puasa dan hakikat kejadian insan

Sedar tak sedar dah seminggu berpuasa. Tujuh hari menjalani latihan di bulan penuh berkat ini, hanya empunya diri masing masing yang dapat menilai sejauh mana kesannya setakat ini.

Tazkirah di surau sungai jahit dlm seminggu ini lebih menjurus kepada hakikat kejadian insan. Cuba memperbaharui semula ingatan kita sebagai manusia, tentang tanggungjawab tanggungjawab yang sejak asal lagi diamanahkan oleh DIA atas setiap yang mukallaf.



"buah" pemberian ustaz hanafi masri pada Ramadhan tahun sudah- qiimatu syaii' lima khuliqa lahu- nilai sesuatu itu terletak pada tujuan ia diciptakan. Ia nya memang berkesan sekali, utk diguna dalam membantu kita memahami hakikat kejadian kita, menyelami betapa tidak bernilainya kita sebagai insan yg dicitakanNYA tanpa merealisasikan tujuan tujuan kita diciptakan.

Kereta yg sudah tidak boleh bergerak, jadi tidak bernilai kerana ia sudah kehilangan "fungsi tujuan" ia diciptakan. Seekor ayam jantan tua, yang tak mampu lagi berkokok, apa lagi bersabung merebut kawasan, dagingnya sudah keras utk dimakan, ia tidak lagi bernilai- ia mungkin akan mati terabai, dicampak sahaja bangkainya ke dalam arus deras yg mengalir.

Tak menyedari hakikat diri kita diciptakan sebagai hamba, membuatkan kita x berguna, sama ada kita sedar atau tidak. Apalah gunanya timbunan harta,menggunung sekalipun, jika fungsi kehambaan kita tidak berfungsi.

Lalu Allah jadikan Ramadhan salah satu training centre utk kita kembali memahami seterusnya membaik pulih fungsi kehambaan kita. Namun jaminan taqwa dalam ayat 183 surah al-baqarah didulukan dengan "mudah mudahan", ertinya bukan semua yang berlatih di sini akan keluar sebagai rekrut yang muttaqiin. Hanyalah mereka yang memahami kehambaan dan fungsinya bukan sekadar di bulan Ramadhan, yg bisa istiqamah dgn amalan amalan kehambaannya sehingga datang Ramadhan berikutnya.

bersambung..

11.27am-29 ogos-8 ramadhan

0 komen: