Hukum Bukan Islam membaca al-Quran


قال تعالى: وَأَنزلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نزلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ [ النحل: 44]
Maksudnya: maka kami turunkan kepadamu al-zikr[al-Quran] ini, untuk engkau menerangkan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka, moga moga mereka berfikir.

Ayat yang dibacakan sebentar tadi menerangkan kepada kita tentang al-Quran dan isinya mesti disampaikan kepada seluruh manusia, jesteru motif penurunan al-quran ialah untuk dakwah dan mengajak orang ramai ikut menganut ajaran,hokum hakam dan nilai nilainya.

Sebab itu rasulullah s.a.w menukilkan beberapa ayat al-Quran dalam suratnya kepada para pemimpin dari kalangan orang bukan Islam termasuklah pemimpin rom dan habsyah.

Dalam utusan baginda kepada Najasyi, antara lain baginda menjelaskan:
" saya mengajak anda agar menerima seruan Allah jesteru saya adalah Rasulullah. Oleh itu masuklah saudara dalam Islam nescaya anda akan sejahtera.."
Kemudian baginda memasukkan di dalam surat ini ayat berikut:
قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلا نَعْبُدَ إِلا اللَّهَ وَلا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ- آل عمران (64)
Maksudnya: wahai ahli kitab, marilah kita menuju kepada satu kalimah yg sama antara kami dan kamu,bahawa kita tidak menyembah selain Allah, dan kita tidak mempersukutukanNya dengan sesuatu pun, dan bahawa kita tidak menjadikan satu sama lain Tuhan selain allah, jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka, " saksikanlah kami adalah orang Islam". Kemudian baginda menyambung: " jika saudara enggan maka saudara akan menanggung dosa nasraninya kaum saudara.

Ayat al-quran yang sama juga disisipkan oleh baginda s.a.w dalam utusan baginda kepada Hercules raja Rom dan Muqauqus Raja kaum Qibthi di Mesir.

Di dalam surat baginda kepada Raja Parsi pula, baginda telah menyisipkan ayat berikut di dalam menyatakan tujuan baginda diutuskan :
{ لِيُنْذِرَ مَنْ كَانَ حَيًّا وَيَحِقَّ الْقَوْلُ عَلَى الْكَافِرِينَ } [يس: 70]
Yang bermaksud: " untuk memberi peringatan kepada sesiapa yang hidup jiwanya, dan agar ketetapan azab terhadap orang kafir menjadi satu kepastian.

Demikianlah bingkisan Rasulullah yang mengandungi ayat ayat suci al-Quran kepada raja raja yang bukan Islam yang tersurat di dalam lembaran sejarah.

Menurut Dr Ahmad Salim di dalam bukunya: Faidhu al-Rahman Fi al-ahkam al-fiqhiyyah al-khassah bi al-quran, terdapat dua pendapat dalam menerangkan hukum orang kafir membaca al-quran.

Pertama: haram bagi orang kafir zimmi atau yang lainnya membaca al-quran, kerana mereka lebih patut ditegah daripada orang yang berjunub. Ini adalah pendapat mazhab Hanbali.

Kedua: Harus bagi orang kafir membaca al-quran kerana dia belum mempercayai kehormatan al-Quran. Ini adalah pendapat mazhab Syafi'e.

Apabila dirujuk pula kitab kitab utama dalam mazhab syafi'ie kita akan menemui hakikat berikut:
Imam ar-Ramli di dalam kitabnya "ihayatul Muhtaj" menyebut: " orang yang kafir tidak ditegah untuk membaca al-Quran kerana dia tidak percaya kepada kehormatannya.

Di dalam kitab Mughni al-muhtaj pula, pengarangnya Imam Muhammad as_Syarbani menegaskan bahawa: " perkara yang kedua yang dilarang bagi orang yang berjunub ialah membaca al-quran bagi orang Muslim. Adapun orang Kafir tidak ditegah membaca kerana dia tidak percaya kepada kehormatannya seperti yang disebut oleh al-Mawardi".

Al-Bujairimi di dalam kitabnya menyebut: " tidak ditegah orang kafir yang berjunub duduk di dalam masjid dan membaca al-Quran, adapun orang kafir yg berhaid dan bernifas dilarang membaca al-quran dan duduk di dalam masjid".

Kalau kita amat amati, sebab kenapa tidak ditegah orang kafir yang berjunub membaca al-Quran dan duduk di dalam masjid adalah kerana mereka belum beriman atau percaya kepada kehormatan masjid dan al-Quran. Pengharusan orang kafir berbuat demikian adalah berdasarkan hadis, di mana nabi s.a.w pernah menahan orang orang musyrikin di dalam masjid.

Saidina umar al-Khattab pernah merampas lembaran al-Quran daripada adik perempuannya Fatimah binti al-khattab ketika beliau belum lagi beriman. Kemudian beliau membaca ayat ayat al-Quran dalam surah Toha.oleh kerana kesan ayat itu begitu tepat menerjah ke lubuk hati beliau lantas beliau sedar dan insaf sehingga akhirnya beliau memeluk agama Islam.

Maharaja Habsyah Najasyi, pernah dibacakan kepadanya oleh Ja'afar bin Abi Talib ayat ayat daripada surah Maryam, yang akhirnya melembutkan hati beliau untuk beriman. Dan banyak lagi peristiwa2 dalam sirah nabawi yang menunjukkan betapa ramai golongan bukan islam beriman dan memeluk Islam setelah mereka membaca atau mendengar al-quran dalam keadaan mereka masih kafir.

Perbuatan yg demikian juga akan memasyhurkan lagi al-quran utk dibaca oleh khalayak kaum yg belum islam dan beriman. Kita berharap agar suatu masa nanti hati orang yang membaca dan mendengar al-Quran ini akan dibuka oleh Allah untuk menerima hidayah dan menjadi pengamal nilai dan ajaran Islam seperti yang terkandung di dalam kitab al-Quran.
[dipetik dan disunting daripada artikel dalam akhbar harakah edisi isnin,11/5/09, mukasurat8 bahagian fikrah, ruangan kemusykilan agama kendalian ust abd ghani shamsudin.]
12.25pm-14-05-09

4 komen:

نذر الأفندي بن عبد الغني berkata...

Yang ni pun boleh dibaca sebagai khutbah Jumaat...

Abu_Zubair berkata...

memang dah dibuat dlm bentuk khutbah dan diserahkan pada imam..tinggal lagi dibaca atau tidak jer solat jumaat tadi..

kps berkata...

Tapi orang kafir DAP yang membaca ni adalah bertujuan politik dan saya kurang pasti tentang keikhlasan nya,apa pandangan ustaz.

Abu_Zubair berkata...

kita serahkan persoalan hati kepada Allah...
kita menghukum secara zahir, Allah akan menghukum perkara2 yang tersirat
sangkaan baik kita, mudah2an dgn membacanya mereka akan dibukakan pintu hidayah oleh Allah s.w.t.