nostalgia menyentuh hati : ustaz hasrizal

“Assalamualaikum Ustaz,” saya memberi salam sambil mengetuk pintu.

“Wa alaikum al-Salaam wa Rahmatullaah wa Barakaatuh,” jawab Ustaz Zamri, Pengetua sekolah.

Salam sentiasa beliau jawab dengan ungkapan penuh, teladan buat anak-anak muridnya.

Saya resah melihat wajah Ustaz Zamri yang cemas. Sudah hampir 6 tahun saya duduk di bawah didikannya. Air muka beliau sudah amat dekat dengan diri saya. Cemasnya, gembiranya, marahnya, sudah nampak sebelum terbit kata-kata mengiyakannya.


“Ada apa-apa masalahkah ustaz, saya dipanggil ke bilik?” saya memberanikan diri bertanya.

“Ana mahu bertanya kepada anta sesuatu. Anta jangan terkejut dan jawab dengan jujur…" Tuan Pengetua menuturkan kata. Tegas, tersusun dan berat bunyinya.

“Insya Allah,” saya menjawab.

“Malam tadi ada sekumpulan pelajar datang ke rumah ana. Mereka memberitahu ana bahawa anta telah memberitahu pelajar-pelajar lain di sekolah, menuduh ana sebagai agen Yahudi dan Nasrani di sekolah ini. Benarkah cerita itu?” tanya Ustaz Zamri kepada saya.

“Astaghfirullaah!!!!” saya hampir putus nyawa.

Terkejut dan tergamam.

Saya menekap tangan di dada menahan degup yang kencang. Bagai dipanah halilintar.

“Astaghfirullah. Ya Allah, ustaz…. walaupun ada salah faham berlaku antara ana dan ustaz, ustaz marah dengan ana, dan ana juga ada rasa marah dengan ustaz, tetapi demi Allah, Wallahi, ana tidak pernah dan tidak sekali-kali akan bercakap seperti itu. Ia tuduhan yang amat berat ustaz. Fitnah yang amat besar,” saya memberitahu.

“Ya, ana kenal anta. Ana tahu anta tidak akan memfitnah ana begitu. Zaujah ana juga menangis semalam semasa mendengar kisah ini,” kata Ustaz Zamri.

“Siapakah mereka ustaz?” saya meminta kepastian.

“Biarlah ana rahsiakan. Mereka memberitahu yang ketika sekolah menyokong anta, mereka tetap menyokong ana!” beritahu Tuan Pengetua.

Saya menghormati tindakan Ustaz Zamri merahsiakan nama pelajar-pelajar yang memfitnah saya itu.

“Siapa lagi yang tahu akan hal ini?” saya bertanya lagi.

“Hanya anta, ana dan zaujah ana, serta pelajar-pelajar itu,” kata beliau lagi.

Saya sudah hilang perkataan. Tidak mampu untuk berkata apa-apa lagi.

kisah selanjutnya baca di sini

http://saifulislam.com/?p=6419#more-6419

0 komen: