada sampul sampul berisi wang berlegar, baik di bawah meja atau di atas meja, tiada juga kempen kempen meminta dilantik atau melantik seseorang. Berbekalkan ilmu dan tarbiyah usrah,kuliah, ahli ahli datang hari ini untuk memilih pimpinan. Kehadiran tahun ini agak meningkat berbanding pemilihan dua tahun yg lalu.sejarah juga apabila muktamar kawasan tahun ini berlangsung agak lama, dari pukul 9.30 pagi, biasanya sebelum zuhur sudah selesai, tetapi kali ini, ia ditangguhkan menjelang zuhur, selepas solat dan makan, muktamar disambung sehingga hamper jam 4 petang. Alhamdulillah ia dipenuhi pesanan pesanan, muhasabah,kritikan membina, dan diakhiri dengan pengumuman keputusan pemilihan yg menyaksikan byk juga "amanah" bertukar "tuan", seperti jawatan YDP,TYDP dan ketua urusan ulama. Semoga pertukaran ini menguatkan lagi gerakan islam ini dalam meneruskan perjuangannya, bukan semata dalam siasah, tetapi juga dakwah islamiyah amnya. Takbir!!
Mari kita soroti beberapa candid shot yg sempat saya curi curi rakamkan dengan e-touch D21 saya hehehe
Mari kita soroti beberapa candid shot yg sempat saya curi curi rakamkan dengan e-touch D21 saya hehehe


kiri&tengah: suasana di awal muktamar, para pimpinan dan tetamu duduk di depan. muktamar dirasmikan oleh hj muohd sabu pd malam sebelumnya. (Kanan)sticker khas rekaan s/u ditampal pada baju, bezakan perwakilan,pemerhati dan ajk


bekas YDP sesi lepas sedang tekun meneliti sesuatu(kiri), ucapan terakhir sbg YDP sebelum mengundurkan diri (kanan)


(kiri)ustaz roslan wakil perhubungan negeri menerangkan tentang skim takaful (kanan) dr hamzah, juga wakil perhubungan negeri bersemangat menggulung ucapan penutup



vateran vateran dalam jamaah (kiri) we Talib, (kanan) tuan guru hj fathul ariffin- pemegang ketua urusan ulama sehingga pemegang baru dilantik



wajah wajah perwakilan yg khusyuk mendengar sepanjang muktamar

air tasnim- air gau yg menjadi minuman rasmi setiap kali program termasuk muktamar
19-04-09, 11.15pm
0 komen:
Catat Ulasan