hari ke-2 di miri

hari ke-2 di bumi kenyalang. pagi2 ust alan bawa ke taman awam miri, tak jauh dari rumah ini. taman ni sekadar taman rekreasi,antara tarikan utamanya rasanya jambatan gantung yg agak panjang juga. lepas tu ada la air terjun mcm biasa kt taman2 lain. agak berbeza dgn taman2 rekreasi yg penah saya pergi, seperti taman di sg petani kedah yg ada sangkar2 haiwan sepertu unggas dan rusa.

taman tema air utk kanak kanak...

pemandangan air terjun yg sempat di"snap" dgn kamera canon yg dipinjam dr ayahnda
bergambar di hadapan jambatan gantung di taman awam miri

selepas itu baru kami sarapan, walaupun di rumah tadi dah makan goreng cempedak yg dimasak oleh seorg teman, namanya fuad. kami makan roti canai, boleh tahan roti canai miri, cuma kuahnya ada rasa mcm kuah sate sket.mungkin dia letak kacang tanah kot.

selepas itu kami pusing2 bandar miri untuk menyelesaikan urusan ust isey. ke maybank dan tabung haji, selepas itu ke kedai kereta mitshubishi, sebab ustaz isey dah jatuh hati dengan "lancer"..hingga namanya pun kami dah tukar kpd "hadlancer"...sempat juga ke kedai di sebelahnya dlm deretan yg sama utk melihat alat2 perkusi..kompang di sini agak cantik, tapi masalahnya "harganya" juga cantik...x jadi beli, sbb takut mahal...yg saiz kecik sekali pun dah rm45...

kemudian kami ke kedai cenderahati...kiranya ini part penting dlm lawatan saya ke sini..utk bawa pulang buah tangan utk org2 di semenanjung..setakat ni dapat beli baju2 utk seisi keluarga seperti yg dipesan bonda...dan beli rantai kunci sikit utk beri pada kawan2 mungkin...selepas ini mungkin akan ke kedai cenderahati lain pula, ada rezeki boleh tambah lagi utk dibawa pulang..


cenderahati yg dibeli setakat ini- rantai kuci dan baju2 bertemakan sarawak bumi kenyalang

lunch hari ini di sebuah kedai makan di dalam pasaraya "boulevard"..lauk pauk yg pelbagai, dan harganya amat berpatutan...mcm harga di warung saja..

sebelah petangnya pula, mulanya bercadang nak ke pantai, tapi kami batalkan utk menghantar fuad yg akan pulang ke kelantan,khabarnya dia akan pulang terus, dah dapat tukar ke sana stlh lama berkhidmad di sarawak..lepas itu kami berhenti seketika di masjid at-taqwa utk solat.

sebelah malam sekali lagi ke pasaraya boulevard utk menemani ust isey "Shopping".byk benda nak dibelinya, antaranya dompet,beg laptop,card reader,housing original utk henponnya...singgah di satu kedai peralatan komputer..rasanya harga barang2 di sini lebih kurang murahnya dgn plaza low yat di KL...bahkan ada yg lebih murah rasanya..

akhirnya kami makan malam di sebuah warung namanya seroja. masakan di sini amat memuaskan hati..memang menggunakan resepi tersendiri. bukan sekadar bergantung pada "ajinomoto" seperti sebahagian kedai2 makan di dalam uia, di gombak dan sekitar KL...nasi gorengnya memang enak tanpa perlu kpd sebarang "alat" bantuan sprt sos atau kicap atau sambal...sup tulangnya juga amat lazat...tinggal lagi ust isey agak kurang memuaskan hidangan yg beliau pesan..kerana paprik nya macam goreng kicap je..dah la tu byk sayur, bersama sedikit udang dan sotong...sepatutnya ayam rasanya..

esok x tau pergi mana lagi. sebab kami rancang tunggu ust shahrulnizam al-hafiz yg akan tiba di sini malam esok, dr papar,sabah, kemudian baru pergi tempat2 yg best same2..

setakat ini dulu perkembangan kembara saya...

ilalliqo..

1.07 am, miri sarawak.

1 komen:

Tanpa Nama berkata...

lawanya baju2 n keychain.semoga slamat smapai.. ke semenanjung..