قال تعالى: { إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ } [فاطر: 28]

Ulama adalah golongan pakar rujuk agama yg memiliki pengetahuan yang mendalam dan luas dalam pelbagai ilmu Islam seperti feqah, tafsir, hadis, aqidah. Ulama juga adalah golongan yang mewarisi tugas dan peranan nabi dan rasul dalam menyampaikan kebenaran Islam kepada seluruh ummat manusia. Dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abu Daud dan at-Tirmizi, nabi s.a.w pernah bersabda:

العلماء ورثة الأنبياء
Ulama itu pewaris para nabi.

Seorang ulama juga merupakan seorg yg amat arif, dalam membezakan haq dan batil yg benar dengan yang palsu, dan yang betul dengan yang salah. Mereka ialah insan yang sentiasa berpegang teguh dengan kebenaran dan menentang kebatilan.

Ulama merupakan golongan yang amat penting, yang perlu bergandingan dengan pemimpin dalam menentukan keupayaan mencorak dan menentukan hala tuju sesbuah Negara.Oleh sebeb itu rasulullah s.a.w pernah menyebut dalam sebuah hadis riwayat abu Nu'aim dan ad-Dailami yang bermaksud:

Dua kumpulan manusia yang apabila baik kedua duanya maka akan baiklah pula seluruh masyarakat sekelilingnya. Tetapi apabila buruk kedua duanya maka akan buruklah pula seluruh masyarakat itu. Dua kumpulan itu adalah ulama dan umara' (pemimpin).

Dalam menjelaskan kepentingan ulama dalam membimbing ummah, nabi s.a.w pernah bersabda di dalam sebuah hadis:

عَنْ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ يَقُولُ:
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ اللَّهَ لا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ النَّاسِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يَتْرُكْ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا


Daripada Abdullah bin Amru bin al-as r.a, berkata, aku telah mendengar rasulullah s.a.w bersabda: bahawa Allah tidak akan mencabut ilmu itu dengan sekaligus dari manusia, akan tetapi Allah swt menghilangkan ilmu itu dengan mematikan para ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan.mereka sesat dan menyesatkan orang lain. (hadis riwayat Muslim)

Demikianlah gambaran rasulullah s.a.w tentang keadaan masyarakat akhir zaman apabila mereka ketandusan pimpinan dari para Ulama, di mana akhirnya mereka terjerumus dalam lembah kesesatan. Gambaran ini dengan jelas menunjukkan betapa pentingnya peranan ulama dalam membimbing masyarakat dan ummah.

Di akhir akhir ini kita melihat gejala gejala yang menunjukkan hampirnya zaman yang dinyatakan oleh rasulullah s.a.w. bilangan alim ulama semakin berkurangan dengan pemergian mereka, dan mencari pengganti kepada mereka pula merupakan sesuatu yang bukan kerja mudah. Usaha untuk melahirkannya pula kurang mendapat perhatian yang sewajarnya, kerana ramai yang lebih mengutamakan pengajian pengajian yang zahirnya dapat meraih keuntungan duniawi.

Ketaatan kepada ulama juga merupakan satu petanda kepada baik buruknya sebuah masyarakat. Apabila masyarakat sudah mula menjauhi ulama, takut mendekati ulama, dan tidak mahu mendengar nasihat mereka. Artis dan hiburan dikejar dan diagung agungkan jauh mengatasi para alim ulama dan majlis majlis ilmu. Nasihat dan teguran ulama mereka anggap sebagai kecaman, hentaman dan sindiran. Mereka juga tanpa segan silu melakukan kemungkaran walaupun di hadapan orang yang tinggi akhlaknya. Bahkan terkadang sengaja perkara maksiat itu dibuat di hadapan para alim ulamam untuk menunjukkan rasa ego dan menyinggung perasaan ulama.

Kehancuran masyarakat seperti ini telah disebutkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam sebuah hadis:

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُمَّ لا يُدْرِكْنِي زَمَانٌ أَوْ لَا تُدْرِكُوا زَمَانًا لَا يُتْبَعُ فِيهِ الْعَلِيمُ وََا يُسْتَحَى فِيهِ مِنْ الْحَلِيمِ

Maksudnya: daripada sahl bin sa'ad, sesungguhnya rasulullah s.a.w pernah bersabda: " Ya Allah jangan kau tmukan aku dan mudah mudahan kamu. x bertemu dengan satu zaman di mana para ulama (hadis riwayat imam ahmad bin hanbal)

Betapa dahsyatnya keadaan ini sehingga baginda s.a.w memohon agar baginda dan para sahabat tidak ditemukan dgn zaman ini.

Seperti disebutkan di dalam ayat di awal khutbah tadi, ulama merupakan hamba Allah yg gerun dan takut kepada Allah s.w.t. Zaman akhir zaman juga menyaksikan kewujudan golongan yang mengakui diri mereka alim, akan tetapi sebenarnya tidak. Hal ini juga telah dijelaskan oleh nabi s.a.w di dalam sabda baginda:
عن أَبَي هُرَيْرَةَ يَقُولُ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ رِجَالٌ يَخْتِلُونَ الدُّنْيَا بِالدِّينِ يَلْبَسُونَ لِلنَّاسِ جُلُودَ الضَّأْنِ مِنْ اللِّينِ أَلْسِنَتُهُمْ أَحْلَى مِنْ السُّكَّرِ وَقُلُوبُهُمْ قُلُوبُ الذِّئَابِ

Daripada abu hurairah r.a berkata, bersabda nabi s.a.w: akan timbul di akhir zaman org2 yg mencari kepentingan dunia dengan menjual agama.
Mereka menunjukkan kpd org lain pakaian yg melambangkan mereka zuhud di dunia, dan percakapan mereka lebih manis dari gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala, mempunyai tujuan tujuan jahat. (hadis riwayat at-tirmizi).

Wajib kita mengambil pengajaran daripada hadis ini, dengan sikap hati hati terhadap golongan seperti ini. Timbanglah kebenaran dengan kaedah yg diajar oleh rasulullah s.a.w, iaitu dengan neraca al-Quran dan as-sunnah..

Maka jelaslah dari penerangan tadi tentang kepentingan para ulama dan peranan mereka, serta kewajipan kita untuk menghormati dan mentaati mereka.
Marilah sama sama kita menghormati para ulama, mengikuti segala tunjuk ajar dari mereka, agar kita akan terselamat dari hukuman allah taala di dunia dan akhirat.


sumber:

-himpunan hadis 40 hadis akhir zaman,karya abu ali an-nadwi al-banjari, pustaka wasit,pokok sena.

-semakan hadis dan syarah kitab2 hadis dan syarah hadis2 berkaitan-maktabah syamilah

-khutbah siri ke 2-jabatan agama islam negeri pahang, jabatan mufti.


[tulisan ini telah dibaca sebagai khutbah jumaat di masjid kariah dong, kg kuala gali,pada jumaat, 8 mei 2009 yg lalu]


14 mei 2009-12.04pm

0 komen: