Diari Raya kembara episod3
X habis2 beraya ntah bila la nak mula berpuasa enam hari di bulan syawal…
5 syawal ari tu, baru sampai dr temerloh. Usai solat isya, imam ajak temankan ustaz Arab- ust Muhammad Roja'ie al-Misri- beraya di rumahnya. Aku dan abg wie pun turut sajalah.
Imam masak kue tiow goreng. Selepas itu datang pula hidangan nasi berlauk. Mungkin sebab ust lebih prefer makan nasi, lebih mengenyangkan mungkin. Minum pula air soya. Sebelum balik rumah, sempat menunaikan "hutang" dgn imam, memasang komputernya di rumah. Semuanya ok, Cuma keyboardnya dah kena ganti baru.
6 syawal
Hari ini kena bayar "hutang" x ziarah tok nenek sebelah ayah, sebab x dapat ikut pd hari raya pertama. Kebetulan kak long and family pun nak ke sana, jadi aku dan bonda ikut sekali.
Jalan Raub-bentong sesak teruk. Perjalanan yg selalunya hanya makan masa 15-30 minit jadi 1 jam 30 minit. Sampai tertidur dlm kereta. Di rumah Tok di bentong,kami dijamu the panas dengan kuih raya.
Balik dari bentong setelah selesai fardu Asar, singgah sebentar di rumah bapa saudara, che yak di sempam. Sampai di sana menjelang maghrib, che yak ajak join dia berbuka puasa enam. Lauk gulai masam patin, sayur goreng, gado gado pun ada. Selesai solat magrib, dijamu dgn kuih muih raya.
7 Syawal
Program hari ini memenuhi jemputan perkahwinan di rumah ustaz Muhammad bin Ehsan al-hafiz. Walimah sempena perkahwinan adiknya. Lauk pauk memang menyelerakan seperti kenduri2 yg selalunya- ayam masak merah, gulai kambing, gulai daging, acar, buah tembikai.
Sebelah petang pula ke rumah pak saudara, Teh Lat di taman mutiara. Macam semalam, sampai semasa org berbuka puasa enam-diri sendiri entah bila nak mula-hehehe. Menumpang menu berbuka- ayam goreng, gulai udang, sayur peria,pudding jagung dan air bandung selasih. Kuih muih raya mesti ada seperti biasa, Cuma di sini ada kuih2 yg x jumpa di rumah org lain.
Dpt mesej dr seorg shbt, ayie mahyudin, ajak beraya di rumah apih wak hamzah di kg sungai Pasu. Beberapa minit sampai di rumah di dong, ayie dan mat noh sampai menjemput. Kami ke klinik dulu menjemput M.A Masri, ngah dan along.
Di rumah wak hamzah, rupanya dah ramai geng lain dah menunggu.kami dijamu pelbagai menu istimewa. Mee kari, nasi putih, kari ayam, sambal petai, gulai daging, Nescafe dan oren. Sambil makan berbual bual , dan menonton perlawanan bolasepak antara kedah dan angkatan tentera Malaysia.
Baliknya nak beraya rumah abg masri,tp dia dah ngantuk x larat layan tetamu da…
updated on 29sept09-3.39pm
0 komen:
Catat Ulasan