Ketika Cinta Di"talbis"- episod 4



*********************************************************************

Sekumpulan kanak kanak mengelilingi seseorang di ruang menunggu pusat perubatan kota cahaya "mustashfa".mereka terpegun dan tekun mendengar sesuatu yang bagi mereka amat menarik.
" tiba tiba abang mail datang. Dia tak jadi nak pukul talhah. Dia terus tujukan peninju dia dekat abang mail pula…."
" lepas tu, tiba tiba pak cik sleman tangkap tangan dia, pulas kat belakang macam ni…" Udin mempraktikkan lakonan memulas tangan ke atas Zubair.
" aduh, kalau ye pun Din, jangan lah libatkan aku.." ujar zubair. Mereka ketawa kecil.
" kuat pak cik pulas…sampai orang tu boleh janji lain kali tak nak buat lagi dah…" sambung udin.
" wah…tak sangka ya pak cik sleman ada seni mempertahankan…"


"assalamualaikum…." Suara yang dikenali memotong cerita mereka.
"waalikumusslam warahmatullahi wabarakatuh.." salam dijawab.
" amboi Din, malam ni buleh ganti ustaz kuliah maghrib deh…" ustaz Rozali bergurau. Udin mula tersenyum sipu. Ceritanya terhenti, malu.
" dia memang macam tu ustaz, kalau bercerita, bercakap…." Ismail yang dari tadi hanya tersenyum memerhati gelagat adik adik itu mencelah.
" macam mana keadaan atuk tu, lo ni, mail?" ustaz rozali bertanya.
" saya pun tak tahu ustaz, tadi selepas pak cik sleman ikut masuk wad kecemasan, saya ajak adik adik balik mandi dulu. Kami datang semula ke sini, masih tak dapat apa apa cerita"
" tak apo, insya allah selamat…" ustaz rozali mengalihkan perhatiannya pada kanak kanak yang berkumpul.
" Din, sambung lah cerito tu tadi…ustaz nak tau jugo hebat tahap mano pak cik sleme…."
" oleh sebab ustaz minta cerita lagi, kita ulang dari mula cerita tadi." Kata Udin
" asyik ulang je din. Letih la macam ni, bila nak abisnya…" rungut salah seorang kanak2 yang mendengar. Kelompok kanak kanak itu riuh rendah semula, bila udin mahu mengulangi ceritanya dari permulaannya semula.

" assalamualaikum…." Salam diberi sebaik sahaja pintu bilik kecemasan dikuak dari dalam. Salam berjawab. Dr Azimullah yang keluar dari bilik kecemasan tersenyum menghulur tangan bersalaman dengan ustaz Rozali.
" macam mana doktor, keadaan pak cik tu?" ustaz rozali mula bertanyakan khabar pak tua.
" alhamdulillah, sekarang dah stabil, alhamdulillah, diorang sempat beri rawatan kecemasan kepada luka pak cik itu sebelum sampai ke sini. Jadi kami hanya perlu mencuci bekas darah, dan jahitkan luka."
" alhamdulillah…teruk juga lukanya ya doktor, sampai berjahit. Kesan sampingan, penyakit penyakit lain tak ada agaknya ?"
" ada tekanan darah tinggi, tapi alhamdulillah tak memberi kesan sangat. Tapi kami terpaksa tahan di wad dulu, ustaz…"
" tak po…kalau dia nak duduk sini pun kita alu alukan.."

Perbualan mereka terhenti bila ustaz Sulaiman dan taukeh keluar dari pintu wad kecemasan. Mereka berbalas salam, kemudian bersalaman.
" taukeh, inilah bos kami…" ustaz sulaiman memperkenalkan ustaz rozali kepada taukeh.
" sehat ya, taukeh? Nama saya Rozali.selamat datang ke tempat kami.."
" baik baik macam biasa…nama saya Chong Hwa. Panggil taukeh chong cukup ma.."
" taukeh banyak pandai ubat orang ya. Doktor pun puji cara taukeh berhentikan darah pak cik tadi…"
" tak da la ustaz…saya belajar itu dari datuk nenek dahulu…herba punya ubat..orang kata apa, warisan turun temurun…"
" ha, alang alang taukeh dah datang sini, kita makan tengah hari sama sama?"
" terima kasih banyak ustaz… saya sudah janji sama haji nak lawat ladang arnab…lepas itu saya kena balik cepat, kedai tak ada orang jaga..nanti orang rumah saya bising ma…"
" oh, kalau macam tu tak mengapalah, lain kali taukeh datang lagi sini, kita buat makan makan untuk taukeh…"
" hehe..banyak baik la sini punya orang…..okey la ustaz…saya pergi dulu ya…jumpa lagi, may God Bless you all…"

Mereka bersalaman, dan ustaz Sulaiman mengiringi taukeh chong keluar dari pusat perubatan. Dr Azimullah, ustaz rozali dan ismail pula masuk ke wad kecemasan untuk melihat keadaan pak tua.

Tubuh lebih separuh abad itu terbaring di atas katil hospital. Kepalanya berbalut. Matanya memerhatikan keadaan sekelilingnya. " assalamualaikum…" suara menghentikan lamunannya.
" waalikumusslam…eh..ni kamu tadi kan…yang selamatkan atuk…" lemah suara pak tua, memandang ke arah ismail.
" ya, tok, yang ni ustaz…ketua kami di sini.." ismail memperkenalkan ustaz rozali.
" nama saya Rozali, pak cik.."
" nama pak cik salam, orang kampung panggil pak tua..terima kasihlah ustaz…saya banyak menyusahkan semua. minta maaflah, saya nak hulur tangan bersalam pun tak larat…"
" tak po…dah jadi tanggungjawab kita sesame muslim..pak cik rehat dulu deh.."
" pak cik terharu dengan kebaikan orang orang di sini…pak cik bersyukur…masih ada orang orang macam kamu semua…"
" alhamdulillah pak cik, nabi pun pernah menjanjikan, yang setiap zaman itu ada penyambung pembela kebenaran, kan?"
Pak tua mengangguk. Dia tersenyum. Seketika, rasa tenang menyelubungi jiwa. Hilang risau kepada anak dan cucu, rasa marah kepada megat, sekurang kurangnya buat seketika.

********************************************************************

Malam semakin ditelan kegelapan. Dari luar kedengaran bunyi air hujan mencurah menimpa bumi. Yusuf melihat jam tangannya, sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Dah pukul dua belas, detik hatinya. Dengan pantas dia menyimpan data data yang baru ditaipnya ke dalam thumbdrive, kemudian mematikan operasi program yang baru digunakannya. Setelah mematikan operasi system komputer, dia menoleh kea rah Rahman yang masih lagi menaip.
" man, kau lama lagi ke?" yusof bertanya.
" heheh macam biasa la aku sop..kau nak masuk tidur dah ke?"
" na'am. kau jangan lupa padamkan semua suiz karang. Macam biasa"
" baik bos!!"
Yusof hanya tersenyum, menggelengkan kepala, melangkah keluar dari bilik komputer Dar aytam.
Sebaik sahaja kelibat yusof hilang dari pandangan, Rahman segera menghidupkan operasi laman sembangnya semula.
" alamak…ni kau punya pasal la sop. Dah merajuk" ujarnya bila melihat tanda L:( pada skrin laman sembang.
-maaflah awak, saya ada hal tadi, tiba tiba kena berhenti
-takpe, saya tahu, awak sibuk melayan peminat peminat yang ramai
-saya bukan macam safwan Jahri. Ramai peminat hehehe
- memang tak ramai macam dia, tapi tetap ramai kan. Siapalah saya kan berbanding yang lain tu.
- janganlah cakap macam tu. Awak tetap peminat yang istimewa.
- apa apalah. Oklah awak, saya kena keluar dulu.
- ala…baru sahaja nak bersembang…
- saya ikutkan boleh je sampai pagi. Awak tu yang susah kalau ditangkap chatting sampai pagi.
- tau pun awak ye.
- oklah. Saya nak pergi dulu. Sebelum saya keluar, saya nak awak pejamkan mata…
- ehem-ehem, kan saya dah cakap, saya tak suka mesej macam tu.tolong ya.
- yelah, yelah..ok. selamat tinggal.

Rahman mematikan operasi program tersebut, seterusnya mematikan komputer. Teringat dia pesan Yusof , lalu dia segera memeriksa kembali suiz semua komputer, sebelum dia memadamkan lampu dan mengunci pintu makmal komputer itu. Selesai semuanya dia segera meninggalkan makmal.

Getaran telefon bimbit terasa di dalam kocek. Tentu dia mesej. Detik hatinya. Terus dicapai telefon di dalam kocek. Benar sangkaannya. Mesej dibuka. Em, kenapalah dia ini degil sangat. Dihantar juga mesej " cuba pejamkan mata dan bayangkan…" itu juga, walaupun baru diingatkan di dalam laman sembang tadi, yang dia tidak suka mesej sebegitu. Rahman tersenyum sendirian, memadamkan mesej tersebut dari simpanan telefon bimbitnya, sambil menggeleng gelengkan kepalanya.

Sampai di bilik, Rahman terus merebahkan diri di atas katilnya. Dalam pembaringannya dia teringat kembali detik detik perkenalan dengan teman smsnya itu. Seorang peminat, yang mengakui meminati irama nasyid dan tertarik dengan mesej mesejnya. Telah sebulan mereka berhubung melalui sms, atas nama ukhuwah persahabatan. Tidak pernah bersua antara satu dengan lain. Melihat gambarpun tidak. Dalam tempoh sebulan itu juga Rahman sedar, dia agak sibuk dengan sms. Dia sedar pandangan pandangan sinis sebahagian warga kota cahaya melihat dia begitu. Sahabat sahabat rapatnya juga melihatnya sebagai satu perubahan dalam dirinya. Bagi Rahman, biarlah apa orang nak mengata. Niatnya suci, ingin berdakwah kepada temannya itu melalui sms, melalui laman sembang.

Dakwah? Detik hati Rahman. Terasa pula diri sendiri. Seingatnya pada awal awal perkenalan dulu memang selalu si dia bertanya tentang beberapa persoalan agama yang dia dengar dari nasyid. Tapi sejak akhir akhir ini, perbualan lebih tertumpu kepada isu isu peribadi. Tak mengapa…hati kecil berbisik. Sebelum berdakwah secara serius kena kenal hati budi orang yang kita mahu dakwah. Ya, betul. Jadi tidak ada salahnya berbual secara online untuk mendekati peribadi mad'u. agar mudah untuk berdakwah.

Telefon dicapai, kekunci ditekan. Rahman mula menaip, dan menghantar mesej.
- salam, awak, kenapa awak hantar juga mesej macam tadi…
mesej berbalas.
- em, maaflah kalau saya buat Aman marah dengan mesej tu.
- Tak lah marah, tapi tak elok. Saya nak Tanya awak ni.
- Tanya apa? Pasal bayangan awak tentang saya..
- Awak ni…bukanlah. Saya nak Tanya kenapa sudah lama awak tak Tanya tentang soalan soalan macam dahulu?
- Sebab saya dah pandai..terima kasih sebab awak banyak ajar saya.
Nampaknya dakwah aku berkesan, detik hati Rahman.
- tapi kan awak, belajar dengan sms susah nak faham. kalau dapat telefon, lebih jelas. Awak pun boleh terangkan dengan lebih jelas, kan?
Ya tak ya juga, detik hatinya. Tapi, bukankah suara perempuan itu dalam keadaan tertentu jadi aurat? Tapi ini berkaitan menuntut ilmu…mungkin dibolehkan…mungkin?
- boleh ya awak? Lepas ini saya ada masalah, saya telefon ya.
Rahman masih berfikir. Lama juga dia berfikir untuk membalas sms itu. Akhirnya dia menaip- nanti saya rujuk pakar dulu, kalau boleh saya angkat!!
Selepas itu mesejnya tidak lagi berbalas. Sudah tertidur barangkali, detik hati kecil Rahman.

*******************************************************************

Suasana sejuk di dalam bilik berhawa dingin itu membuatkan Asyikin menarik selimut, berkelubung dengan telefon bimbit yang masih di tangannya. Fikirannya masih beredar sekitar teman "sms" nya yang "pelik" itu, yang tidak pernah dihubungi melainkan dengan sms. Lamunannya tersentak bila terdengar pintu biliknya dikuak seseorang. Bingkas dia keluar dari selubung selimut.
"ikin tak tidur lagi?" tegur ayahnya. Dia hanya menggeleng.
" hmm..tak habis habis dengan sms, dah puas sms pun macam ada problem juga…"
"memang pun…"
"cuba cerita dengan ayah..mana tahu ayah boleh tolong…masalah cinta??"
"alah ayah ni…mana ada…baru kawan kawan aje….tapi budak ni pelik…"
"pelik?? Pelik kenapa pulak…"
" tak macam budak budak lelaki lain yang ikin kenal sebelum ni…"
"maksudnya?"
" selalunya lelaki bila kenal, tukar nombor telefon, suka telefon terus. Yang ini hanya sms…bila suruh telefon, macam macam alasan dia beri…"
"entah entah budak tu perempuan..sebab itulah dia tak nak cakap…"
"bukanlah ayah….dah tengok dah gambar dia…"
Megat hanya tersenyum, menggelengkan kepala, kemudian meninggalkan anaknya terpinga pinga.
"ayah…tadi kata nak tolong…."
Megat menoleh ke belakang, " tak jadi lah..ayah mengantuk…". Dalam hatinya terdetik juga, tidak serik serik anak gadisnya itu bercinta, sedangkan beberapa kali sudah putus cinta, kecewa. Tetapi dia tidak mahu melarang.

Bukankah Easwood Atwater dalam bukunya, “Adolescent” menyebut: “persahabatan remaja di antara lelaki dan perempuan merupakan satu peringkat semulajadi yang akan dilalui dalam zaman remaja, terutamanaya jika umur mereka mencecah 15-16 tahun(pertengahan remaja). Kemudian perhubungan remaja ini akan disusuli dengan apa yang disebut dating.” [1].

Jadi apa perlunya kita melarang satu peringkat kitaran hidup manusia!! It’s a part of the circle of life! Lainlah kalau bapa mertuanya itu, semua benda dikecam budaya barat. Dituduh berlawanan dengan agama, ajaran nabi. Percanggahan aliran antara dia, keluarganya dan bapa mertuanya akhirnya mengundang keputusan muktamad, mengeluarkan orang tua itu dari kehidupan mereka. Tapi entah mengapa siang tadi dia boleh terserempak semula dengan orang tua yang telah lama dilupakan, dibuang jauh jauh dari hidupnya sekeluarga.

Seingatnya, selepas krisis berlaku, dia dan isterinya telah menghantar bapa mertuanya itu ke rumah orang orang tua. Takkan kawalan keselamatan tak kuat, sehingga orang tua itu boleh melepaskan diri.

"jauh menungnya, you ingatkan perempuan mana ni…" dia tersentak dari monolog diri bila isterinya menegur.
"isk, mana ada…I teringatkan ayah u…."
" dia?? Kan kita dah buat keputusan muktamad…u dah setuju kan…u jangan cakap nak bawa orang tua tu tinggal semula di sini…I x sanggup nak berlitup litup…panas….anak kita pun tak sanggup kan.."
"bukanlah, siang tadi, I terserempak dengan dia…."
"macam mana dia boleh terlepas?? Kan kita dah hantar dia ke rumah orang tua tu…."
"tu yang I pelik….erm…sudahlah…harap harap lepas ni dia tak jumpalah dengan I, atau u, atau ikin….."

Perbualan mereka terhenti di situ. Megat menarik selimut, cuba memejamkan mata. Namun wajah lebih separuh abad itu kembali menjelma.


********************************************************************
[1] Easwood Atwater, Adolescence, ( N.J: Prentice Hall, England Cliff, N.J, 3rd Edition, 1992), pp 156-157.
bersambung lagi ya...
11.17pm- 1 muharram- 17 disember09

0 komen: