Tahun ini sambutan hari kemerdekaan Negara Malaysia jatuh dalam bulan Ramadhan. Media-radio tv -seperti biasa akan sibuk mengempen kemerdekaan yg usianya sudah menjangkau 52 tahun usianya.
Memang benar nikmat kemerdekaan wajib disyukuri. Namun bukanlah dengan minda sempit yg hanya menilai kemerdekaan Negara Malaysia dengan pembangunan material yg dinikmati sejak mula mula merdeka- seperti yg diwar warkan setiap kali sambutannya.
Haiwan dan kebebasan bersayarat/berbatas
Bagi yg biasa memelihara haiwan, mungkin lebih faham tentang kebebasan bersyarat. Katakan anda membela arnab. Tidak boleh mengurungnya di dalam sangkar yg terlalu kecil, yang tidak membolehkannya berdiri, bergerak selesa, berbaring memanjang..hingga dia terasa tertekan, tidak ada kehidupan. Namun tidak boleh juga dilepaskan begitu saja tanpa batas batasnya- tanpa ada pagar, reban atau sangkar. Tentu sahaja ia akan mengganggu kita dan orang yang berdekatan dengan kita. Habis tanaman orang dirosakkan, hatta kalau dilepaskan dlam rumah sendiripun habis wayar wayar kabel akan putus digigitnya.
Haiwan haiwan liar juga, walaupun hidup bebas, punyai batas batas kawasan tersendiri, yang ia sentiasa menjaga dirinya agar tidak terkeluar dari batasan kawasan itu, atau yang lain dari memasuki kawasannya. Jika salah seekor melanggar batasan kawasan, maka berlakulah pertempuran yang mungkin mengakibatkan maut. Jika haiwan pun pandai menilai dan mempraktikkan kebebasan berbatas, kenapa tidak kita manusia!!
Kita "hamba" yg "merdeka"
"Erti Kemerdekaan Sebenar Rubi’ bin ‘Amir ra berkata : “Allah mengutuskan kami (orang-orang Islam), untuk kami Memerdekakan manusia, daripada mengabdikan diri kepada sesama manusia kepada mengabdikan diri hanya kepa...da Allah, mengeluarkan manusia daripa...da kesempitan dunia kepada keluasan akhirat dan dari kezaliman agama-agama (selain Islam) kepada keadilan Islam." Tarikh At-Tabari"
Allah telah menciptakan kita semua sebagai hamba, namun maha pengasih dan penyayangnya Allah, menciptakan kita sebagai hamba yang diberi kebebasan berbentuk –ikhtiar atau pilihan. Tuntutan ketaatan kita tidak serupa dengan ketaatan kokokan sang jalak setiap pagi, terbit dan terbenamnya mentari. Lebihkah kita kerana kebebasan memilih atau kurangkah kita berbanding mereka, kerana jika salah memilih, kita bakal terima balasan setimpal.
Berapa ramai yg tak menunaikan taklifan Allah masih bertebaran di muka bumi, tapi jangan disangka mereka bebas mutlak. Sampai masanya hukum Tuhan akan tiba.
Kebebasan yang diberikan itu kebebasan bersyarat!! Jika kebebasan itu dipandu mengikut jalan yang lurus, yang telah diperintahkan olehNya, maka kita selamat. Namun jika kita berasa bebas tanpa ada tanggungjawab terhadap kebebasan, makan nantikan pembalasanNya.
Allah telah menciptakan kita semua sebagai hamba yg merdeka, oleh itu jangan kita perhambakan diri kita kepada selain daripadaNYA!!
MERDEKA!!MERDEKA!!
Kita tidak pernah merdeka dari taklifan yang dipertanggungjawabkan atas bahu kita. Tiada satu perbuatan-sekecil mana pun- yg akan terlepas dari pembalasan. Allah itu Maha Adil, membalas setiap perlakuan manusia dengan balasan yg memang pasti benar benar setimpal.
Sambutlah merdeka, tapi jangan sampai engkau lupa dirimu itu hamba!!
jangan sampai engkau lupa merdekamu tidak mutlak!!
Jangan sampai kau lutu dan lanyak segala larangan kerana kau fakir kau merdeka!!
Di dunia mungkin engkau rasa boleh merdeka dari segalanya,
Di sana nanti tahulah bagaimana rasanya akibat pandai pandai memerdekakan diri dari perkara perkara yang tidak merdeka bagimu!
Salam kemerdekaan!!
12.25am-31 ogos 2009
0 komen:
Catat Ulasan