Wahai pemimpin, perhatikan siapa penasihatmu!!

Baru baru ini, saya terbaca di sebuah blog yg sering saya ikuti updatenya, tentang dua pemimpin zahirnya kelihatan bertelagah dan tidak sehaluan dalam satu isu. Akhirnya seorang pemuda tampil membuat satu penjelasan mengejut, yg sebenarnya ia berpunca dari kefahaman yg silap yg diberikan oleh penasihat kepada salah seorg pemimpin tadi. Dalam mengikuti isu ini di dalam blog, juga akhbar, tiba tiba Allah melintaskan di minda saya sebuah hadis yg pernah saya baca. Saya pun merujuk kembali kitab tersebut, dan saya menjumpai matan hadis secara penuhnya begini…

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا بَعَثَ اللَّهُ مِنْ نَبِيٍّ وَلَا اسْتَخْلَفَ مِنْ خَلِيفَةٍ إِلا كَانَتْ لَهُ بِطَانَتَانِ بِطَانَةٌ تَأْمُرُهُ بِالْمَعْرُوفِ وَتَحُضُّهُ عَلَيْهِ وَبِطَانَةٌ تَأْمُرُهُ بِالشَّرِّ وَتَحُضُّهُ عَلَيْهِ فَالْمَعْصُومُ مَنْ عَصَمَ اللَّهُ تَعَالَى
Nabi s.a.w pernah bersabda: tidaklah Allah mengutuskan seorang nabi, dan tidaklah dilantik seorang pemimpin, melainkan dia mempunyai dua jenis pendamping, pendamping yang menyuruhnya berbuat kebaikan dan menggalakkannya berbuat kebaikan, dan pendamping yang menyuruhnya dengan kejahatan dan menggalakkannya melakukannya. Maka orang yang terpelihara ialah orang yang dipelihara oleh Allah Ta'ala. (diriwayatkan oleh imam al-bukhari di dalam sahihnya, juga dimuatkan oleh imam an-nawawi dalam riadus salihin).

Mari kita lihat apa kupasan ulama tentang hadis ini…

Berkenaan dengan para nabi,para ulama menyebutkan bahawa mereka terpelihara daripada pendamping yang menyeru dan menggalakkan kejahatan. Dikatakan juga bahawa maksud dua pendamping bagi para nabi ialah malaikat , sebagai pendamping yang menyeru dan menggalakkan kebaikan,dan syaitan yg juga cuba mendampingi nabi. Tinggal lagi, seperti yang dikatakan nabi s.a.w pendamping kedua itu berjaya diIslamkan dengan bantuan dan izin Allah Ta'ala.

Para pemimpin pula, jika dilihat dari hadis ini, mereka akan didampingi oleh golongan yang mudahnya kita bahsakan sebagai penasihat. Dalam hadis ini nabi menerangkan kepada kita bahawa ada dua jenis penasihat yang akan mendampingi pemimpin- penasihat yg memang penasihat yg sebenarnya, dan penasihat yang menyuruh dan menggalakkannya melakukan kejahatan dan kemungkaran.

Kadang kadang seorang pemimpin itu soleh, baik, tetapi kelicikan penasihatnya yang menghiasi kejahatan dan kemungkaran sehingga ia nampak indah, serta mencemari kebaikan hingga tampak jelek. Jika si pemimpin persis Najasyi, yg tetap teguh pendiriannya atas kebenaran, maka terpelihara dia dari kejahatan sesetengah penasihatnya. Jika sebaliknya, pemimpin mungkin terjebak!!

Kadang kadang seseorang pemimpin itu kurang baik, teruk akhlaknya, namun punyai penasihat yg ikhlas menasihatinya dan menyerunya ke arah kebaikan. Hingga Allah mencampakkan nur dalam hatinya untuk berubah, dengan sebab nasihat2 penasihat yg ikhlas tadi.

Kesimpulan yg dapat saya buat, para pemimpin wajib berjaga jaga dengan pendamping2 yg cuba mendampingi mereka sebagai penasihat, kerana mereka itu dibahagikan kepada dua golongan yg salah satu daripadanya hakikatnya bukan penasihat. Hanyalah sesiapa yg dipelihara oleh allah akan terpelihara daripada kelicikan penasihat yg tidak ikhlas itu!!

Rujukan:
fathul Bari-Ibnu Hajar al-asqalani
Syarah riadhus salihin – sheikh Muhammad soleh uthaimin
Ar-raheeq al-makhtum- safyu ar-rahman al-mubarakfuri

11.37pm-03-05-09

p/s: pagi tadi berjaya dapatkan anak ayam kampung...bos plak tambah itik...makin meriahlah minifarm...sila lihat ceritanya di http://epetscorner.blogspot.com

2 komen:

ummu.harari@yahoo.com berkata...

apa hukum arak?minta penjelasan kerana jamaah ahbash war-warkan arak halal http://www.youtube.com/watch?v=x6KB6mj-IFI&feature=related - arak boleh minum disisi ahbas

Abu_Zubair berkata...

arak adalah haram dgn nas Quran..juga dengan nas nabawi-hadis.

mengenai ahbasyh, ulama ulama telah mengkomentar mengenai mereka, serta kekeliruan yg pernah mereka timbulkan.dan rasanya tidak perlu saya menerangkan di sini.

wallahu'a'lam