Miri: hari ke-4

hari yg keempat di bumi kenyalang...mulanyasementara menunggu ust shahrulnizam sampai di miri, kami ke bandar, dan hanya makan2 di kedai makan dan meronda ronda di pasaraya parkson...
masing masing bawa haluan mencari apa yg dihajati.. saya menghabiskan sebahagian besar masa di parkson di dalam kedai buku popular...melihat2 dan meninjau2 pelbagai jenis bahan bacaan, daripada novel hingga komik, dari buku2 agama hingga buku2 pengetahuan am...satu tinjauan tanpa pembelian..

mungkin dah jadi tabiat baru, bila singgah di pasaraya2 besar, saya berminat mencari kedai2 buku sebegini...macam MPH,Border, dan popular..sebabnya? selesa meninjau2 dan membaca sekali lalu buku2 di sini..tiada insan2 yg mengekori kita ke mana2...bertanya nak cari buku apa dan sebagainya..boleh duduk2 bersantai sambil menikmati bahan2 bacaan yg kita suka..nak beli takpe..x nak beli pun boleh baca...barulah org seronok membaca...

ok, ok kita kembali ke cerita asal...ketika berada di pasaraya giant..saya membeli sebungkus jejari ayam yg ada cop halal, yg x perlulah disebut namanya di sini. ketika ust shahrulnizam sampai, saya menggoreng makanan ini...hasilnya..rupa2nya x berapa sedap...baunya mcm goreng cempedak tp rasanya sungguh x seindah baunya...

petangnya kami ke kedai kraftangan utk mencari cenderahati...kedai yg ini lebih byk brg2 dr kedai yg kami pergi sebelum ini...tp saya x membeli apa2 di sini kerana telah membeli cenderahati tempoh hari..

ust shahrulnizam tersenyum memegang pasu2 yg berkenan di hatinya, sambil mendengar pandangan ust azlan
antara hasil senikayu yg sesuai dijadikan cenderahati

di kedai ni ada jumpa alat2 perkusi yg murah2..kompang dlm 20 ringgit lebih...pas tu bonggo...tp setelah dikaji rupanya lebih utk perhiasan..patutla murah... xjadi la beli...


pulau melayu
usai shbt2 membeli cenderahati utk famili, kami menuju ke "pulau melayu" yg terletak agak jauh juga dr bandar miri...

pantai pulau melayu ni dikatakan pantai yg tercantik di miri...dulu katanya pasirnya putih dan airnya biru...sekarang dah berjangkit dengan kehitaman petroleum seperti lain2 lautan di miri...cuma rasanya keadaan di sini lebih baik berbanding marina resort...dari sudut tambak batu batan, dan pasir pantainya...

angin pantai tetap menyegarkan, menyebabkan duduk juga menikmati kehitaman air laut dan ombaknya...sehingga terkejut saya dan ust daus tiba2 di"candid"
ustaz2 sedang meninjau2 dan membuat persiapan alat2 utk mengambil gambar..

seperti biasa dah ke pantai di waktu petang2 begini...mengambil gambar matahari terbenam dan suasana senja yg begitu indah





malam pun berlabuh...insan insan yg bergelar muslim dan mukmin menunaikan tanggungjawabnya pada yg Esa...

pasar malam dan kek lapis sarawak
kami ke pasar malam seketika untuk membeli "cenderahati wajib" kalau berkunjung ke sarawak...apa lagi kalau bukan "kek lapis sarawak"...kami memilih kek yg tidak terlalu murah-rasa kurang memuaskan, dan tidak terlalu mahal-sadap tp sikit dan x ekonomi huhu...beli yg harga sederhana...saya angkat 5 buku kek(ramai yg kirim, nipun x tau cukup ke tak..hrp2 cukup)....ust isey dan shahrulnizam angkat 5 tp kongsi berdua..

lelapan yg enak
usai urusan di pasar malam, kami ke destinasi terakhir utk makan malam...mlm ni ust alan bawa kami makan makanan khas di miri ni...namanya nasi lelapan...iaitu nasi putih, sambal belacan, sup kosong dan 8 jenis lauk- lauk utama ayam@daging@ikan, tempe, tauhu, dan ulam ulaman seperti kobis,timun,pucuk ubi,kacang panjang dan asam limau..

lelapan ayam
lelapan ikan tongkol

ketika saya sedang update blog ini, shbt2 pergi main bowling....saya memilih utk tinggal di rumah sahaja...

esok apa pula program kami di hari terakhir saya di bumi kenyalang ini?

ilalliqo!

21/11/09
11.33pm

0 komen: