Isu "tauliah" utk keizinan berceramah atau berkuliah, bukanlah satu isu yg baru. Penahanan ustaz ustaz, atau pembatalan kuliah mereka atas alasan tidak bertauliah juga bukan sesuatu yang baru berlaku. Cuma selepas penahanan Dr MAZA di sebuah rumah beliau menyampaikan kuliahnya, isu tauliah hangat kembali, hingga dibahas juga ahli ahli parlimen.
Saya melihat sendiri sebahagian rakaman perbahasan ahli parlimen tentang isu ini. hati kecil saya merasai satu macam ketenangan, melihat ahli parlimen dari Sabah atau Sarawak, salah satu nya Kalabakan, membentangkan ketegasan pendapat mereka tentang isu tauliah. Kagum saya dengan perkataan "tarbiyah" dalam ayat ahli parlimen kalabakan, "mereka ini perlu ditarbiah..". alhamdulillah, kita masih punyai pemimpin2 yang menyokong dan menggalakkan majlis majlis ilmu, baik dari pihak pemerintah atau pembangkang.
Dulunya isu tauliah lebih berlegar di sekitar daerah pemerintah vs pembangkang…alasan yg diberikan selalunya dilarang berceramah kerana membawa hal ehwal politik ke masjid…tidak diberi tauliah kerana kuliahnya selalu menyelitkan unsur2 politik… bila zaman berlalu, nampaknya isu tauliah berlegar dalam ruang lingkup yg lebih luas…politik bukanlah satu satunya sebab atau alasan lagi…ia berpindah kepada aliran aliran dalam memahami dan mengamalkan Islam..antaranya "kefahaman yang bercanggah dengan aliran pegangan masyarakat setempat"…"kefahaman yang mengelirukan dan memecahbelahkan masyarakat setempat"…
Hakikat tauliah
Tauliah bolehlah kita ertikan sbg satu kebenaran dan keizinan untuk menyampaikan ilmu kepada orang awam di sesuatu tempat. Takrifan yg jelas x dapat saya berikan, sebab Saya pun tidak tahu adakah tauliah hanya diperlukan untuk ceramah/kuliah sahaja, atau untuk bertazkirah pun kena ada tauliah, atau berkhutbah pun kena ada tauliah. Atau adakah ianya hanya diperlukan dalam penyampaian di masjid dan surau sahaja, atau ia perlu juga utk penyampaian di tempat2 peribadi seperti markas dan rumah. Nak dilihat berdasarkan pengalaman dan pemerhatian, perkara ini macam berbeza beza dari satu tempat ke tempat yang lain.
Kadang kadang di tempat umum seperti dewan umum, ustaz ustaz dibenarkan berkuliah tanpa ada tauliah. Ianya anjuran dari pihak pemerintah di bawah kerajaan negeri sendiri, mungkin kerana keyakinan pihak pemerintah terhadap ustaz ustaz lepasan ijazah ini. dan tidak ada pula pihak jabatan agama datang menghalang atau membatalkan kuliah.
di satu tempat di kampung halaman saya, seorang imamnya mempraktikkan perlunya tauliah untuk orang berkhutbah di atas mimbar. Katanya bukan sembarangan orang dibenar naik ke mimbar, saya akan tengok walaupun dia ustaz. Di masjid kampung saya pula, imam menjadikan mimbar medan tarbiyah bagi melahirkan pelapis pelapis di masa depan, dan juga ketika berlaku masalah, ketidakhadiran semua pegawai masjid yang dibenarkan berkhutbah misalnya. Seorang sahabat dari luar negeri asal saya pernah bercerita, Kerana terlalu taksub dengan tauliah, sebuah masjid kebetulan dia hadir di dalamnya pernah solat zohor menggantikan jumaat dengan alasan khatib bertauliah semua tak datang!!
Katalah seorang di selangor membuat kenduri kesyukuran pada satu malam, menjemput saudaranya -seorang ustaz dari pahang yang tidak ada tauliah dari sultan selangor- ke kenduri tersebut. Lalu tuan rumah menyuruh si ustaz memberi tazkirah di depan khalayak yang hadir. Adakah ustaz ini bakal ditahan sebab beliau tidak ada tauliah?
0 komen:
Catat Ulasan