Fenomena Islamisasi seni dan hiburan dan menjadikannya wasilah untuk mengajak masyarakat ke arah mengamalkan Islam dalam kehidupan merupakan sesuatu yang positif. Mudahnya insan tertarik kepada perkara perkara seni dan hiburan ini, mampu menjadikannya satu medium hebat untuk berdakwah kepada masyarakat .
Namun dalam menyatakan sokongan terhadap usaha usaha murni ini, kita tidak dapat mengelak daripada memberikan teguran terhadap beberapa perkara yang perlu diperbaiki , daripada novel, hinggalah ke drama drama dan filem yang tergolong dalam kumpulan ini.
Pertama ialah mengasingkan kemungkaran dan kebatilan daripada kemurnian kebaikan yang hendak dibawa. Misalnya, terdapat karya karya drama atau filem yang ingin membawa kepada keinsafan, dan keinsafan itu mungkin dikecapi para penonton, namun terlebih dahulu didahului dengan lakonan lakonan kemungkaran yang melibatkan perempuan seksi, adegan adegan maksiat. Talbis iblis wajib kita elakkan, dan campak jauh jauh.
Ada memberi alasan ianya perlu untuk memberi gambaran dan penjelasan sebenar. Kenapa kita tidak mengikut Quran dan sunnah dalam memberikan gambaran terhadap perkara perkara seangkatan. Kisah Yusof digoda Zulaikha contohnya diceritakan dalam quran dengan cukup baik, difahami dengan jelas, tanpa melibatkan unsur unsur yang mungkar,membangkitkan nafsu dan sebagainya. Demikian dalam menerangkan kebebasan dan batas hubungan suami isteri, cukup sekadar menggunakan istilah ladang dan peladang.
Kedua kefahaman yang kurang jelas terhadap hukum hukum tertentu mengenai agama. Cerita cerita yang melibatkan percintaan banyak terjebak dalam hal ini. kadang kadang hanya menampakkan "keislaman" seperti pemakaian tudung dan pakaian yg lebih sopan dari cerita biasa, melahirkan "coupling" dan "dating" yang dikira Islamik dan halal. kefahaman terhadap hukum hukum fiqh berkaitan seperti kewajipan menundukkan pandangan, berdua duaan dengan bukan mahram, ikhtilat yang tidak masyru' terabai dan tenggelam begitu sahaja.
Setiap masalah itu ada penyelesaiannya. Penggabungan pakar2 dalam bidang seni dan hiburan dengan bimbingan para ilmuan agama perlu dalam menghasilkan produk "seni hiburan yg mendidik jiwa" dan bertepatan dengan syariat. Sudah tiba masanya kita memerlukan seorang penasihat syariah dalam hal ehwal seni hiburan ini. sebagaimana kita ada penasihat syariah kepada bank bank dalam bidang perbankan dan ekonomi, juga penasihat syariah di syarikat2 dan kilang berkaitan industri makanan dan kosmetik.
Mungkin ia sekadar lontaran pandangan dari saya. namun saya percaya jika terlaksana, kita akan berjaya menghasilkan produk produk yang baik, mendidik jiwa serta bertepatan pula dengan syariah. Alangkah indahnya jika ini benar benar berlaku!!
wrote @ 1.05am- UIAM.9/12/09

posted 9.04am
0 komen:
Catat Ulasan