mesti baca: kemuncup dalam perjuangan


kemuncup bila lekat di kaki, dibiarkan gatal kaki, hendak dicabut nanti leka dengan kerja mencabut kemuncup hingga terabai kerja lain...jadi cabut kemuncup sambil buat kerja lain..


Tuan guru Nik Aziz memang terkenal dengan kiasan dalam kata katanya, sehingga boleh dikumpul dalam sebuah buku sebagai kata2 hikmah. dalam bukunya ini, kemuncup digambarkan sebagai mehnah dan ujian dalaman yg melanda sebuah gerakan Islam.


ini buku kedua yg dibeli di pwtc yg saya habiskan .Kemuncup dalam perjuangan -terutamanya bahagian pertama buku ini-bagi saya sebuah buku yg menyentuh naluri seorang yang meletakkan diri sebagai pejuang Islam. tulisannya menyentuh hati, menyalakan obor yg sudah lama malap menunggu waktu padam sahaja.. terutama bagi saya yg agak lama menyepi dari aktif dalam arus gerakan Islam dek alasan kesibukan dakwah ilmiah...


buku ini menyingkap sejarah PAS yang mungkin tak diketahui oleh ahli ahli gerakan ini yg terkemudian termasuk saya sendiri... ia sebenarnya sebuah penjelasan panjang oleh beliau yg ketika itu ketua dewan ulama PAS tentang krisis dalaman yg berlaku ketika itu...angin tajdid yg bertiup dalam gerakan menimbulkan pertelagahan persis kaum tua dan kaum muda - namun dalam sudut berbeza..cuma satu persamaan- kaum tuanya menganggap tajdid yg ingin dibawa sebagai satu pengaruh luar yg tidak patut dibawa masuk!!


bagi saya buku ini membantu saya muhasabah diri, shbt2 gerakan pelbagai wasilah dan aliran, dan pimpinannya..menilai beberapa krisis yg berlaku khasnya di tempat saya...


kemuncup dalam perjuangan amat wajar dibaca oleh semua yg mengaku bergerak memperjuangkan Islam dan dakwah islamiyah, baik anda dari PAS ataupun lain lain warna warni wasilah perjuangan Islam....ia membantu kita untuk bermuhasabah, bagaimana hendak berhadapan dengan mehnah dan tribulasi dari dalam...


kesimpulan saya: keegoan mempertahankan yg lama sedangkan tajdid yg haq berada di depan mata, memang menimbulkan masalah dan mungkin melembabkan perjalanan perjuangan yg penuh onak duri dan liku2...


semoga Allah memberkati dan memelihara Tuan Guru Nik Aziz, atas sebuah tulisan yg banyak menyedarkan diri ini dan bermuhasabah..amin ya rabbal alamiin... setelah membaca buku ini, faham benar diri ini kenapa ulama berkarisma yg seorg ini amat dikagumi dan dihargai...


21-04-09, 12.09a.m

2 komen:

نذر الأفندي بن عبد الغني berkata...

ye la... aku komen la... kalau tak, dia kata sombong. Aku beli 2 buku kat Pesta Buku kali ni. satu buku RM10. "Sebab Wurud Hadith" oleh Dr. Muhammad Asri, dan "Hakikat Orientalis" oleh Assoc. Prof. Dr. Mohammed Baha' ad-Din...

Abu_Zubair berkata...

hahaha..ustaz apeng dua dua buku tu aok dah khatam yg arab dia kan..beli yg melayu lak yer...buku2 anime x beli ke ustat...buku haiwan ke heheh