ketika cinta di"talbis"- episod 3



kokokan ayam jantan masih lagi bersahut sahutan memeriahkan kesunyian pagi. kokokan ayam kampung yang nyaring, disulami dengan kokokan serama yang nyaring juga tetapi agak halus bunyinya. Kicauan burung burung yang pelbagai jenis menambahkan lagi versi vocal suasana pagi. Sesekali terdengar bunyi kambing, bebiri dan lembu, antara penghuni utama ladang yang luas itu.


Ustaz sulaiman seperti biasa pagi pagi lagi sudah berada di pusat agro, melakukan tugas wajibnya, pemantauan dan pengurusan pusat hasil pertanian kota cahaya itu. Pagi itu tempat pertama yang dijenguknya ialah ladang arnab. Mengikut perkiraan berdasarkan pengalaman, hari ini tarikh arnab arnab yang bunting melahirkan anak anak. Ustaz Sulaiman risau, hujan lebat yang turun semalam memberi kesan kepada anak anak yang baru dilahirkan. Seperti selalu, ada yang awal awal sudah tiba sebelumnya. Kanak kanak Dar aytam. Mereka sedang asyik memerhatikan pekerja pekerja memindahkan arnab arnab dari sangkar sangkar ternakan ke sangkar penghantaran. Sebenarnya mereka pelik, kenapa kali ini arnab arnab yang dipindahkan agak kecil, daripada selalunya.


" arnab ni kan semua anak lagi, kenapa dah pindahkan ke sangkar tu?" soal Udin.

" ha'ah, selalunya yang besar baru hantar ke rumah penyembelihan kan.." Nu'man mengiyakan.

" tak cukup stok kot…terpaksa jual yang kecil.." Zubair mengagak.

" assalamualaikum…" perbualan mereka terhenti.

" waalaikumussalam warahmatullah…"

"macam mana, cukup agaknya stok yang pelanggan pesan??" ustaz sulaiman menyoal salah seorang pekerjanya.

"insya Allah cukup ustaz, sekarang tengah pindahkan ke sangkar penghantaran. Oh ya ustaz, yang bunting bulan lepas, semuanya selamat beranak pagi tadi ustaz.."

" alhamdulillah…saya nak ke sana dulu ya.."


Ustaz sulaiman menuju ke kawasan reban arnab bunting, memeriksa keadaan arnab arnab yang beranak seperti dilaporkan pekerjanya. Dia sebenarnya agak runsing juga kerana cuaca mungkin memberi kesan terhadap anak anak arnab.


" malam tadi hujan lebat kan pak cik, tapi alhamdulillah anak anak yang lahir semua selamat..perut diorang semua buncit buncit.." ujar Talhah yang dari tadi asyik memerhatikan arnab arnab tersebut. Ustaz sulaiman pernah memberitahu mereka, tanda anak arnab yang sihat, badannya gemuk, perutnya berisi, tidak ada kedutan pada kulit yang tak berbulu itu.

" ya, syukur alhamdulillah. pak cik pun risau juga, sebab kita pernah alami masalah anak arnab bila cuaca lembab macam ni.."

Udin, Nu'man dan Zubair berlari menuju kea rah ustaz sulaiman dan

" pak cik, kenapa nak jual arnab arnab yang kecik tu pulak, ada ke daging dia ?" zubair mula menyoal, merungkai persoalan yang dari tadi berlegar dalam minda dia dan rakan rakan.

" ha..sebenarnya arnab arnab tu semua bukan untuk disembelih. Itu semua baka baru yang bukan pedaging, kita jual hidup hidup…sebagai binatang peliharaan"

" oh, patutlah lain dari yang selalu. Tapi nampak masih kecil pak cik, bukan ke dia masih perlukan ibu dia?" soal Zubair lagi, ingin tahu lebih lanjut.

" ini baka kerdil atau dwarf. Nampak kecil, tapi umurnya dah dua bulan, dah bercerai susu dan boleh berdikari.."

"oh, macam ayam serama la pak cik…kecil tapi dah dewasa ya…"

"ha, lebih kurang macam tulah!!"satu suara yang dikenali menyampuk.

" assalamualaikum, pak cik…apa khabar hari ni? Oo…dekat sini korang semua rupanya….". ismail rupanya, dia telah berjanji dengan ustaz sulaiman untuk ke kota moden.

"waalaikumussalam warahmatullah….alhamdulillah macam sihat. eh, kamu bila sampai, Mail? Tak perasan pulak pak cik, asyik melayan budak budak ni.."

" baru tadi, saya tumpang safwan, dia nak balik ke rumah dia tadi…"

Ismail memerhatikan adik adiknya yang masih asyik lagi dengan anak anak arnab. " teringat masa kecik kecik dulu pak cik..cuti cuti kat sinilah pagi pagi lagi kami dah ke sini tengok binatang…tapi diorang ni lagi hebat dari kami dulu…minat sangat nampaknya…"

" pak cik pun bila tengok budak budak ni, teringat benda yang sama. Sekejap je rasa. Kamu semua pun dah besar panjang..tapi dulu tempat arnab ni kecil, bela suka suka…sekarang tak sangka boleh jadi komersial.."

" dah siap dah?" ustaz sulaiman mengalih perbualan, bertanya anak anak buahnya bila melihat mereka sudah duduk berehat di tepi aero-van.

" alhamdulillah dah siap pak cik, kalau nak hantar sekarang pun insya Allah boleh…".

"Tak mengapa, biar saya yang hantar. Kamu boleh rehat sikit hari ni. Kebetulan saya ada urusan di kota sana.."

"Terima kasih pak cik.."

" sama sama…"


Ustaz sulaiman masuk ke dalam aerovan, diikuti Ismail. Udin, talhah, zubair dan nu'man memandang sambil tersengih, tersipu sipu. " kalau nak ikut masuk je lah, macam kita tak faham…" ujar Ismail. Mereka berempat pun bergegas masuk ke dalam aerovan. Sebentar kemudian, aerovan yang dipandu ustaz sulaiman meluncur

meninggalkan ladang arnab seterusnya pusat agro dan kota cahaya itu tersendiri.

********************************************************************


" wah banyak betul kedai yang ambil arnab dari kita.." Zubair bersuara bila ustaz sulaiman memberhentikan aeron van di hadapan sebuah lagi kedai haiwan peliharaan.

" tengok lah siapa yang buat kerja, ustaz sulaiman. Nama pun dah nama nabi yang mukjizatnya memahami percakapan haiwan…" Ismail memuji ustaz sulaiman.

" itu semua anugerah Allah. Pak cik orang kampung asalnya, dah biasa dengan kerja kerja macam ni. Ni yang terakhir dah ni, mari tolong angkat sangkar sangkar tu ke dalam kedai…"

" waa haji…assalamualaikum…selamat pagi…saya banyak seronok haji datang ini hari…" taukeh kedai menghulurkan tangan, menyambut ustaz sulaiman sebaik sahaja dia masuk ke kedai.

" wa'alaikum[1]…selamat pagi tokey…apa khabar hari ini…ya, saya janji datang mesti kena datang…" ustaz sulaiman menjawab mesra, menyambut tangan taukeh.

" saya banyak suka haji punya arnab. Customer saya pun suka. Kualiti sama dengan Europe, America, tapi harga bagus ma…"

" biasa biasa saje tokey. Kita bila buat kerja ikhlas, Tuhan sayang dan tolong kita.rezeki pun murah."

" banyak betul awak punya cakap haji. Ada orang datang sini, bawak arnab yang tak aktif..ada yang kurus…siapa mau beli ma…dia ingat senang mau untung tak jaga kualiti barang? Orang tak mau beli ma…last last saya pulang semula juga…" taukeh kedai terus berbual mesra dengan ustaz sulaiman, sambil memerhati pekerjanya memasukkan arnab arnab ke dalam sangkar pameran.

" awak aaa..nanti bila haji sudah tak ada…saya pun sudah tak ada…awak kena sambung haji punya niaga….kasi anak saya yang jaga kedai nanti dapat arnab baik baik…" ismail hanya mengangguk angguk tersenyum.

" awak jangan angguk angguk kosong ya…ini zaman aa…banyak susah mau dapat orang niaga macam haji ini…ramai orang meniaga hari ini tau mahu untung…barang yang dijual, tak elok mana…."

" hehehe…baik taukey..saya usahakan insya allah…" ismail menjawab. Sebenarnya dia cukup kagum dengan ustaz sulaiman, sambil berniaga dia melakukan dakwah bil hal dengan bukan Islam. Seronok pula rasanya dia mendengar perbualan taukeh dengan ustaz sulaiman.


