Diari Raya Kembara- episod 1



Ramadhan yg penuh rahmat dan berkat akhirnya berlalu meninggalkan kita. Sambil bermuhasabah, jangan kita lupa Islam menyuruh kita bergembira di hari raya. Ziarah menziarah satu amalan mulia dalam msyarakat kita di hari raya. Daripada si kecil yg nawaitu jumhur mereka "duit raya", hinggalah kita yg alhamdulillah memahami konsep ziarah menziarah yg lebih kita selesa sebut beraya…

Maka kurakamkan di sini nukilan diari beraya..


Malam syawal


Selesai berbuka dan usai fardhu maghrib, seisi keluarga menunggu pengumuman penyimpan mohor besar raja raja. Seperti yg tecatat dlm calendar lebaran pun diumumkan. Tiada lagi terawih malam ini, tinggal lagi kami sudah berjanji utk bejemaah isya dan bertakbir di surau.

Usai isya dan takbir, kami sama sama menjamah lemang dan rendang ayam yg dibawa oleh seorg shbt. Sahabat sahabat yg baru pulang dari rautau orang turut hadir, jadi banyaklah cerita kami malam itu. Hinggakan tak sempat memenuhi jemputan jamuan tuan guru hj ariffin mlm itu.

Imam tiga dan seorg lagi shbt tiba tiba sampai menyerahkan khutbah utk dibaca slps solat sunat aidil fitri esok. Ada tiga khutbah-salah satunya khutbah rasmi jabatan agama- yg perlu dipilih utk dibaca esok. Mlm itu aku membaca sekali lalu menggabungkan khutbah jabatan dgn satu lagi khutbah lain, yg kiranya keduanya punyai kekuatan yg tersendiri.


1 syawal


Takbir Raya


Usai solat dan khutbah, dan bersalam salaman mengucap selamat serta bermaaf maafan, beberapa org shbt tiba tiba hangat berbincang tentang takbir hari raya- adakah diadakan lagi setelah imam selesai solat seperti yg berlaku sebentar tadi, yg telah menyanggah kebiasaan kefahaman, ilmu dan amalan masyarakat di sini.

Seingat aku pasal waktu takbir aidil fitri ada byk qaul. Setelah merujuk kembali beberapa kitab, aku mengingati kembali qaul2 tersebut. Di dalam mazhab syafi;I sendiri ada tiga Qaul: 1- disunatkan takbir hingga imam keluar utk solat. 2- disunatkan takbir sehingga imam bertakbiratul ihram utk solat aid. 3- disunatkan takbir sehingga imam selesai drp solat aid dan dua khutbah(berdasarkan riwayat az-zuhri yg disebut ibn munzir dlm al-awsat).


Sebahagian ulama mazhab syafi'I berpendapat masalah ini atas pendapat yg satu, iaitu sunat takbir sehingga imam takbiratul ihram utk solat sunat aid, dua pendapat yg lain ditakwilkan .


Menurut sayyid sabiq dlm fiqh sunnah, jumhur ulama berpendapat waktu takbir di hari raya aidil fitri ialah drp waktu keluar utk solat, sehinggalah permulaan khutbah, bersandarkan beberapa hadis doif, serta atsar soheh dr ibnu umar dan lain2 shbt. Sebahagian ulama berpendapat, waktunya ialah drp malam hari raya, hinggalah pagi raya ketika hendak ke tempat solat, dan hinggalah imam keluar utk solat. [rujuk: imam al-imrani, al-bayan fi mazhab al-imam as-syafi'I, dan sayyid sabiq, fiqh sunnah].


Beraya!!


Kembali di rumah, keluarga bersiap siap utk pulang ke kampung[sebenarnya Bandar] di bentong. Mak pulak pening kepala sebab makan daging segar, dan memang kena ada org tinggal rumah sebab wan ada di sini. Aku memilih utk tinggal di rumah dan x pulang ke bentong.

Sebelum pak dan yg lain bertolak., kami menziarahi keluarga arwah paklong dan maklong. Bermaaf maafan. Bila pak dah berlepas, aku tinggal, berbual dengan long sir, kak ida pula hidangkan air dan juadah.


Aku kembali ke rumah bila nampak kereta pak sedara, che yak sampai di depan rumah. Mak yg tadi pening bangun pula menyambut adik bongsunya dan keluarga. Seperti biasa keluarga arwah paklong maklong pun datang ke rumah, bermaaf maafan dengan wan dan keluarga yg lain, kemudian kami menjamu selera.


Bila keluarga beransur pulang, tamu2 pula datang. Di celah2 itu aku sempat ziarah rumah jiran sebelah, ngah deraman, utk ziarah Ayie yg sedang diuji dgn penyakit buah pinggang. Ajak ayie beraya di rumah. Selepas itu kami beraya di rumah cikgu pol, di mana dihidang dengan nasi hujan panas dan lauk pauk mcm kenduri.


Menjelang gelincir matahari kami pulang. Aku terlupa ini hari raya pertama aku sbg pesakit diabetis…lalu terlantarlah aku kerna badan yg tiba2 rasa x sedap. Kena rehat dulu nampaknya dari beraya.


Selepas asar, aku mula meronda kembali. Kali ini rumah sahabat baik sejak sekolah rendah, dan sahabat sama hobi bela arnab, najib. Rumah najib siap menjamu sate lagi..maka memang langkah kanan la…

Sebelah malamnya, mengikut angah dan apik, serta mat noh beraya. Mulanya nak beraya ke rumah ngah nizam dan apih, tapi tukar plan ke rumah aboi dan hasan. Kebetulan pula malam itu ada lawan bola, Manchaster united lawan manchaster city. Sambil tgk bola kami makan kuih raya dan minum air. Abis game, diajak pula makan nasik. Lauk gulai serung plak tu…memang power la hehehe…


2 syawal


Berhari raya di rumah pak cik jalil, bilal masjid. Pak cik jalil kata kuih je yg tinggal.,kalo dtg hari raya pertama ada spesyel sikit heheh…lupa rupanya memang selalunya aku beraya rumah pak cik jalil raya pertama..Cuma semalam badan x sedap sikit.

ustaz judin ketika menjadi salah seorg tenaga imam terawih di surau sg jahit


Sebelah petangnya beraya di rumah ustaz judin. Kebetulan ada tamu lain, dapat la kenalan baru. Melihat keadaan ust judin yg penat sebab baru balik beraya, malas nak lama lama sgt..Selepas itu ke rumah pak teh jalil di rumah murah dong. Perbualan petang itu penuh pengajaran, nasihat,dan cadangan yg amat berguna utk melalui kembara daie ini. salah satu sebab aku minat berkawan dan bergaul dgn org lama, mereka ini luarannya nampak biasa, tapi atas nama pengalaman diri mereka penuh motivasi dan nasihat. Dan salah satu sebab aku suka beraya berseorangan bila ke rumah rumah shbt veteran. Nasihat hati ke hati itu amat terkesan.

Sebelah malamnya, sekali lagi bersama angah and the gang beraya kali ini ke rumah ngah nizam pulak. Sebelum tu angah beraya di rumah aku dulu. Tahun ni agak seronok dapat beraya ke rumah2 teman2 seperingkat usia. Esoknya mereka ada perlawanan persahabatan dgn kampng sebelah.

3 syawal

Beraya ke rumah mak long basar, anak arwah pak cu mansor, merangkap ketua pendengar kuliah fiqh manhaji di masjid ajai. Sampai dengan langkah kanan, kebetulan mak long baru masak roti jala. Karinya masih panas lagi. Satu lagi hidangan istimewa maklong kek sandwich, tp aku x boleh makan banyak sebab manis ada jem di tengah lapisan kek. Tapi roti jala memang byk la aku makan sebab kari ayam dia best. Mak long basar mmg pandai masak la.. Pak long dan kawan kawannya pula tengah bersiap sedia utk turun menjala. Kalau terlewat sedikit, tentu x berjumpa pak long.

Sebelah malam selepas isya beraya dengan geng masjid-imam fhuzi, bilal pak ndak salpudin, abg wie, pokya, Muhammad al-hafiz dan ngah wie. Rumah pertama kami kunjungi rumah cikgu norhan. Pak dan cik gu wira juga bertemu kami di sana. Kami dihidangkan dengan menu utama bihun goreng panas.

ustaz muhammad al-hafiz, bakal graduan madrasah seri petaling ketika kami di rumah cikgu norhan
ini imam tiga masjid kampung kami, imam fhuzi bin md deli
apalah agaknya yg rancak dibincangkan oleh us muhammad dan cikgu norhan

inilah cikgu norhan, di rumahnya yg kami serbu malam itu.


Selepas itu ke rumah pokya di pejabat pos. kami dihidangkan dengan lemang dan kari ayam, serta nasi himpit dan kuah kacang. Semuanya sedap sedap belaka.


bersambung...

0 komen: