Cinta itu satu fitrah, perasaan yang pasti hadir dlm diri seorang manusia yang normal. Oleh kerana Islam agama fitrah, Islam meraikan fitrah, kita kena raikan perasaan fitrah manusia ini, saling tertarik antara lelaki dan perempuan. Cukuplah agaknya "fitrah" ini sebagai "dalil" utk "mengharuskan" perhubungan cinta sebelum kahwin yang masyhur dengan "coupling".
Setengah orang memandang sinis bila kita membangkitkan hal ini, mengelar kita tidak mainstream, kolot, mungkin kerana memang ada yg menganggapnya satu proses kematangan yg perlu dilalui ketika alam peralihan, alam remaja sebelum menempuh alam dewasa. Mungkin mereka sependapat dengan seorang sarjana barat, Easwood Atwater dalam bukunya, “Adolescent”,dia menyebut: “persahabatan remaja di antara lelaki dan perempuan merupakan satu peringkat semulajadi yang akan dilalui dalam zaman remaja, terutamanaya jika umur mereka mencecah 15-16 tahun(pertengahan remaja). Kemudian perhubungan remaja ini akan disusuli dengan apa yang disebut dating.” [1].
Mungkin dek kerana kefahaman inilah anak anak sekolah menengah berani "menjawab" teguran para pendidik, dengan jawapan, "patutlah tak kahwin kahwin lagi, tak pandai bercinta!!"
Teguran demi teguran, namun ada ada sahaja jawapannya.
"bukan kami berzina, kami hanya ringan ringan sahaja…"
"kami tak buat apa apa, kami duduk berdua dua sahaja…"
"kami tak berdua dua, ada yang menemani kami…kami keluar berkumpulan.."
"kami tak berkhalwat sebab kami berdua dua di tengah orang ramai, bukan di tempat sunyi…."
Walaupun jawapan jawapan ini telah pun dirungkai oleh ulama semasa lengkap dengan hujah hujahnya sekali-di dalam bab khalwat, ikhtilat, menjaga pandangan, menyekat pintu2 yang menyebabkan dan membawa kepada zina- ia masih dianggap relevan bagi mereka yg nak mengharuskan.
Tak kurang juga yang berkata: "kami x berjumpa pun, kami hanya bertemu di dalam chatting, sms dan mendengar suara dlm telefon.." mereka lupa walaupun chatting,sms dan telefon x wujud di zaman penurunan wahyu, namun hukum hakam yg diturunkan sesuai utk sepanjang zaman, dan ulama usul fiqh telahpun menyingkap qiyas sebagai usul yg penting dalam ijtihad hukum masakini.
Jadi, macam mana nak kahwin kalau tidak boleh bercinta? Bukankah tidak kenal mengenali nanti akan mempercepatkan keruntuhan rumahtangga? Islam tidak menghalang cinta, tetapi memelihara kesucian cinta, mengaitkannya dengan iman, dan meletakkan cinta itu di tempat mulia, yang perlu disertai amanah dan tanggungjawab.
Rasulullah Shalallahu’alaihi Wasalam bersabda : “
Islam juga telah mengatur aturan aturannya yg istimewa dalam mengurus hal ehwal pra perkahwinan agar rumahtangga berkekalan, seperti sabda baginda kepada al-mughirah bin syu'bah yg mengharuskan melihat kepada orang yang ingin dipinang untuk dikahwini, bagi menjamin kebahagiaan rumahtangga yg bakal dibina. Namun bukanlah bermakna yang sudah bertunang boleh melihat sewenang2nya, kerana ada batasnya dan masih bernaung di bawah status bukan mahram!!
Kahwin itu penyelesaiannya
Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Kami tidak pernah mengetahui penyelesaian untuk dua orang yang saling mencintai semisal pernikahan.” (HR. Ibnu Majah no. 1920. Dikatakan sahih oleh Syaikh Al Albani)
Lalu bersuara sesetengah kita, kahwin??kami masih belum bersedia untuk berkahwin. Kami masih belajar, pengajian kami pun parents kami yang menanggungnya. Kami mahu menumpukan kepada pelajaran terlebih dahulu, sebelum memasuki alam rumahtangga.
Oh, begitu...kalau tahu belum bersedia untuk bertanggungjwab atas sebuah perkahwinan, kenapa menjalin hubungan cinta??
Kerana kami sudah bertemu cinta. Jadi kami perlu meluahkan nya, agar kedua duanya mengetahui dan tidak mencari yang lain.
Islam mengajar kita, Kalau sudah jatuh cinta, luahannya ialah perkahwinan. Hadis di atas menjelaskannya. Jika belum bersedia untuk itu, janganlah terburu buru meluah, membina sebuah hubungan yang tiada jaminan selain kata2 dan janji2 semata, yang disulami pula dengan noda2 larangan syara' yg bakal dilanggar "atas nama cinta".
Fitrah yang menguji
Sesungguhnya Allah telah menjadikan satu fitrah,di mana seorang lelaki normal akan mempunyai perasaan tertarik kepada perempuan, demikian juga perempuan, telah difitrahkan bagi mereka perasaan tertarik terhadap lawan jenisnya,lelaki. Ini disebabkan perempuan itu pada asalnya dicipta daripada salah satu anggota lelaki, jadi pada asalnya perempuan adalah sebahagian daripada lelaki. Dan lelaki itu pula merupakan asal yang dijadikan daripadanya perempuan. Allah telah menetapkan fitrah ini sebagai satu ujian kepada kedua dua lelaki dan perempuan, sebagaimana yang telah difirmankanNya:
قال تعالى : (( وجعلنا بعضكم لبعض فتنة اتصبرون وكان ربك بصيرا[2] )).
[ dan kami jadikan sebahagian daripada kamu semua ujian bagi sebahagian yang lain, adakah kamu bersabar? Dan adalah Tuhanmu itu Maha Melihat]-al-Furqan.
Dan manusia pula lumrahnya akan tertarik untuk berseronok dengan benda yang mempunyai tarikan ke atas mereka, serta amat mengidamkannya. Ketika itu syaitan akan mula berusaha dan menghiaskan jalan untuk membawa manusia memenuhi tuntutan nafsu ini, hinggalah apabila manusia dikuasai nafsu syahwat, petunjuk dan akalnya akan lenyap, menyebabkan dia tersesat dari agamanya dan kehormatannya. (Muhammad Muhammad syarif, Salah al-ummah ala huda as-sunnah, Dar as-sohwah, Kaherah, ms41.)
Oleh itu, Allah Ta’ala telah menutup segala pintu dan jalan yang boleh menimbulkan syahwat serta membuka peluang ke arah perkara perkara terlarang. Maka Allah swt telah memerintahkan manusia agar menundukkan pandangan, menjauhkan dari daripada perempuan dan ihtilat, tidak bertabarruj (berhias bukan untuk suami) dan pengharaman berdua duaan dengan perempuan bukan mahram. (Salah al-ummah,ms.42)
Ketahuilah, zina itu hakikatnya tidak terhad dengan zina kemaluan sahaja, tetapi juga anggota anggota lain juga boleh terlibat dengan zina. Nabi pernah bersabda: " dua mata itu berzina, zinanya ialah pandangan. Dua telinga itu zinanya pendengaran, lidah itu zinanya percakapan, tangan itu zinanya bersentuhan, kaki itu zinanya menuju ke tempat maksiat, dan hati berhawa nafsu dan berharap, tinggal lagi kemaluan membenarkan yg demikian itu atau mendustakannya. (hadis riwayat Muslim)
0 komen:
Catat Ulasan