Muwalat di dalam solat jamak
- muwalat ialah berturut turut dalam dua perkara, tanpa senggang masa yg lama. Di dalam solat jamak, ia bermaksud kedua dua solat yg dijamakkan tidak boleh dipisahkan dengan senggang waktu yang lama.
Muwalat dalam jamak taqdiim
As-syafii dan ashab berpendapat, jika seorg musafir mahu jamak solat pada waktu pertama –jamak taqdiim- disyaratkan utk menjadikannya sah 3 perkara… Perkara ke3: al-muwalat-berturut2, inilah pendapat terpilih dlm mazhab, dan dinaskan oleh syafi'I, dan penulis [imam as-syiirazi] dan jumhur memutuskan utk menjadikannya syarat. Ini juga merupakan pendapat jumhur ulama feqah.
Bagaimanapun terdapat satu pendapat lain di dalam mazhab, yg mengharuskan jamak walaupun berlaku senggang yg lama antara dua solat, selagimana tidak keluar dari waktu pertama- abi said al-astokhari, ar-Rafi'I, abi ali as-saqafi. Pendapat ini juga merupakan salah satu pendapat imam Ahmad, dan pendapat yg dipilih oleh ibn taimiyah.
Hujah mereka[ulama syafi'iyah yg berpendapat demikian], bahawa As-Syafi'I menyebut dlm al-um, jika seseorg solat maghrib di rumahnya dengan niat jamak, kemudian dia datang ke masjid, solat isya, ianya harus. Dan nas ini ditakwil di sisi ulama yg berpendapat dgn pendapat pertama.
Pendapat yg masyhur- diisyaratkan berturut turut,kerana jamak menjadikannya seperti solat yg satu, maka wajib berturut turut seperti rakaat dalam satu solat.
Jika senggang waktu yg sekejap tidak mengapa, jika senggang yg lama ia memberi kesan pada solat.
Jangka masa senggang
- senggang yg sekejap itu sekadar iqamah [as-soidalani]
- pendapat terpilih: mengikut uruf, bolehjadi lebih lama dr kadar iqamah
muwalat dalam jamak ta'khiir
Jika mahu jamak di waktu kedua [ta'khiir]
- wajib niat jamak pada waktu pertama, yakni selagi tidak luput waktu pertama. Jika dia lewat berniat jamak, hingga luput waktu pertama, jadilah solat waktu pertama itu qadha.
Tertib, niat ketika solat dan muwalat dlm jamak ta'khiir
- pendapat yg terpilih, seperti yg diputuskan oleh ulama iraq dan dinaskan oleh as-syafi'I, semuanya adalah sunat bukannya wajib. Jika ditinggalkan semuanya jamak itu sah.
واستدل له الشافعي والبيهقي وغيرهما بحديث اسامة ابن زيد رضي الله عنهما قال " دفع رسول الله صلي الله عليه وسلم من عرفة فلما جاء المزدلفة نزل فتوضأ ثم اقيمت الصلاة فصلي المغرب ثم اناخ كل انسان بعيره في منزله ثم اقيمت العشاء فصلاها ولم يصل بينهما شيئا " رواه البخاري ومسلم (2256)
Dalilnya : hadis usamah bin zaid, katanya, rasulullah berangkat dari arafah, bilamana tiba di muzdalifah rasulullah pun turun dan berwuduk, kemudian diiqamahkan solat.Maka didirikan solat magrib, kemudian setiap org mendudukkan unta mereka di tempat turunnya, kemudian diiqamahkan pula utk solat isya, maka mereka solat, dan mereka tidak menyambung antara keduanya dengan sesuatu pun.-riwayat bukhari dan muslim.
Imam an-nawawi ketika mensyarahkan hadis ini menyebut:di dalam hadis ini dalil bahawa senggang masa antara dua solat jamak jika dilakukan pada waktu kedua tidak memberi kesan kepada solat. Jika solat jamak dilakukan pada waktu pertama,haram memisahkan antara keduanya, jika terpisah, batal jamak, dan x sah solat kedua melainkan pada waktu asalnya.
Dan nabi s.a.w tidak menyambung antara keduanya dengan sesuatu bermaksud, tiada solat sunat antara keduanya. Mazhab kami[yakni mazhab syafi'i] menyukai sunat rawatib, tetapi ia tidak dilakukan di antara keduanya, tetapi selepas keduanya.
kesimpulan
- muwalat mengikut pendapat terpilih di dalam mazhab as-syafi'i:
i)wajib bagi jamak taqdiim
ii) tidak wajib bagi jamak ta'khir [ pendapat jumhur, kecuali sebilangan ulama mazhab hanbali], disukai di sisi mazhab syafi'i.
- bagaimanapun terdapat pendapat dlm mazhab sendiri, yg dinaskan oleh imam as-syafi'i-ditakwilkan oleh ashab- yg mengatakan ia tidak wajib pada jamak taqdiim.
- menurut mazhab, sunat melakukan sunat rawatib walaupun bagi solat jamak. Namun ia tidak dilakukan di antara dua solat jamak, tapi selepasnya.
Sumber:
- an-nawawi, al-majmu' syarh muhazzah, bab solat musafir
- an-nawawi, syarah soheh muslim, hadis no.2256
- abu malik, kamal bin as-sayyid salim, soheh fiqh sunnah wa adillatuha wa taudiih mazahib al-aimmah, bab solat musafir, maktabah taufiqiyyah.
p/s: artikel ni saya tulis atas memenuhi permintaan sheikh al-urduni, Affuan che mansor pemilik http://alhaneena.blogspot.com
2.31pm-4/8/09
0 komen:
Catat Ulasan