ada apa dengan tauliah...episod 2


tauliah: antara Negatif dan positif


Tauliah juga pada pandangan saya satu benda yang subjektif, ada sisi negative dan positifnya. Antara positifnya ia menjaga dan meletakkan ajaran Islam ini di satu tahap yang tinggi. Bukan sebarang orang boleh menyempaikan penyampaian agama di khalayak, bukan semua orang boleh mengajar masyarakat tentang agama. Hanya mereka yang punyai ilmu dan kemahiran boleh mengajar, supaya masyarakat terselamat dari ajaran ajaran yang salah dan terpesong.


Ia akan tetap jadi positif selagi mana proses pentauliahan dibuat dengan adil, berlandaskan ilmu, namun ia akan mula menjadi negative bila pentauliahan dibuat berdasarkan emosi, ketaksuban dan kepentingan pihak tertentu atau peribadi.


Positifnya Tauliah itu ia juga memberikan satu bentuk pertahanan kepada ustaz ustaz yang menyampaikan ilmu itu sendiri. Dalam keadaan normal, pemberian tauliah adalah atas kelayakan ilmu seseorang. Orang meyakini dia layak. Saya contohkan beberapa peristiwa.


Seorang ustaz menerangkan satu pendapat muktamad dlm fiqh syafi'I, tetapi dek kerana ia bertentangan dengan amalan masyarakat, mulalah timbul desas desus dan cakap cakap belakang. Akhirnya datang seorang memutuskan nya dengan berkata, " tak mungkinlah ustaz tu ajar salah, dia belajar agama tinggi, jabatan bagi dia tauliah, takkan jabatan bagi tauliah pada orang mengajar salah.


Di satu hari raya, pihak masjid mengambil inisiatif menjadikan solat hari raya medan tarbiyah. Lalu imam dan khatib hari itu dua duanya anak muda yang baru habis pengajian ijazah dlm bidang agama. Desas desus dan cakap2 belakang mula kembali. Lalu datang seoarang mencelah, " orang muda pun bukan sebarang orang naik tu, dah siap interview dengan jabatan agama..". yg berdesas desus pun akur dan setuju.


Saya sendiri ketika diberi surat tauliah mengajar dipesan oleh ketua pegawai penyelaras masjid, " nanti kalau berlaku apa apa, orang bising ke, tunjuk je surat ni.."!!


Kadang kadang ada juga menyalah guna. Tauliah dijadikan sumber ongkos pula. Seorang imam pernah mengadu pada saya, tentang kekecewaan beliau terhadap sebahagian ustaz2. ustaz ustaz ini diberi elaun mengajar berdasarkan kedatangan mereka ke tempat2 mengajar menjalankan tugas mereka.jadi ustaz2 yg bertauliah diberi satu borang untuk mencatatkan kehadiran mereka, berapa kali mereka mengajar setiap bulan. Di hujung bulan, borang ini akan dihantar ke pejabat agama untuk mereka menuntut elaun. Kata tuan imam, ada ustaz ustaz tak penuh pun mengajar, tapi borang diisi menunjukkan dia mengajar penuh utk dapat elaun penuh. Lagi sedih, yg x pergi keluar mengajar pun isi penuh borang untuk dapat elaun!!


Ada satu cerita yang lagi sedih. Satu ketika, mungkin musim ekonomi x berapa baik, elaun untuk ustaz bertauliah diberhentikan seketika kerana peruntukkan dari kerajaan negeri tak sampai lagi…ketika itu mulalah lengang setengah2 masjid dari suara suara kuliah magrib…bila peruntukan sampai semula, barulah mikrofon2 masjid bergema semula dengan kuliah magrib…

Aduhai ustaz…aduhai tauliah…


Saya dan tauliah


Saya mula "dilatih" menyampaikan ilmu di khalayak oleh tuan guru saya sbelum saya habis belajar lagi. Ketika itu hanya tazkirah, ataupun sekadar mengisi masa ketika tuan guru mahu berehat ,ada urusan atau uzur. bila saya tamat pengajian, alhamdulillah ketua kampung yg merupakan pengerusi masjid sendiri – beliau penyokong kuat parti pemerintah, sedangkan saya anak seorang pejuang tegar al-hizbi al-islami al-malizi J- berjumpa saya minta saya –yg ketika itu tiada tauliah- mengajar mengisi malam malam yang masih kosong.

Seingat saya lama juga saya menyampaikan ilmu tanpa tauliah. Ketika itu Saya pernah juga terlintas untuk memohon tauliah, kerana saya yang masih bertatih sbg daie memikirkan ianya penting dlm melahirkan keyakinan dan kepercayaan masyarakat, sekaligus mempermudahkan wasilah dakwah melalui jalan ini (alhamdulillah bukan kerana rm40 semalaman mengajar). namun saya pohon pendapat rakan2 vateran, jawab mereka, " tak pa, x payah tauliah2 mengajar ni, ilmu awak itu dah jadi tauliah awak…". Alhamdulillah dalam tempoh tidak bertauliah saya dipermudahkan oleh Allah dalam kerja2 menyampaikan ilmu ini.


Hinggalah kerajaan negeri Pahang merekrut ahli2 "bridged ceramah" utk musim yg kedua, satu hari ketua kampung menemui saya, " esok awak pergi ke pejabat kadi (pejabat agama), saya dah bagi nama awak, ada orang nak temuduga,bagi tauliah..". saya terkejut kerana x pernah memohon. Ia antara anugerah Allah paling besar buat saya, alhamdulillah. Di pejabat kadi- saya tidaklah melalui satu sesi seperti dilalui org2 lain (mungkin sebab ketua kampung saya dah ceritakan kot mcm mana saya mengajr, dan diorang dah berpuas hati). Shbt2 saya yg mohon tauliah di negeri lain ditanya macam macam. saya tidaklah ditemuduga pun, penyelaras masjid hanya bertanya kepada saya tentang kitab2 yang biasa saya ajar, nama nama kitab tersebut, dan hari apa nak mengajar. Kemudian dia berpesan, "mcm biasalah, kita tak mahu libatkan unsur unsur politik dalam kuliah.." katanya sambil tersenyum. Saya hanya membalas "tersengih" kata org pahang, menampakkan barisan gigi depan saya.


kesimpulan


saya suka mengakhiri tulisan saya ini dengan satu kesimpulan ringkas ala ala nasyid Raihan :

" tauliah asalnya penyelesai masalah, kesalalahan manusia dalam tauliah dan pentauliahan yg membuatkan terciptanya masalah".


abu Zubair,

9 november 2009-uiam gombak

0 komen: