"Jangan jadi seperti budak-budak. Tak nak kawan, tak nak tegur, merajuk, itu
semua perangai budak sekolah rendah."

Pesanan itu masih saya ingat, datangnya dari ustaz Arif Nazri –hafizahullah-bekas imam masjid SHAS, sekarang pensyarah di UKM, ketika saya berada dalam tahun2 awal menuntut ilmu di UIAM.

Kini sudah bertahun2 berlalu sejak pesanan itu. Hendak saja saya berikan pesanan ini pada mereka mereka yang terlibat dengan krisis yang nampaknya berpanjangan pula. Namun mudah bagi ust arif berpesan begitu pada kami, yang lebih muda daripadanya, tapi saya agak sukar nak meluahkan pesanan ini kepada mereka yg lebih jauh tua dari saya.

Walau hanya berlaku di kampung sungai jahit, di kalangan orang yg tahu ianya agak hangat juga. Saya cuba untuk tidak berpihak kepada mana mana kumpulan, dan membantu kedua dua pihak dalam kebaikan yang mereka ingin lakukan. Cuba menyumbang semampu yang boleh.

Sebelum aidiladha kelihatan krisis tampak hangat. Timbul cerita cerita hujung telinga yang nampaknya hanya berperanan mengkritikalkan lagi krisis yang timbul. Menjelang aidiladha ia berubah tenang sedikit. Seperti biasa saya mendengar cerita dan aduan, ketidakpuas hatian kedua dua pihak. Hinggalah salah seorg dari satu pihak bercerita kepada saya. dari ceritanya saya dapat melihat bait bait yang mungkin mencambahkan perdamaian.

Namun nampak macam saya silap…perutusan yg saya bawa, setelah saya bentangkan pada pihak sebelah lagi semacam ada unsur penambah rekaan cerita pulak dah…

Kalau ikutkan hati, malas saya hendak melayan. Kerja lain banyak kena teruskan. Bak kata salah seorg geng pemuda surau, malas nak campur hal orang tua!! Tapi saya diheret hingga terpaksa campur!!

Rasa bersalah, tak sampai hati nak membiarkan adegan tak bertegur dengan percakapan, adegan syak wasangka, adegan rekatambah cerita terus berlaku di kalangan insan insan yang hari hari bertemu muka berjemaah solat 5 waktu di masjid.

Di persimpangan delima, di sana menanti di sini menunggu….atau patutkah saya ucakpan sahaja selamat jalan romeo kepada mereka dan masalah mereka ini..

Masalah hati??

Saya cuba mencari jalan penyelesaian…saya temui punca…"hati"

Saya tidak mahir dalam ilmu tasawwuf yang sering membincangkan masalah dalaman kita termasuk hati, seperti sebahagian mereka yang ada usrah khusus belajar tasawuf..juga tidak melalui usrah bermacam peringkat yg dilalui setengah mereka..tapi saya ingatlah asasnya Dalam hadis soheh nabi s.a.w menyebut: " ketahuilah di dalam setiap jasad itu ada seketul daging, jika ia baik baiklah jasad seluruhnya, jika ia rosak maka rosaklah jasad selurunya. Ketahuilah, ia adalah hati…"

Hati bila tidak betul, mulalah ia libatkan yg lain juga. Daripada tak bertegur kata dan bermasam muka Timbullah syak wasangka, prasangka, lagi dahsyat timbul rekatambah cerita.

Ujian penapisan

Dalam surah al-ankabut, awal awal surah lagi Allah sudah menyebut: apakah manusia itu menyangka mereka boleh berkata kami beriman, sedangkan mereka masih belum diuji. Sesungguhnya telah kami uji orang2 sebelum mereka, maka terzahirlah orang2 yg benar dan orang2 yg dusta….

Allah menguji para hambanya, termasuk para pejuang ini, kerana bukan calang calang orang yg layak berada dlm saf depan perjuangan. Yg tidak layak, yg tewas dgn ujian ini akan tersingkir. Antara yang tersingkir itu nanti ada yg insaf dan sedar, maka akan kembali dia. Namun ada juga yang sebaliknya, meninggalkan terus jalan ini…

Sebagai insan yg kasihkan saudara seaqidah, amatlah mengharap semua berjaya menghadapi ujian penapisan. Kalau tersingkirpun, biarlah kesudahannya insaf dan kembali, bukan terus pergi….

Doa

Apa yg kuharapkan sekarang dlm doaku, agar Allah memberi kesedaran kepada kita semua, agar ukhuwah itu bertaut kembali…tiada lagi "perangai budak sekolah rendah" dlm diri kita…dan tiada lagi perangai2 "hati" bermasalah…

Amin, ya Robba al-alamiin

1.03am- 3/12/09

0 komen: