عَنْ أَنَسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ
Daripada Anas r.a, sesungguhnya nabi s.a.w bersabda: setiap anak Adam itu melakukan kesilapan, dan sebaik baik orang yang melakukan kesilapan itu ialah mereka yang bertaubat- riwayat tirmizi, ibnu majah dan Darimi.
( menurut imam at-tirmizi hadis ini gharib, kami tidak mengetahuinya melainkan hadis Ali bin Mas'adah, daripada Qatadah. Menurut imam al-hakim, sanad hadis ini sahih. Sheikh Albani pula mengatakan hadis ini Hasan- rujuk sunan tirmizi, misykat masobih, sahih wa daif sunan tirmizi dan sahih wa daif sunan ibn majah)
Kita juga pernah mendengar kisah yang diriwayatkan oleh al-Imam bukhari dan Muslim dalam sahih mereka berdua, dinukilkan juga oleh al-imam an-nawawi dalam riadusoliheen, tentang kisah seorang lelaki yang telah membunuh 99 nyawa, kemudian digenapkannya dengan 100, ketika dalam perjalanan ke sebuah negeri untuk bertaubat, dia meninggal dunia. Kisah berakhir dengan penerimaan taubatnya dan pengampunan dosa2nya.
Saya juga teringat sebuah kisah yang diceritakan oleh sheikhuna Prof. Dr Abdul Razak as-Sa'adi hafizahullah,di dalam kuliah beliau, tentang seorang lelaki di zaman nabi yang menyerah diri untuk direjam setelah mengaku berzina. Bila mana hendak disolatkan jenazahnya, sebahagian hadirin ada yang seperti mahu tidak mahu serta. Lalu baginda s.a.w bersabda: " orang ini dosanya sudah diampunkan, jika dikumpulkan pahala taubatnya, cukup untuk mengampunkan dosa penduduk satu negeri ini!!".
Setiap orang melakukan kesilapan, kecil atau besar. Biarpun dia pernah menitikkan noda hitam dalam lembaran sejarah hidupnya, Tuhan yg maha pengampun maha menerima taubat bila hambanya bersungguh bertaubat, dan maka siapakah kita untuk memandang rendah dan mengenepikan mereka ini??
Penjara Penor, Kuantan
Usai kuliah sirah di masjid dong jaya, ketika kami sedang menikmati mee goreng di ruang makan masjid, haji Amrun mempelawa saya bersamanya ke penjara penor, kuantan, keesokannya. Rupa rupanya seorang sahabat kami bakal menikmati hari kebebasannya esok harinya!!
Pagi pagi semalam, kami bersama dua lagi sahabat bertolak ke sana. Perjalanan memakan masa lebih kurang dua jam lebih, kami tiba di sana dalam lingkungan jam 9 lebih. Kami mengejar waktu, kerana maklumat diterima pembebasan pukul sembilan. Namun prosedur melewatkan masa, kami, bersama sama keluarga abang sahabat kami itu menunggu agak lama juga, hampir jam 12 baru kami bertemu.
7 tahun bukan masa yang sekejap. Walaupun asalnya lagi lama, sepuluh tahun. Ditambah pula sahabat ini merantau ketika saya masih sekolah rendah. Menambahkan lagi jarak waktu itu. Ketika kami bersalaman saya bertanya, ingat lagi? Saya sebut nama, dia terus ingat!! Dan dia terkejut!! Sudah besar saya!! manakan tidak, terakhir bertemu saya masih seorang budak sekolah!! Sekarang saya sudah macam bapak budak, Cuma belum bertemu jodoh lagi J
Kami berbual panjang dalam kereta. Habis nostalgia nostalgia lama kami singkap, mengimbas memori terutamanya memori menjadi penuntut ilmu di surau sungai Jahit..alhamdulillah kami tidak sesekali membuat sahabat kami ini lemah semangat…biar dia terus bersemangat untuk meneruskan kembara hidup ini yang masih jauh berbaki…Alhamdulillah….
Sesungguhnya saya sungguh bersyukur dapat berkawan dengan sahabat sahabat saya yang menambahkan ilmu, memberikan pengalaman, membuahkan pengajaran, buat bekalan kami sama sama mengharung arus dalam kembara hidup ini.
Jangan sesekali kita meminggirkan org yang pernah tersilap dan tersalah. Kita pun belum tentu "menang" dengan ujian yang serupa jika Allah mengujinya ke atas kita. Tidak mustahil orang yg bersalah itu "markah" ujiannya jauh lebih tinggi dari kita. Bukankah nabi pernah bersabda:
Seorang mukmin yang bercampur dengan manusia dan dapat bersabar atas karenah mereka lebih baik (dlm riwayat lain:lebih besar ganjarannya) dari mukmin yang tidak bercampur orang dan tidak pula dapat sabar dengan karenah mereka!!"-riwayat tirmizi, ibn majah, ahmad dan bukhari, dengan lafaz2 yg sedikit berbeza
11.27am-25disember09

3 komen:
dia duk mana skang?
dia dok baserah,umah abg dia
azih ke...? die tak dok surau ke?
Catat Ulasan