Udin,Talhah, Zubair dan Numan pula mulanya asyik meninjau ninjau haiwan haiwan di dalam kedai. Mula mulanya Hamster yang pelbagai jenis, selepas itu reptilian, ferret..kemudian mereka ke luar kedai pula melihat burung burung nuri dan kakaktua yang pelbagai. " eh tengok kedai sebelah tu…" udin menunjuk kea rah kedai bercermin gelap. Mereka memerhati dari luar kedai, kebanyakan pengunjungnya kanak kanak yang asyik dengan permainan computer, dan para remaja yang melayari laman laman web yang pelbagai, serta laman sembang. Tak kurang juga yang menonton video dan rancangan secara online.


" ni kafe siber …nampak tu, macam ramai guna computer dekat dalam…" ujar zubair.

" tapi kenapa pula cermin gelap…dekat tempat kita tak letak cermin cermin gelap pun…macam nak berselindung dari sesuatu…" kata Udin.

"alah kau ni din…macam macam..mungkin dia tak nak kena hari panas tu…" sahut Nu;man pula.


Gelagat mereka diperhatikan oleh seseorang. Susuk tubuh lebih separuh abad, janggutnya putih, sederhana panjang, bersongkok lusuh, sedang duduk di atas bangku. " assalamualaikum…."

"wa alaikumussalam….eh, ada atuk la…apa kabar atuk nama saya udin, ni kawan saya, Zubair,numan dan talhah" kata Udin, seraya bersalam,mencium tangan orang tua itu. Yang lain lain turut menyusul.

" alhamdulillah….nama atuk Salam..orang panggil pak tua. syukur masih ada orang yang baik di sini…" luah orang tua itu sambil mengalirkan air mata.

" kenapa atuk cakap begitu?" Tanya Zubair.

" atuk dah berapa hari di sini, tegur orang yang lalu lalang dengan…cuba bagi salam…kamu nilah yang pertama melayan teguran dan salam atuk" ujarnya, sambil cuba mengukir senyuman.

" atuk dari mana? Nampak macam atuk datang dari jauh…" Tanya Udin.

" atuk datang dari kampung….." selum sempat dia menghabiskan ayatnya, tiba tiba dia terpandang seorang pemuda yang baru melintas di hadapannya.

"Megat!!!" panggil Pak Tua. Pemuda itu menoleh ke belakang, sebaik sahaja dia melihat wajah orang tua itu dia melajukan langkahnya.

"Tunggu Megat…!! Aku nak Tanya kau ni!!"


Pemuda itu terus berlari menjauhi pak tua, bila melihat pak tua berlari menuju ke arahnya. Pak tua mengumpul sepenuh kudrat, terus mengejar.

" macam mana ni, siapa orang tu??" Zubair juga mula panik melihat situasi tersebut. " korang pergi kejar atuk dengan abang tu…aku panggil pak cik dengan abang mail..cepat!!" arah Udin. Dia segera berlari ke arah kedai haiwan peliharaan, dan kawan kawannya pula segera mengejar pak tua.

" okey haji, saya beli barang ya.jumpa lagi ya God bless you…kasi panjang umur awk haji…" ungkap taukeh sebelum mereka berpisah. " ya, saya jual barang..terima kasih kembali…"

"pak cik!! Pak cik!! Cepat!!" jeritan udin mengejutkan mereka bertiga.

" kau ni kenapa Udin, macam kena kejar dek benda je" tegur Ismail yang telah pun berada di luar kedai.

"Cepat abang, tak sempat nak cerita, kecemasan ni!!" jawab Udin sambil menarik tangan Ismail. Ismail terdiam, dalam keadaan tergamam dia hanya mengikut langkah larian Udin.

" haiya….apa sudah jadi haji…mana anak anak haji mau pergi…"

"tak tahulah saya taukeh, budak budak ni ada ada saja halnya…" ustaz sulaiman menggeleng gelengkan kepala melihat mereka berdua berlari meninggalkannya sendirian di kedai itu. "tapi nak kena ikut juga ni…" detik hatinya.

Ismail dan Udin sudah hilang dari pandangan Ustaz sulaiman. Demikian juga kelibat talhah,zubair dan nu'man. Adegan kejar mengejar antara pak tua dengan anak muda itu pula tiba tiba terhenti di sebuah lorong, di belakang deretan bangunan. " megat, tunggu dulu!!" Tanya pak tua dalam mengah.

" Megat?siapa megat?Aku tak kenal kau". Jawabnya.

" kau, kau bukan Megat?" Pak Tua bertanya semula.

Pemuda tadi hanya ketawa kecil memandang ke arah Pak Tua.

" aku tau kau Megat, cara kau suka tu pun aku kenal!! Kau buat tak kenal aku Megat…" sekali lagi soalannya hanya dijawab oleh deraian ketawa dari pemuda itu.

Pak Tua mula panas hati. Pemuda yang amat dikenalinya itu berpura pura tidak mengenalinya.

"Megat, mana anak aku?cucu aku?" sekali lagi pak tua bertanya.

" anak? cucu? Bukan atuk dah lepaskan dia kepada saya? Bila dah bagi mana boleh ambil semula tok " kali ini dia menjawab.

" kurang ajar….." pak tua menggenggam erat tongkatnya, dikumpul segenap kudrat yang ada, dihayunnya tongkat itu kea rah pemuda tadi. Pemuda tadi pantas mengelak, lantas melakukan serangan balas, ditolaknya pak tua hingga terjatuh insan separuh abad itu. Takdir dan ujian buat pak tua, kepalanya terhantuk pula pada simen longkang. Darah merah mula mengalir dari dahi pak tua.

" hah, dulu kau bolehlah sebab kau guru aku, sekarang, kau silap!! Anak dan Cucu kau dah jadi hak aku, tak akan kau dapat semula lagi!!" pemuda itu bersuara mengejk, beserta ketawa.

" Atok!!!" jeritan suara kanak kanak mengejutkan pemuda itu. Talhah, Zubair, dan Numan berlari mendapatkan pak tua. " Ya Allah, apa dah jadi dengan atuk ni.." luah Zubair bila melihat darah pekat mengalir dari kepala pak tua. Nu'man pantas mencapai tuala putih yang dibawa pak tua, menekup luka di kepala pak tua.

" kau orang ni siapa? Baik hati sangat menolong orang tua ni?"

" Abang kenapalah abang buat macam ni dekat atuk ni…." Talhah memandang ke arah pemuda itu, bertanya.

" tak baik kita buat macam ni pada orang tua. Nabi cakap bukan dari kalangan ummatnya, orang yang tak menghormati orang tua…"

" Kau diam budak!! Jangan nak jadi ustaz di sini. Nanti kepala kau pulak pecah aku kerjakan!!" . ugutan itu tidak sedikit pun menggetarkan anak anak itu. Mungkin kerana perasaan simpati terhadap keadaan pak tua, menjadikan jiwa mereka betul betul marah dengan tindakan pemuda itu.

" sesiapa yang tidak mengasihi yang muda, dan tidak menghormati orang tua, dia bukanlah dari kalangan kami[2] …saudara ingat kepala adik saya tu buah kelapa nak dipecah pecah?" Ismail yang baru sampai bersama Udin, mendengar percakapan biadap pemuda itu terus mencelah.

" oh ada pun yang sepadan dengan aku…mari aku…" pemuda itu menerpa ke arah Ismail, mahu menyerangnya dengan penumbuk, tetapi tiba tiba dia terasa tangannya disentap dari belakang. Ismail dan adik adiknya turut terkejut, mereka tergamam.

" amboi amboi…bukan main ganas lagi saudara ya…" ustaz Sulaiman rupanya yang menyentap tangan pemuda itu dan menguncinya ke belakang.

" adeiii….ssaakiiit …ttolonng lepaskan aku…" jeritnya.

" berjanji dulu, jangan ulangi lagi perbuatan ini…"

" kau siapa nak suruh aku…………….adeeiiiiiiii!!"

pegangan tangan ustaz sulaiman semakin kental dari belakang.

" ya…aku janji…lepaskan aku…aduh…"

Sebaik sahaja ustaz sulaiman melepaskannya, dia terus berlari pantas meninggalkan tempat itu.

" aik…tadi ganas sangat. Ni dah lari macam lipas kudung…" kata Udin.

" wah, tak sangka pak cik sleman pandai berlawan…." Celah Nu'man

" sudah tu Udin, numan, kamu tak nampak atuk ni? mail, cepat tolong pak cik angkat atuk ni…yang lain bawak barang barang atuk ni ke van."..


numan dan udin menurut arahan, mengutip tongkat dan songkok pak tua yang terjatuh. Talhah dan zubair pula membawa beg pakaian pak tua. Ismail dan ustaz sulaiman perlahan lahan, berhati hati mengangkat pak tua, dan memapahnya menuju ke aerovan.


Taukeh kedai keluar dari kedainya bila melihat kelibat ustaz sulaiman dan lain lainnya kembali.

" haji…apa sudah jadi…" tegur si taukeh bila melihat ustaz sulaiman dan ismail memapah seorang tua ke van yang diletak di hadapan kedainya.

" ini pak cik , ada orang sudah tolak sama dia sampai jatuh dan luka…" jawab ustaz sulaiman.

" haji, bawak dia masuk sini dulu….itu darah banyak keluar…kita kasi ubat berhenti dulu, baru bawak pergi hospital haji…."

Ustaz sulaiman, ismail, udin, talhah, zubair dan numan terdiam seketika. Mereka tergamam dengan sikap kemanusiaan taukeh kedai binatang peliharaan itu, yang jauh berbeza dengan pemuda yang sebangsa dan seagama dengan mereka, yang mengasari pak tua sebentar tadi.

" haiya… kenapa diam pulak tu? Mari masuk…saya masuk dalam sekejap ambik itu ubat…"

Mereka masuk ke dalam satu bilik di bahagian tepi kedai. " letak itu orang atas itu sofa…" kata taukeh.

" tak pe ke pak cik tokey..nanti menitik darah…" Tanya udin.

" haiya lu aaa…darah itu boleh basuh punya ma…ini orang kalau mati mana hidup semula…." Jawapan taukeh itu membuatkan mereka tersenyum seketika.


Kedengaran suara taukeh memberi arahan kepada isterinya dari dalam dalam bahasa ibunda mereka. Tidak lama kemudian taukeh muncul dengan satu talam kecil, di atasnya sehelai kain, satu mangkuk air suam, serta satu lagi berisi campuran beberapa bahan. " ini jangan risau, ini bahan semua tumbuhan punya..herba sahaja…haji tolong cuci itu luka dulu ya" kata taukeh. Ustaz sulaiman hanya menurut..Kemudian taukeh itu sendiri yang mengambil bahan bahan itu dan menampalkannya pada bekas luka pak tua. Selepas itu dibalutnya kepala pak tua dengan kain.


" ini macam boleh…sekarang haji boleh bawa pergi hospital cepat. Tapi haji tunggu sekejap boleh? Saya mahu ikut juga, risau tengok keadaan ini orang ma…"

" tapi taukeh, saya ingat nak bawa ke hospital tempat kami saja…" jawab ustaz sulaiman.

" tak apa…boleh saya melawat tempat haji sekali…tak pernah pergi…"

" apa la pak cik taukeh, orang sakit dia nak melancong pulak…" gurau Ismail.

" bukan ma…saya memang niat mau tengok orang sakit ma…" jawab taukeh, disambut ketawa kecil dan senyuman dari mereka.

" baiklah, taukeh pergi siap dulu, kami tunggu di luar ya" ustaz sulaiman memberi persetujuan. Mereka pun beransur ansur memapah pak tua keluar dari kedai itu, menuju ke aerovan di hadapan kedai. Tidak lama kemudian taukeh kedai keluar dari kedainya. Ismail turun dari bahagian depan aerovan, untuk memberi tempat kepada taukeh. Aerovan meluncur laju keluar dari kesesakan kota moden, memasuki ruang udara menuju ke kota cahaya.

*********************************************************************


[1] Demikianlah cara menjawab salam, jika salam diberikan oleh orang bukan Islam terhadap orang Islam. Berdasarkan hadis riwayat al-bukhari:

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ يَهُودَ أَتَوْا النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا السَّامُ عَلَيْكُمْ فَقَالَتْ عَائِشَةُ عَلَيْكُمْ وَلَعَنَكُمْ اللَّهُ وَغَضِبَ اللَّهُ عَلَيْكُمْ قَالَ مَهْلًا يَا عَائِشَةُ عَلَيْكِ بِالرِّفْقِ وَإِيَّاكِ وَالْعُنْفَ وَالْفُحْشَ قَالَتْ أَوَلَمْ تَسْمَعْ مَا قَالُوا قَالَ أَوَلَمْ تَسْمَعِي مَا قُلْتُ رَدَدْتُ عَلَيْهِمْ فَيُسْتَجَابُ لِي فِيهِمْ وَلَا يُسْتَجَابُ لَهُمْ فِيَّ

- عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا سَلَّمَ عَلَيْكُمْ الْيَهُودُ فَإِنَّمَا يَقُولُ أَحَدُهُمْ السَّامُ عَلَيْكَ فَقُلْ وَعَلَيْكَ

[2] حديث أبي أمامة:من لم يرحم صغيرنا و يجل كبيرنا ، فليس منا

Riwayat imam al-bukhari di dalam al-adab, no 356.



bersambung......


16/12/09-10.01am

0 komen: