Hari Ahad-22 november 2009-merupakan tarikh sepatutnya saya, ustz isey yg dtg dr Kapit,Sarawak, dan ust nik shahrulnizam yg datang dari papar sabah, berlepas ke kuala Lumpur. Oleh kerana tiket kami pada malam hari, sebelah siangnya merupakan kemuncak kepada percutian kami di sini.
Kembara kami seperti biasa bermula dgn makan. Ya, bagi saya kembara saya di Miri ni boleh juga disebut jalan2 cari makan, sebab ust alan memang membawa kami ke bermacam2 restoran yg menarik, dgn macam2 menu. Bagi saya Miri punyai juadah2 yang sedap, dan harganya sangat berpatutan.
Pagi itu kami bersarapan di restoran segar rasa, terletak dalam Bandar miri. Sebelum ini, dek kerana kelaparan di pagi hari, ust alan memang pernah membawa saya ke sini makan nasi lemak. Cuma kali ini nasi lemak kami ditambah menu istimewa, lauk ayam panggang/percik, yg harganya Cuma rm4.50, agak murah jika dilihat pada saiz ayam-rasanya hampir 1/4 ayam.
Miri Crocodile Farm & Mini Zoo
Selesai bersarapan kami meneruskan perjalanan ke tempat yg saya bagi hint sejak awal. Sebagai peminat makhluk Allah bergelar haiwan, memang saya mahu percutian saya sekurang2nya ada satu tempat seperti zoo hehe. Dengan bantuan telefon bimbit ustaz isey yg ada GPS, kami mengesan "Miri Crocodile Farm". Ia masih dalam daerah Miri, tapi agak jauh, dekat dengan jalan ke Lutong dan Kuala Baram.
Tiket masuk adalah rm15, seingat saya sama seperti Zoo Negara dan Taman Burung Kuala Lumpur. Ladang buaya ini boleh dikatakan agak luas, lama juga masa yg kami ambil untuk menziarahi setiap habitat haiwan dalam taman ini. mungkin kerana minat yg terlebih dari org lain ttg haiwan, saya lebih banyak bersendirian dan ditinggalkan teman2 kerana terlalu lama berada di sesebuah habitat hehehe
bergambar di pintu masuk bersama sama shbt2 kamceng, semuanya ustaz ustaz DPLI
Sebaik sahaja memasuki pintu masuk selepas membayar tiket, kita akan melihat ruang pameran yang memaparkan sejarah reptilia dari zaman prasejarah, termasuka apa yg dipercayai sebagai leluhur buaya. Terdapat juga buaya yang telah diawet, sample telur buaya, dan anak buaya yang diawet di dalam balang, serta tengkorak buaya besar (mungkin bujang senang yg popular di sini).
sejenis reptilia purba yg menyerupai buaya moden
carta dan gambar sebahagian haiwan2 purba
gastornis-burung pemakan kuda;sejenis burung purba yang tingginya sama dengan manusia, memakan haiwan seperti kuda purba
tengkorak buaya besar, mungkin bujang senang
telur telur buaya air tawar-fresh water crocodile dan buaya air masin -salt water/estuarine crocodle
Antara haiwan lain yg dipamerkan di ruang ini ular sawa albino, sejenis ikan piranha, dan snapping turtle.
snaping turtle-sejenis penyu air tawar yang boleh "snap" tangan anda jika dihulur
ustaz isey bersama buaya jenjulung yg telah diawet-kalau yg betul x berana pegang gitu dok sey
Dari segi kepelbagaian jenis, rasanya tidak banyak jenis buaya yg dipamerkan di sini. Kadang kadang hanya perbezaan warna kulit buaya yg ada, seperti buaya kulit tembaga dan buaya kulit perak. Ada pula habitat2 yg dilabel dengan nama buaya yg menarik, tapi diisi dengan buaya yg biasa, atau hanya dibiarkan kosong. Rasa saya keperbagaian spesis yg wujud hanyalah buaya air tawar, air masin (estuarine), dan dua spesis buaya jenjulung (false gharial dan true gharial).
buaya jenjulung jenis pertama- false gharial atau malayan gharial
yg ni jenjulung sebenar- true gharial
Selain buaya, zoo mini ini turut mempamerkan pelbagai spesis haiwan haiwan lain dari dalam dan luar Negara, termasuk reptilia lain seperti labi labi dan kura kura, ular tedung dan sawa, nggas seperti kasawari, pungguk,ayam hutan,merpati dan ayam belanda, juga pelbagai jenis mamalia liar termasuk beruk,pelbagai jenis musang seperti musang pulut dan binturong(palm civet, bear cat), beruang matahari (sunbear), kucing hutan (leopard cat), keluang (fruit bat), rusa jawa dan kijang.
ayam belanda- bukan haiwan liar tapi ambik jugak la gambar
Sebahagian haiwan2 ini jinak dan mudah didekati, seperti anak beruang matahari di tempat mengambil gambar bersama haiwan. Setengah yg lain seperti musang datang sendiri mendekati kita, mungkin kerana memang jinak, atau lapar barangkali? Hehehe
Zoo ini turut membenarkan kita memberi makan haiwan, dengan pisang pisang yang dijual oleh pihak pengurusan zoo.
setiap kali ingin mengambil gambar dari jarak dekat, binturong ini pasti menghampiri saya
1 komen:
Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!
Catat Ulasan