Ihsan terhadap Haiwan

Ihsan terhadap haiwan

عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ

Rasulullah s.a.w bersabda: " sesungguhnya Allah telah menetapkan ihsan ke atas setiap benda".-riwayat imam muslim

1. Islam menganggap haiwan sebahagian drp umat yg hidup di dunia, yg berhak dihormati dan tidak dizalimi

dan tidak seekor pun binatang Yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung Yang terbang Dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu.).-al-an'am 38

Kata imam al-qurtubi: maksud melainkan umat umat seperti kamu: iaitu mereka juga umat seperti kamu dalam erti kata Allah yg Mencipta mereka, dan menentukan rezeki mereka, mengadili mereka, maka tidak bolleh kamu semua menzalimi mereka, dan jangan melampau dalam berurusan dengan mereka. (tafsir al-Qurtubi, tafsir surah al-an'am)

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مُغَفَّلٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْلا أَنَّ الْكِلابَ أُمَّةٌ مِنْ الأُمَمِ لَأَمَرْتُ بِقَتْلِهَا كُلِّهَا
Kalaulah anjing2 itu bukan umat drp umat umat, nescaya akan kuperintahkan dibunuh semuanya. (Riwayat imam at-tirmizi)

2. Islam memberikan ganjaran kepada mereka yang berbuat baik kpd haiwan, serta mengutuk dan memberikan pembalasan buruk buat mereka yang menyakiti haiwan

Hadis bukhari-dlm bab kelebihan memberi minum air, kisah yang diceritakan oleh rasulullah mengenai seorg lelaki yang bertemu anjing yang kehausan, lalu dia turun ke dalam perigi mengambil air dengan kasutnya lalu memberi minuman kepada anjing, lalu anjing itu bersyukur kpd allah atas perbuatan lelaki tadi, lalu diampunkan lelaki tadi.

Di akhir hadis, para sahabat bertanya:
يَا رَسُولَ اللَّهِ وَإِنَّ لَنَا فِي الْبَهَائِمِ أَجْرًا
Wahai rasulullah, atas perbuatan kita ke atas binatang pun ada ganjaran?
Baginda menjawab:
نَعَمْ فِي كُلِّ ذَاتِ كَبِدٍ رَطْبَةٍ أَجْرٌ
Ya, pada setiap hati yang basah itu (yakni hati yg masih hidup) ada pahala.

Hadis muslim, kitab al-birr wa sillah wa adab, bab haram menyeksa kucing dan haiwan haiwan lain:
عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عُذِّبَتْ امْرَأَةٌ فِي هِرَّةٍ أَوْثَقَتْهَا فَلَمْ تُطْعِمْهَا وَلَمْ تَسْقِهَا وَلَمْ تَدَعْهَا تَأْكُلُ مِنْ خَشَاشِ الْأَرْضِ
mengenai seorang wanita yang mengurung kucing, tidak memberi makannya dan tidak pula melepaskannya agar dia dapat makan haiwan2 melata, lalu mati kucing itu, wanita ini dimasukkan ke dalam neraka.

Ulama ulama fekah, berdasrkan hadis ini membuat kesimpulan bahawa wajib ke atas setiap orang yang memelihara binatang, sama ada untuk tujuan dimakan atau dipelihara sebagai haiwan kesayangan, memberikan makan minum dan keperluan haiwan tersebut. Jika dia enggan, pemerintah berhak memaksanya, jika dia enggan juga pemerintah berhak menjual haiwan tersebut secara paksa. ( rujuk fiqh manhaji, jilid2, akhir bab nafkah, nafkah terhadap haiwan)

3. Islam menyuruh kita bersifat ihsan terhadap haiwan setiap masa, sehinggakan ketika waktu menyembelih sekalipun disuruh bersifat ihsan. Kita juga dilarang membunuh haiwan tanpa sebab.

عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ قَالَ ثِنْتَانِ حَفِظْتُهُمَا عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ
Berkata Syaddad bin auf, dua benda yang aku ingat daripada rasulullah s.a.w. baginda pernah bersabda: sesungguhnya Allah telah menetapkan ihsan atas setiap benda. Maka apabila kamu membunuh, bunuhlah dengan baik. Dan apabila kamu menyembelih, sembelihlah dengan baik. Tajamkanlan alat sembelihan, dan tenangkanlah haiwan sembelihan.-riwayat imam muslim, kitab perburuan dan sembelihan.


Kata imam an-nawawi dalam syarah sahih muslim: " Maksud tenangkanlah haiwan sembelihan ialah menenagkan haiwan sembelihan dengan cara menajamkan pisau agar cepat ia memotong, dan disunatkan tidak mengasah pisau di depan haiwan sembelihan, dan janganlah menyembelih seekor haiwan di hadapan haiwan yang lain, dan jangan pula menghambat atau mengasari haiwan memaksanya ke tempat sembelihan".


حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ قَالَ سَمِعْتُ هِشَامَ بْنَ زَيْدِ بْنِ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ دَخَلْتُ مَعَ جَدِّي أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ دَارَ الْحَكَمِ بْنِ أَيُّوبَ فَإِذَا قَوْمٌ قَدْ نَصَبُوا دَجَاجَةً يَرْمُونَهَا قَالَ
فَقَالَ أَنَسٌ نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ تُصْبَرَ الْبَهَائِمُ
Berkata hisyam bin zaid bin anas bin malik, aku masuk ke rumah al-hakam bin ayyub bersama datukku anas bin malik, ketika itu mereka sedang menjadikan ayam sasaran latihan memanah/melembing, lalu anas bin malik berkata: Rasulullah s.a.w telah melarang menjadikan binatang sebagai sasaran. Dalam riwayat lain: janganlah menjadikan sesuatu yg bernyawa sebagai sasaran. Dalam riwayat ibnu Umar, rasulullah menambah: Allah melaknat sesiapa yg melakukan ini. riwayat imam muslim dalam kitab perburuan dan sembelihan.

Imam nawawi menyebut: para ulama melarang menjadikan haiwan sebagai sasaran dengan cara menambat haiwan yang hidup untuk dibunuh dengan lembing dan sebagainya…dan larangan ini adalah larangan dalam bentuk haram. Kerana ia menyiksa haiwan dan membunuhnya, membazir, dan menyebabkan ia tidak sempat disembelih untuk dimakan atau dimanfaatkan.(rujuk syarah sahih muslim)

Imam muslim turut meriwayatkan sebuah hadis yang lain, di mana ibnu umar r.a lalu dekat dua pemuda yang menjadikan burung sebagai sasaran, lalu berkata: sesiapa yang melakukan ini sesungguhnya Allah melaknatinya, sesungguhnya rasul s.a.w melaknat orang yang menjadikan benda hidup sebagai sasaran.

11.21pm-29disember09

0 komen: