Diari Raya Kembara episod2

4 syawal


Hari rabu, memang dah bercadang utk ke Pahang tengah- temerloh dan jengka, untuk ziarah shbt2 di sana. Setelah selesai urusan2 ternakan di rumah, bertolak ke Bandar Raub untuk memulakan perjalanan ke Temerloh. Oleh kerana bas ekspres ke temerloh sudah terlepas, dan trip seterusnya jam 4.15 ptg, terpaksa naik ekspres ke bentong sahaja. Kemudian dari bentong naik bas tambang ke temerloh.

Menjelang waktu Zuhur, sampai di terminal bas lurah semantan di Bandar temerloh. Ustaz Azlan sudah sedia menunggu di sana. Kami ke masjid sultan abu bakar dahulu utk menunaikan fardhu Zuhur, kemudian meneruskan kembara raya.


Kampung Sanggang Baru, Temerloh

Destinasi pertama di kampung sanggang baru, masih dlm daerah temerloh. Menziarahi shbt kami ustz firdaus, di rumah yg kiranya baru siap. Firdaus asalnya duduk di Bandar pusat, dia berada di sini oleh kerana keluarganya ada projek penternakan ikan keli di kampung ayahnya di sini. Seperti biasa emak firdaus yg asalnya sama daerah dgnku menyediakan menu istimewa utk tamu tamu raya. Kali ini mee soto dan pecal, dengan air jambu batu merah. Berselera sekali kami menyantapnya, dalam keadaan perut memang lapar. Ketika bersembang selepas makan, ustaz ayah cik dan isteri, ustazah naemah tiba seperti yg kami sedia maklum.

ustaz azlan yg sentiasa ceria di hari raya

keluarga ustaz firdaus berbual dgn pasangan bahagia ayahcik dan naemah
inilah hidangan mee soto yg enak..yg masih bertutup itu pulak pecal
kerusi sofa yg empuk sesuai utk berehat setelah jauh berjalan
hidangan kuih raya..botol kosong itu adalah air sejuk dr peti utk makan ubat


Satu perkara menarik berlaku di sanggang. Pak saudara firdaus, bila tahu aku org dong, bersembang denganku. Rupa rupanya beliau rakan lama kepada arwah pak long, juga kpd pak. Duduknya pula di kampung baru bentong, satu taman perumahan dengan atuk sebelah ayahku.


Kampung Paya Luas, Temerloh


Selepas asar, kami menuju ke destinasi kedua pula. Di rumah ayah cik di kampung paya luas. Suasana meriah dengan keluarga besar ayah cik. Mereka sepasang suami isteri melayan kami dengan penuh mesra. Menu istimewa di sini- sesuai dengan suasana minum petang. cekodok@jemput2@ godok masin cicah dengan gulai kari kambing. Kata ayah cik inilah pertama kali raya org dihidang cekodok J apalagi bila masakan masakan kampung macam ni akulah org yg paling berselera..

Kami di sana sehingga maghrib, terus ke masjid berdekatan untuk menunaikan fardhu maghrib. Usai solat, hujan mula turun dengan keadaan renyai. Kami segera memulakan perjalanan semula. Di dalam perjalanan hujan semakin lebat. Ayah cik dan isteri turut mengekori kami di belakang.


Felda Semarak Jengka 15

gambar yg diambil dlm hujan lebat ketika kami tiba di jengka 15


Dalam hujan yg x berapa lebat kami menuju ke rumah Azlan di felda semarak jengka 15. selalunya aku ke sini beraya ke rumah azlan dan seorg lagi shbt lulusan maahad tahfiz syubro, ust Zarimi abu Zih. Tapi dia berada di kampung isterinya. Kami berpayung turun dari kereta ke rumah azlan.

Kami dihidangkan oleh azlan dengan tiga jenis air- milo ais, air gas strawberi dan ais krim soda-x termasuk air masak sejuk dr peti khas utk pesakit diabetis hehehe..menu istimewa- nasi himpit dan serunding daging.

Seronok berbual dan mendengar pengalaman dan nostalgia ayah dan mak azlan. Nak nak lagi mereka berdua org terengganu, sama dengan negeri asal usth naemah isteri ayah cik. Dlm pada tu aku baru tau yg naemah rupanya lahir di jengka dan pernah duduk di jengka sebelum pindah ke terengganu.


Bandar pusat jengka


Kami beredar dr rumah azlan, menuju ke Bandar pusat jengka, utk ke rumah firdaus yg lagi satu di sana, tempat bermalam aku azlan dan firdaus. Oleh kerana dah beraya sakan di rumah firdaus di sanggang, kami singgah sebentar saja di sini. Selepas tu ada org nak belanja makan malam pulak, jadi kami cari tempat yg sesuai di Bandar pusat.

Dah jumpa tempat yg best, masalah lain plak. Menu lain semua dah abis. Tinggal char kue tiow sahaja. Alhamdulillah masakan di sini best. X puas makan rasanya. Masa makan kami dapat tau satu lagi perkara menarik, firdaus dan naemah mungkin bersekolah satu tadika masa umur 6 tahun dahulu heheheh..mcm2 la..

Selesai makan, ayah cik dan keluarga pulang ke paya luas, yg lain ke rumah firdaus, utk berehat dan bermalam di sana.


5 syawal


Pada mulanya Mukhtar@Bon dan Husni dari selangor bercadang nak beraya ke sini, tetapi x jadi pulak di saat saat akhir. Jadi program beraya 5 syawal kira tergendala. Apa apa pun perut dah lapar menjelang. Matahari dah cerah. Kena cari sarapan.

Kami pergi ke dua restoran tapi semuanya sarapan dah abis. Tinggal roti canai je. Sebab perut lapar kami pun order la nasi ayam. Selepas makan kami ke rumah firdaus sekejap utk ambil barang2.kemudian terus bertolak ke temerloh.


Sampai di temerloh sudah tengah hari, kami mengambil keputusan utk beraya di warung. Makan nasi ayam lagi, dengan air batu campur yg agak spesyel ada biskut belanda lagi, tp harga murah je. Selepas itu kami menghantar firdaus pulang ke kampung sanggang.

Balik dari sanggang kami ke terminal bas ekspres utk cari tiket utk aku pulang ke raub. Tiket paling awal 5.05 petang. Kami ke masjid dulu utk menunaikan fardu zuhur,dan asar, dan berehat di sana menunggu waktu bas berlepas.


Dlm perjalanan satu lagi cerita spesyel berlaku. Dah nak dekat sampai ke Raub, tali minyak bas putus pulak. Tersadai di tengah perjalanan, kira kira jam 6.40 ptg. Kata pemandu, kena tunggu bas dari kL yg bertolak jam 6.30 ptg, dan sampai pukul 7.40 malam. Sejam kena tunggu. Alhamdulillah ayahanda dan abg ipar akhirnya datang menjemput, dan selamat sampai di rumah. Berakhirlah satu lagi kembara.

0 komen: