ketika cinta di"talbis" siri2


Angin malam bertiup mendinginkan suasana yang memang sudah agak sejuk. Udin,talhah, zubair dan nu'man beriringan menuju beredar dari tangga masjid, seperti selalunya mereka riuh rendah dengan cerita siang tadi. " aku ingat siapalah tadi senja senja duduk dalam selimut…seram juga," ujar Talhah.
" seram takpe lagi…kalau salah sorang dari kita tadi, ha…mesti siap la kena dengan abg usop…" sahut Udin.
" aku kalau bilangan kita tak cukup tadi, aku memang al-awwal lari dulu!!" kata Nu'man disambut ketawa rakan rakannya.
" amboi amboi, rancaknya bercerita…apalah yang kelakar sangat tu…" Che amran menegur dari belakang.
" takde bang che, cerita petang tadi punya…" jawab Udin.
" diorang memang macam tu, tak habis habis bercerita..dari padang bawa ke bilik air…" Yusuf yang berjalan di sebelah Che amran pula mencelah.
" takpelah, mudah mudahan besar nanti petah berceramah" kata Che amran. " marilah naik kereta abang sekali, abang hantar balik…"
" terima kasih abang Che, kami jalan kaki sajalah. Lagipun Rahman tak keluar keluar lagi. Kami tunggu dia dulu lah ye abang che.."
" kalau macam tu tak pelah, abang baik dulu… assalamualaikum.."
"waalaikumussalam warahmatullah…"

"Sop, mana Man?" safwan bertanya sebaik sahaja kereta Che amran meninggalkan mereka.
" entahlah wan. Dari tadi tak keluar keluar, dia pergi tandas tadi rasanya."
" aku ada benda nak cakap dengan kau sop"
" apa dia Wan? Cakaplah"
"budak budak kat sini…tak boleh…"
" alah abg wan, apalah rahsia tu..sampai tak bagi kitorang dengar. Ustaz cakap, tak baik bercakap berdua dua kalau ada orang lain bersama tau…" Udin yang dari tadi mendengar perbualan mereka mencelah.
" Udin, tak cukup lagi ke koleksi cerita siang tadi, nak tambah koleksi malam pulak?" Safwan berseloroh.
" saya tahu, mesti cerita pasal abg Rahman!!" kata Zubair pulak.
" eh, macam tau tau pulak…" jawab Safwan.
" memanglah, orang popular mesti banyak cerita…" sahut Nu'man.

" Ya Allah…Tolooong…..ada jiiiiiiiiin!!!"
Tiba tiba jeritan memecah kelancaran perbualan mereka. Jin??? Mereka berpandangan sesame sendiri.
" itu suara Syafiq!!" kata Udin.
Abang Usop, pergilah selamatkan syafiq dari Jin tu!!" bergetar suara Talhah.
Safwan dan Yusof yang tadinya tercegat, tergamam, berlari kea rah suara itu datang. Namun tiba tiba kelibat Syafiq muncul berlari keluar dari tandas masjid. Diterkamnya Yusof, dipeluk erat. "Abang, Syafiq takut!!!"
" ya, ya… jangan takut, abg ada,,," yusof cuba menenangkan.
" syafiq…ni abg la..bukan jin!!!" jeritan dari dalam tandas.
" itu suara aman….bukan jin la…" ujar Safwan.
" apalah la syafiq ni, saspen je…" keluh Udin.
Dari jauh kelibat Rahman perlahan menuju kea rah mereka. Sampai sahaja di tempat rakan rakannya berkumpul, Rahman mengusap rambut Syafiq.
" maafkan abang ya, buat syafiq terkejut.."
" hehehe…apalah syafiq, muka hensem macam abg ni pun kau katakana jin" gurau safwan, disambut deraian ketawa rakan rakan.
" mana syafiq tau..syafiq nak buang air, tak tahan syafiq terus masuk tak buka lampu. Bila syafiq keluar je, tiba tiba dalam gelap nampak muka disuluh cahaya…." Anak kecil itu bercerita>
" hehehe..abg tengah sms..jadi cahaya lampu telefon tersuluh muka abg la…" terang Rahman " patutlah, jin SMS tengah mesej dalam jamban rupanya…" gurau Yusof, disambut deraian ketawa.
" pandai la kau sop, sindir sindir aku pulak…" kata Rahman sambil tersenyum.
" dah kau tu, dari petang tadi asyik dengan SMS…sampai tertidur dalam selimut kat bilik budak budak ni tadi…lepas tu tak cukup dengan dalam kuliah tadi, kau sms dalam jamban sampai kejutkan syafiq. Nasib baik tak pengsan budak ni tadi…" gurauan yusof sekali lagi disusuli deraian ketawa.

" Dah tu, jom kita balik. Kerja sekolah tak buat lagi ni…banyak sangat sampai siang tadi buat tak siap…" udin mencelah bila teringatkan kerja sekolah yang belum disudahkan. " kalau macam tu, jom balik cepat. Lepas buat kerja sekolah, minum malam, terus masuk tidur. Jangan nak berpanglipur lara pulak sampai larut malam…" kata Yusuf. Safwan segera menghidupkan enjin motornya, menyuruh syafiq naik membonceng di belakang. Kemudian mereka berdua perlahan lahan hilang dari pandangan menuju ke perumahan Kota cahaya. Yang lain pula Perlahan lahan meninggalkan perkarangan masjid menuju dar aytam. Dalam perjalanan, si kecil tidak habis habis dengan cerita mereka, membuatkan abang abang hanya menggeleng kepala.

" tengok man, tak pasal pasal budak budak ni dapat modal baru…" ujar bilal sambil menepuk bahu Rahman.
" mana aku tau, Lal..aku baca SMS macam biasa je. Tak sangka pulak sampai boleh disalah sangka sebagai jin.." kata Rahman.
" tulah lain kali masuk tandas tu pasang lampu…lampu hand set dengan lampu jamban tu lain cahayanya..lain fungsinya…" sampuk ismail.

Tenggelam dalam perbualan, dalam sedar dan tidak mereka sudahpun sampai ke Dar al-aytam yang memang jaraknya hampir dengan masjid. Zubair,Talhah,Udin dan Numan berlari lari masuk ke asrama, mengenangkan kerja sekolah yang masih belum disiapkan. Yusof mendekati kerusi simen yang terletak di sudut tepi laman depan asrama, lalu melabuhkan punggungnya di situ. Rakan rakannya turut sama duduk.
Duduk bersandar sambil merenung purnama di langit, yusof bersuara" apalah agaknya yang Ali,umar, brahim ngan min buat sekarang…"
" dekat sana sekarang siang lagi kan, Sop?…mungkin petang…"
" ala…e-mel ada, sms ada, hantar je..tanya…" kata Rahman, sambil tangannya masih ligat menaip keypad telefon.
" ye lah, tapi berjumpa secara reality dengan berjumpa secara maya lain man.." jawab Bilal.
" ye, aku setuju tu Lal, lain. Walaupun kita ada sms, emel, live chat dengan diorang, tapi rindu tu tetap ada kan…."
" mana tak rindu, Mail, dari kecil itulah kawan kita…macam adik beradik…aku kalau ikutkan hati, nak je kita semua pergi ke sana belajar sama sama. Tapi memikirkan kota cahaya dan ahli ahlinya dah banyak berjasa pada kita, dari kecil…biarlah separuh dari kita mengaji di sini sahaja.."
" isk korang ni mulalah jadi sentimental…layan nostalgia pulak…aku tak dapat nak join lah…nak masuk dulu ye…" Rahman meminta diri.
" ye lah kan, kau hanya suka layan "SMS" kau tu…" gurau ismail.
Rahman hanya ketawa kemudian berjalan masuk ke asrama.

Mereka masih di bangku simen, berbual bual tentang sahabat mereka di timur Tengah, ketika Deruan enjin motor kedengaran. Tidak lama kemudian kelibat motor Safwan kelihatan memasuki pagar dar al-Aytam, kemudian perlahan menuju kea rah mereka.
"Assalamualaikum…" salam diberi, sambil dia menanggalkan topi keledar yang dipakai.
"wa alaikumussalam…" jawab mereka serentak.
" Tidur sini Wan?" soal Yusof bila melihat Safwan menyandang beg.
"Insya Allah. Aman mana?"
" dia dah masuk kea lam SMS nya lah kot…" jawab Bilal. Safwan membuka zip beg sandangnya, mengeluarkan beberapa tin air jus kurma, kemudian satu bekas tupper ware.
" alhamdulillah…ni yang sayang dekat wan ni…." Ujar Ismail bila melihat kuih karipap dalam bekas yang dibuka Safwan.
" jemput lah makan…mak aku selalunya tahu aku akan datang sini malam malam cuti, jadi dia dah siapkan awal awal.."
Masing masing mula mencapai karipap, dan menikmatinya. Bilal pula baru kembali dari dalam, membawa gelas dan sedikit air batu. Ketika dia sedang menuangkan jus kurma ke dalam gelas berisi ais, Yusof bersuara.
"Wan, apa dia yang kau nak ceritakan tadi…"
" oh, yang tadi tu, aku nyaris lupa. Macam ni…"

Mereka mulai senyap bila Safwan mula bercerita tentang perbualannya dengan Rahman di masjid tadi. Yang kedengaran hanyalah bunyi cengkerik, dan bunyi mulut mereka yang sesekali perlahan mengunyah karipap dan menghirup air.

" aku cerita ni pun, sebab aku nak Tanya pendapat sahabat sahabat yang lain. Mana tahu aku seorang je yang ada sangkaan macam ni…dan kalau kalau dia sendiri ada cerita apa apa dekat kau orang"
" kami faham, wan. Kami pun kenal dia dari kecil. Memang akhir akhir ni lain macam sikit kawan kita seorang tu. Tapi dengan aku tak pernah pula dia cerita apa apa." Kata bilal.
" aku pun sama, kau Sop?"
" aku yang selalu berleter kat dia ni?? Hah…bertuah kalau dia cerita…" ujar yusof sambil tersenyum.
" mungkin ya kot peminat, yelah, masa kecik dulu pun kan, masa kita buat persembahan nasyid, memang wan dan man selalu juga jadi tumpuan sebab comel…dah besar sekarang kacak pulak kan…" yusof menyambung, safwan mula tersenyum sipu, malu.
" rupa pun satu anugerah, satu amanah, juga satu ujian...terpulang pada tuannya.." dalam tunduk safwan bersuara.
" aku rasa wan, dalam perkara ni, kau aje yang boleh Tanya secara peribadi dengan dia…" cadang Ismail.
" aku pulak…kenapa aku jugak?"
" ye lah wan, betul lah mail cakap. Kau pun hensem macam man, sesuai la kalau berbincang pasal peminat…kita orang tak ada pengalaman…" ujar Bilal.
" kau orang ni, dahla..aku serius ni…"
" kami pun serius Wan, apa kata bilal dan mail tu betul. Bi'ah kau dengan dia paling hampir.."
" ok, ok, aku faham, aku cuba, insya allah". Safwan faham. memang sejak mereka meningkat remaja, yusuf, bilal dan ismail telah meninggalkan aktiviti nasyid mereka, kerana mereka lebih banyak dengan tarbiyah ilmiyyah ustaz Rozali. Hanya Rahman seorang atfalul muslim yang masih kekal bersama aktiviti nasyid.

Hari semakin ditelan kepekatan malam. Langit malam yang tadinya agak cerah mulai suram. Angin sejuk semakin kerap menyapa tubuh. Sebentar kemudian rintik rintik hujan renyai mula turun menimpa bumi. Yusof,dan Bilal bangun dari bangku simen, bergegas menuju ke asrama. Ismail pula membantu Safwan mengalihkan motorsikalnya ke tempat yang dilindung dari hujan.
********************************************************************

Bunyi getaran telefon bimbit yang dari tadi bergema mengejutkan Safwan dari lenanya. Bunyi hujan lebat masih kedengaran dari luar. Melawan rasa malas dan mengantuk dibukakan juga matanya. Dicapainya telefon bimbit, melihat apa yang membuatkan telefonnya bergetar. Siapalah yang tak tidur lagi lewat lewat begini, detik hatinya.

"Hai, wan, layan mesej pulak ke…" terkejut safwan tiba tiba ditegur suara secara tiba tiba. Dia kenal suara itu, Rahman.
Safwan menekan kekunci telefonnya, untuk mengetahui siapakah yang menghubunginya di waktu waktu begini.
"Man…kau dah tak ada kerja lain ke…" dengus Safwan, bila mendapati Rahman rupa rupanya yang sengaja membuat miscall kepadanya tadi.
" ala wan, gurau aje…"
" gurau pun tak boleh tunggu siang ke…" Safwan kembali membaringkan dirinya, menarik selimut menutup kepalanya.
" wan, wan, tunggulah, jangan tidur lagi…" Rahman melompat turun dari katil tingkat atas. Safwan hanya memejamkan matanya di sebalik selimut, tidak bersuara.
" wan, bangunlah wan,aku tak boleh tidur ni…temankan aku…"Rahman menarik selimut yang menutupi muka Safwan. Safwan mencelikkan matanya, memandang ke arah Rahman yang tersengih.
" kenapa pula sampai tak boleh tidur ni?"
" macam ni wan…selalunya aku akan dapat mesej sebelum tidur. Tapi malam ni tak ada pula. Jadi aku tertunggu tunggu, tak sampai sampai juga. "
Safwan bangun dari baringnya, duduk menghadap rahman.
"eh man, kau bercinta ek…sampai tak dapat mesej, tak boleh tidur…"
"ha…jangan nak main tuduh tuduh ya…kita orang tak ada apa apa…kawan je ye…"
" hehehe siapalah "kita orang tu" man?? Nampaknya betul apa yang aku agak…"
" apa yang kau agak….eh.." rahman terhenti bila merasai gegaran dalam koceknya. Akhirnya benda yang dinanti nantikannya sampai.
" er..ok lah wan, aku tidur dulu ye…" kata rahman sambil memanjat naik ke tingkat atas katil.
" tidur konon…macam lah aku tak tau kau nak layan mesej…"
" oh dah tau ke…. Tau takpe…hehe…"

Suara Rahman tidak lagi kedengaran selepas itu. Yang kedengaran hanya bunyi kekunci telefon yang ditaip Rahman. Safwan kembali baring dan cuba memejamkan matanya. Namun satu nostalgia yang dia tidak mahu mengingatinya kembali mengimbau. Kenangan yang membuatkan dia risau dengan keadaan terkini sahabatnya Rahman.

Semuanya bermula dengan sebuah e-mel salam perkenalan, dari seorang rakan sebaya, tetapi berlainan jantina, yang mengakui meminati irama dakwah. Pertemuan dari emel itu kemudian berlanjutan ke laman sembang. Hinggalah dia dan sahabatnya itu bertukar tukar nombor telefon, atas alasan rakannya itu mudah bertanya soalan soalan berkaitan agama. Ahh….sudahlah!! hati kecil Safwan memutuskan kenangan itu serta merta. Tidak mampu dia untuk mengingatinya lagi. Pelbagai perasaan akan bercampur datang bila kenangan itu melintas kembali. Namun Hati kecilnya bersyukur ke hadrat ilahi, kerana Allah masih menyayanginya, menyelamatkannya dari terus hanyut dalam arus kealpaan dunia…

Perlahan lahan kenangan silam itu berlalu dari ingatannya. Dia mengambil keputusan untuk tidur semula. Namun berkali kali matanya cuba dilelapkan tetapi gagal. Ini semua si Rahman lah yang memulakan, sengaja mengganggunya dengan telefon bimbit. safwan lantas bangun dari pembaringan, menuju ke pintu bilik. Sebaik sahaja dia menguak daun pintu, Rahman tiba tiba menyapa, " pergi mana wan?". " bilik air…' jawabnya ringkas.

Sampai ke bilik air pili air dibuka. Dia terus membasuh kedua tangan hingga ke pergelangan tangan, diikuti berkumur kumur dan memasukkan air ke dalam hidung. Kemudian dia membasuh mukanya tiga kali, diikuti tangan kanan dan kiri hingga ke siku. Kedua tangan dibasahkan dengan air, dia meletakkan ibu jari di anak rambut berhampiran telinga, jari telunjuk pula di bahagian depan kepala, kemudian dia melurutkan kedua tangannya dari depan kepala ke belakang, kemudian ke depan semula. Setelah menyapu kedua telinganya, dia menyudahkan wuduk dengan membasuh kaki hingga ke buku lali, sambil menyelat nyelat celahan jari kaki.

Langkahnya diatur ke musolla, surau yang terletak di tengah tengah bangunan asrama dar al-aytam. Dari jauh sudah nampak ada lampu terpasang, maknanya bukan dia seorang sahaja yang qiyam malam ini. Sampai di pintu musolla, dia melihat Yusof sedang menunaikan solat sunat di satu sudut. Di belakang pula udin dan zubair sudahpun terlena berbantalkan dan berselimutkan sejadah. Safwan seronok berada di dar aytam sebenarnya. Persekitaran baik, tarbiyah sahabat sahabat di sini banyak terkesan pada dirinya, walaupun hanya kadang kadang dia bermalam di situ. " Tengah malam, kalau dah terjaga, jangan dok menung kalau tak leh tido. Gi ambik wudhu, solat sunat…" kalam itu dari kanak kanak lagi dia biasa mendengarnya, dinaqalkan oleh sahabat sahabatnya dari ustaz Rozali.

Safwan memilih sudut kanan depan musolla untuk memulakan qiyamnya. Sepenuh perhatian ditumpukan, niat dilintas di dalam hati, seraya takbiratul ihram dilafazkan sambil mengangkat kedua tangan separas dengan bahu…Allahu akbar…!!! Bacaan demi bacaan, wajib dan sunat, semuanya dilafazkan, dihayati maknanya di dalam hati. Rukun rukun perbuatan dituruti beserta tomakninahnya. Akhirnya sampai ke penghujung solat. Usai tahiyyat, sebelum salam, dia tidak lupa membaca doa perlindungan dari empat perkara, dari fitnah dunia dan akhirat, dari fitnah al-masih dajjal, dari fitnah qubur, dan dari azab neraka.

Zikir zikir selepas solat meniti di bibir. Tiba tiba Sekali lagi nostalgia lama kembali. Bersimpuh menghadap ilahi, linangan air mata mengalir, bak hujan yang masih renyai renyai di luar sana. Di atas hamparan suci itu, hati mengharap, semoga taubat diterima. Semoga ia taubat nasuha, semoga ia benar benar nasuha, tidak berulang lagi…

*********************************************************************

bersambung lagi...
3.51pm-9/12/09

0 komen: