Di persimpangan delima sebuah kembara

Sekali lagi aku dilema
Satu peribadi yg sama
Terperangkap antara dua gelanggang berbeza

Bagaimana aku yg sama
Bisa jadi aku yg tak sama
Dalam dua gelanggang ini?

Di Gelanggang pertama
Hatiku terasa jernih segar
Membuatkan Langkahku utuh
Yakin Semangatku, waja
Membuatkan Pantas gerakanku
Memacu perjuangan diri

Bila melangkah ke gelanggang ke dua
Kejernihan jadi Keruh payau
Langkahku longlai tempang
Dengan suam suam kuku
Bergerak persis sang kura kura
Memacu kenderaan tempangku
Meneruskan perjuangan

Diikutkan sedap rasa
Seperti mahu ditinggalkan gelanggang kedua
Biar kekal saja aku di gelanggang pertama
Kemungkinan yang mustahil!!

Moga keruhnya tidak lama
Moga payaunya payau ubat
Moga tempang itu sembuh
Moga yg suam kembali hangat
Moga lembabnya pacuan bertukar pantas
Agar dapat kuteruskan
Perjuangan di kedua dua medan ini

11.40pm-1/9/09

0 komen: